Saturday, August 6, 2011

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


















di detik ini,
dan mungkin di sudut ini,
aku terdampar menanggung seribu sesalan,
mengucapkan sejuta kata maaf di suatu tempat
didalam hati yang sangat riuh dengan  kesunyian.
di sebalik kekesalan yang terbina kukuh,
tuhan unjurkan aku satu jalan yang sunyi dengan kebahagiaan.


di sudut yang lain,
tuhan buka pintu hati seorang insan bernama lelaki,
disaat aku tidak membutuhkan aura rasa kasih sayang.
biar yang tercipta, atau yang pernah dan telah tercipta
itu hanyut dalam satu rasa yang aku tak pasti.
yang ingin sekali aku lontarkan jauh perasaan yang sarat dengan 
aura kasih sayang dan segunung kebahagiaan.
mungkin kasih yang tercipta dan berakar dalam hidupmu itu,
tercipta untuk dahan seorang wanita yang lain...


dan kini aku disudut lain.
yang memandang dua sudut sebentar tadi dalam kelam.
dalam kekusutan.
mungkin disudut yang ini,
aku akan disiram dengan jutaan kasih dan sayang serta kesetiaan.
disinari kebahagiaan yang aku dambakan.


kepada kekasih hati,
wujudkanlah impianku yang kau tahu
jauhkanlah derita yang pernah singgah ke tempat yang
hilang di saujana pandanganku.
terima kasih kerana menerima segala kekurangan ini
yang mungkin kau lengkapi dengan kelebihan yang 
tuhan anugerakan kepadamu.


p/s: just for my mind. my OWN mind. :)





No comments: