Tuesday, August 9, 2011

take it or leave it!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Tak semua yang kita nak, akan menjadi milik kita
Tuhan takkan beri apa yang kita mahu, tapi Dia berikan apa yang kite perlu.  

aku rase semua orang pon penah dengar kate2 ni.
sampai boleh aku cakap korang dah naik jemu nak dengor or bace.
tapi berapa ramai sebenarnye yang boleh terima kate2 ni?
jangan nak menipulah cakap yang korang boleh 
nak terima semua benda ni.
mesti akan ada satu tahap sebenarnye yang korang rase kate2 ni semua tak boleh pakai.
sebab ape?
mase ni nafsu korang meronta2 nak sangat dekat ape 
yang korang impikan.
padahal sepatutnye kite just folo the flow kan...

just an example la kan.
Johan baru kenal Mira. Tapi baru pertama kali Johan nampak Mira, die dah start jatuh hati kat Mira. Tak tahulah, maybe cinta pandang pertama kan. Mira pulak dah ade buah hati, Zizan.
masalanye disini, Mira bukan saje setakat berbuah hatikan Zizan, malah dah pon mengikat tali pertunangan selama satehun dan hanya menunggu lagi 2 bulan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. kesilapan yang terbesar dalam kisah ni, Mira jatuh hati jugak dengan Johan walaupon dah berjuta2 kate2 janji untuk setia dengan Zizan dah pon dilafazkan. Johan bukan tak tahu MIra dan ade Zizan. tapi Johan nak jugak. die sanggup memotong line Zizan. Mira pulak sangat2 lah buntu sampai tak tahu nak buat ape. ade jugak die terfikir untuk kahwin dengan dua2 sekali. tapi masalah mungkin timbul apabila mengisi borang untuk menikah nanti. takkanlah JOHAN+ ZIZAN=JOZAN? ah, buntu betul die.so, disini Mira terpakse mengambil keputusan untuk memilih Johan. yang pasti Zizan takkan memaafkan Mira dan Johan.

okey, if benda ni jadi, korang rase sape yang salah?
bagi aku. sebagai manusia yang ade hati, 
aku takkan salahkan sesiapa.
betul tak cakap aku kalau aku kate soal hati, kita tak boleh nak menipu. lagipon tindakan Mira tu betul sebab die takkan pilih ape yang die rase tak mampu nak pertahankan. 
kawan aku sendiri penah kata

if there's a second love in your life, than choose it because if you said u really love the first one, then why the second love can exist.

lebih kurang la kan. 
tapi jangan salah tafsir pulak rase sayang tu.
mungkin sayang sebagai sahabat?
mungkin sayang sabagai teman tapi mesra?
yang mungkin kite tak kisah pon kalau die takde nanti.
dan akan wujudlah manusia yang mempertikaikan 
kate2 kat atas tadi.
benda ni semua bukan senang nak elak kalau dah jadi dalam hidup.
ape yang pasti, kalau korang ade masalah macam ni ape yang aku boleh nasihatkan, ikut kate hati sendiri.
tentang perkiraan manusia lain, abaikan.
yang merasakan masalah tu adelah kau.
yang dalam kebuntuan tu adelah kau. orang lain tak tahu ape yang kau rase kan.

sebab tu aku buat tajuk entry ni take it or leave it,
kalau korang dah decide lepak lah.
jangan takut tersalah dengan keputusan yang kau dah buat.
lagi pon kalau silap, anggaplah semua tu sebagai pengajaran nanti..
kawan aku sendiri kate, 
pedulikan semua orang tu. 
sebab nanti nak or taknak die kena terima 
walaupon benda tu menyakitkan.
biar sakit sekarang kan dari nanti LEBIH SAKIT.

masalah.
sape yang  takde. 
orang gile pon ade masalah tau!
so let it be like you want.
pedulikan kate2 orang.
memang mula2 korang akan rase sakit.
AT LEAST! kau akan rase lega.
lame2 bile orang dah tak tahu nak kate ape, dieorang akan diam. 
jangan lupe berdoa.
sebab doa tu antara kau dan tuhan yang takde sape pon tahu.
ape yang kau mintak adelah atas sebab ape yang kau rase. percayelah..:)

p/s: big problem is started from a small problem. so u only need a small hole of solution to getting out from a big problem..:)



Saturday, August 6, 2011

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


















di detik ini,
dan mungkin di sudut ini,
aku terdampar menanggung seribu sesalan,
mengucapkan sejuta kata maaf di suatu tempat
didalam hati yang sangat riuh dengan  kesunyian.
di sebalik kekesalan yang terbina kukuh,
tuhan unjurkan aku satu jalan yang sunyi dengan kebahagiaan.


di sudut yang lain,
tuhan buka pintu hati seorang insan bernama lelaki,
disaat aku tidak membutuhkan aura rasa kasih sayang.
biar yang tercipta, atau yang pernah dan telah tercipta
itu hanyut dalam satu rasa yang aku tak pasti.
yang ingin sekali aku lontarkan jauh perasaan yang sarat dengan 
aura kasih sayang dan segunung kebahagiaan.
mungkin kasih yang tercipta dan berakar dalam hidupmu itu,
tercipta untuk dahan seorang wanita yang lain...


dan kini aku disudut lain.
yang memandang dua sudut sebentar tadi dalam kelam.
dalam kekusutan.
mungkin disudut yang ini,
aku akan disiram dengan jutaan kasih dan sayang serta kesetiaan.
disinari kebahagiaan yang aku dambakan.


kepada kekasih hati,
wujudkanlah impianku yang kau tahu
jauhkanlah derita yang pernah singgah ke tempat yang
hilang di saujana pandanganku.
terima kasih kerana menerima segala kekurangan ini
yang mungkin kau lengkapi dengan kelebihan yang 
tuhan anugerakan kepadamu.


p/s: just for my mind. my OWN mind. :)





Saturday, July 30, 2011

ni terima kasih untuk awak. kot.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


terima kasih sebab bawak saye pergi tengok movie.
yes, dah hampir 3 bulan tak tengok.
selama ni saye cuti mesti kat rumah.
tak tahu nak buat ape, nak pergi mane.


terima kasih realisasikan impian saye nak 
melantak GCB kat McD tu.
tak kisah la McD mane pon, 
but the place you brought me, not bad.
i like it.
bukan senang nak cari kawan yang memahami saye,
ape perasaan saye yang tiap kali cuti kat rumah,
yang terperuk tak pergi mane2 tuh..
the most best reason that i love is,
awak tahu betapa tensionnya saye kat tempat kerja tu..


p/s: macey...:)









Friday, July 15, 2011

eksiden

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


salam.
gua baru berkire2 nak hupdate cerite tempat keje gua.
sekali gua eksiden la beb.
so,
gua rase nak hupdate pasal gua sendiri melanggar kereta.
gua ulang.
gua langgar kereta.
bukan kereta langgar gua.
hahahaha.
ganas habes lak gua kan..


harini kan gua off.
so gua berkire2 nak jalan2 cari baju selai dua.
selain daripada itu, *bahasa melayu gua memang hebat.
gua nak p hantar surat resign gua kat manager gua.
oleh kerana gua malas nak tulis, gua taip.
so, oleh yang demikian,*bahasa memalyu gua memang melampau kali ni.
gua pon p la cari cc. gua mane ade printer kan.


mase tu gua folo kereta ni, slow la kan, 
sebab masing2 nak cari parking.
okey, gua nampak dah die nak berhenti,
die bagi signal kanan.
so, gua pon kekiri sikit la kan sebab gua nak terus lagi.
tetiba mamat tu belok kiri secara mengejut!
gua ape lagi, langgar lah!
dengan gua, dengan motor kat bawah kete.
haramjadah betul!
gua tak bangun.
gua duduk jek situ.
lantaklah.
gua nak die tengok sendiri gua camane.
yang keluar mamat cine.
muke innocent,
lantaklah.
die angkat motor gua, gua terus jek tanye.
"eyh, u bagi signal kanan kenapa masuk kiri?"
gua punye lutut dah gigil2.
nak bangun pon gua tak bape nak mampu.
"sory2, u ok ke?"
"u nampak saye ok kan? so, takpelah. i nak u hati2 la. jangan buat ini macam, buat orang lain susah."
ceh, sempat gua ceramah sambil tengok2 motor gua.
kalau ade rosak siap lu mat!
alhamdulillah, semua ok.
"u punye kaki ok tak?"
sebab kaki gua kat bawah motor.
sebab gua rase tak bape sakit, gua kate jek ok.
die nak hulur, tapi tahlah.
gua malas nak layan. lagipon gua nak cepat!
"takpe2. i ok,"
gua nak menagis sebenarnye.
gua start motor dengan kaki gigil terus blah tingglkan mamat tu blur2.
dalam hati gua menyumpah2.
ramai orang tengok tapi takde sape tolong gua!
adohai malaysian~~




p/s: even gua belum ade lesen, motor tu la sumber gua guna ulang alik pergi keje! gua tahu undang2 dan care bawak yang betul. cume, gua silap sebab takde lesen. sekian. 
*bahasa gua arini agak bahaya untuk2 budak2 bawah umor bace. harap maklum.




Sunday, June 12, 2011

pengalaman bernilai bersama ABAH :)

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


rabu lepas was my first month we creating something,
it was awesome eventhough he's not here with me,
but he always wish me and make me happy.
so, sebagai celebrate (konon2),
makcik p makan ngan kawan2 keje.
ok, sebulan tak makan KFC,
rase cam jakun and tak tahu nak order ape. HUAHUAHUA.
even ade insiden yang tak best pagi tu yang menghancurkan hampir 50% mood makcik, but he cover that another 50% dengan buat mak cik ketawa. :)))


tapi, petang tu dapat kol dari akak,
abah kena tahan kat wad sebab komplikasi buah pinggang.
abah takleh nak makan minum dah 3 hari sebab asyik muntah.
so, kebetulan jumaat makcik off,
khamis tu lepas kerja makcik terus p hospital.
ingat nak jage dengan mak sekali,
tapi last2 decide mak balik and makcik jage abah.
alamak! camane nih.
jage abah sorang2.
dahlah kurang bercakap dengan abah. mesti bosan. huaaa~
lepas mak balik, makcik terkulat2 kat situ.
mesti bosan. tapi abag pandai buat anak die tak bosan.
borak2. baca paper sesama.
so, AT LEAST abah tahu nak ubah keadaan.
tidur jangan cakaplah,
sakit2 badan sebab tidur atas kusi.
tapi abah baik, kejutkan makcik sebab tukar tuala yang makcik jadikan bantal dengan bantal yang abah pakai. yea, abah ade dua bantal. thanks abah. :')
then, kul 3.30 pagi, abah kejut nak makan. so, makcik buatkan milo then bagi roti dan biskut.
actually, badan penat sebab balik keje terus bergegas nak jenguk abah plak.
macam nak merungut.
macam nak mengeluh.
tapi, makcik ingat kate2 mak.
mak kate, abah dah banyak berkorban untuk besarkan kami.
makcik sedih tengok abah sakit.
tiap kali nurse datang cek tekanan darah dan masukkan ubat kat tangan abah,
tekanan die tak stabil.
tenok abah kena cucuk, makcik rase sedih. huuuu~ :'(
kebetulan, pagi tu metro cakap pasal cabaran sebagai seorang ayah, pasal renungan hubungan dengan orang tua, buat makcik rase betapa bertuahnye makcik dibesarkan dengan tegas.
walau abah kurang tunjukkan kasih sayang,
tapi abah berjaya membesarkan kami tanpa seorang pon anak2 yang berani nak menjadi 'manusia tak serupa manusia'. pahamkan?


kul 4 lebih macam tu mak sampai bawak makanan. waaa.. lapar sebab tak perasan tak makan pape lagi sebab tak tahu nak watpe. makcik tak bape pandai jage orang sakit. huuu~
sebelum balik, makcik peluk cium abah.
makcik mintak maaf dan doakan abah cepat sembuh,
abah cume senyum.
sebak, kalau boleh nak jage lagi sebab abah belum boleh keluar.
tapi kan, sabtu makcik keje pagi, terpakse tukar jage abah dengan mak.


untuk abah,
semoga cepat sembuh.
semoga abah kuat dengan dugaan ni.
orang doakan yang terbaik untuk abah dan diberi kesejahteraan yang berpanjangan.
walaupon lambat lagi,
orang nak ucapkan selamat hari bapa.
terima kasih telah memberikan yang terbaik dalam hidup kami adik beradik.
insya-Allah, kami akan berikan yang terbaik jugak untu abah.
orang sayang abah..:')


p/s: :)