Tuesday, December 24, 2013

hidup sebagai manusia bersyukur

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Alhamdulillah, sejak kerja ni banyak benda aku belajar.
macam mana nak simpan duit
macam mana nak urus duit.
well said, aku memang dah start kumpul duit untuk impian yang satu itu
kahwin.
gila kau umur 23 takde rasa nak kawin.


kadang-kadang aku rasa apa yang aku milikki sekarang ni tak mencukupi.
padahal ramai orang nak gaji macam aku.
but serious talk,
makin tinggi gaji,
makin membuak nafsu.
padahal dulu masa belaja r RM 2000 cukup untuk 5-6 bulan.
so what's the different?

Alhamdulillah,
aku dah keluarkan satu buah hati baru.
warna putih.
tak sangka loan lepas.
aku takde perancangan pon, tapi sebab aku rasa tak sesuai naik motor dengan baju kurung,
mak aku suruh amek satu.
ceh bunyi mcm tak payah bayar kan?

hasil kerja, aku belum nak nikmati dengan vacation bagai.
cukuplah aku katakan, aku kurang minat bercuti kemana-mana.
belum masanya.
bukan taknak, tapi biarlah lepas-lepas ni.
benda tu bila-bila pon boleh pergi.



kadang-kadang jeles jugak dengan kawan-kawan aku.
tak kerja tapi melancong kemana-mana.
but who knows kan yang sebenarnya diorang kerja sambilan yang dapat bawak dorang berjalan?
so just bersyukur, my self!
kenapa perlu cemburu dengan rezeki orang lain. *muhasabah hati semula.
aku ada misi penting.
aku nak nikah dulu.
kemudian menabung untuk bawak mak buat haji atau umrah.
itu sahaja untuk mid-term.


short term? habeskan dulu master aku.
sambil kumpul duit kawen.
 itu paling short.
tarikh bila?
some date in 2015.
insyaAllah ;)


 

Monday, December 2, 2013

just another us.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



this is just another month for us.
thanks for be always beside me.
there's no words can describe how much i love u.
 .
.
.

to other half of me,
terima kasih sebab sentiasa memahami dan menerima diri ini.
awaklah tanah yang sudi menerima air seperti saya.
yang sedia menerima sy yang kadangkala mampu membawa arus yang deras dan kadangkala juga mampu menenangkan. (lebih banyak deras =P)
.
.
.
 thank you. thank you. thank you love.




Friday, November 29, 2013

B E R L A L U

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

dulu aku dibuang,
nun terdampar disudut hatimu
bahkan aku seakan merayu
untuk kekal berada didalamnya.
ditempat yang selamat untuk aku berlindung
tapi akhirnya
aku terlempar disini

puas sudah aku merawat kesakitan yang kau beri
parut kekecewaan masih utuh disini
masih teringat saat aku melakar impian
di awangan cinta kita
disaat aku berjanji untuk terus bersama
dan berpegang teguh pada tangkai hatimu,
kau campakkan aku.
ya, aku masih ingat akan hal yang itu.

dan akan sentiasa ingat.

 

Thursday, November 28, 2013

RUMAH ATAS TANAH

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Harini dia sangat gembira. sangat berseri-seri mukanya.
semalam Cikgu Rosdi awal-awal lagi telah memberitahu di dalam kelasnya.
"esok cikgu nak buat pertandingan mewarna. tolong bawa segala peralatan yang diperlukan untuk mewarna nanti"
satu kelas riuh dek pengunguman itu.
sudah lama dia mahu masuk pertandingan mewarna. kerana sangat minat dengan warna-warna yang ceria. minat mewarnakan apa sahaja yang dirasakan kekurangan keceriaan.
awal-awal lagi juga dia sudah mengasah pensel warna "LUNA" yang disediakan emaknya.
nekadnya cuma satu.
mahu memenangi pertandingan esok.
pernah dia bercita-cita memasuki pertandingan mewarna bagi mewakili sekolahnya.
tetapi hajatnya tidak penah kesampaian.
seringkali dia gagal.
comot, katanya emaknya.
sekejap warnanya kekanan, sekejap warnanya ke kiri.
comot sangat.
esok die nekad mahu mewarnakan lukisan iyu dengan satu arah sahaja.
kiri sahaja pon elok, fikirnya.


Cikgu Rosdi masuk ke kelas sambil membawa kertas yang telah tercetak lukisan yang bakal diwarnakan oleh murid-muridnya nanti.
senyuman diukir melihat semua anak muridnya ceria.
dia kenal sungguh dengan anak-anak muridnya
pantang ada sahaja pertandingan mewarna, pasti kehadiran kelasnya penuh.
pasti.
"baik semua boleh keluarkan alatan mewarna masing-masing" umum Cikgu Rosdi.
dia mengeluarkan pensel warna yang telas siap diasah.
fikirnya nanti tidak perlu membuang masa mengasah.
jadi esok boleh la dia mewarna tanpa masalah.
ya, itu fikirnya.

 lukisan diedarkan.
wah, gambar rumah papan. sebuah tanpa apa2
 masa tu umur 8 tahun. apalah sangat yang dapat ditambah.
hanya seorang wanita yang berdiri disebelah rumah tersebut
fokus sekali mukanya mewarnakan gambar itu.
hijau gelap dan muda menjadi pilihan.


berpuas hati dengan lukisan itu, dia menghantar semula kepada Cikgu Rosdi.
"masa hampir tamat" kata cikgu Rosdi.
ya, masa Pendidikan Seni sudah mahu tamat.
setelah berpuas hati, dia menghantar.
Cikgu Rosdi kata, beliau akan terus mengumumankan pemenang yang akan mendapat sekotak coklat dari Cikgu Rosdi.
dia berharap dia akan menang
Cikgu Rosdi akan mengumumkan nama mengikut turutan dari yang paling tidak menarik ke paling menarik.
maka nama sesiapa yang disebut tidak akan memenangi pertandingan itu.
satu persatu nama disebut.
semakin berdebar rasa hatinya. tetapi lega namanya masih belum dipanggil.
mungkin ada kebarangkalian untuk menang. mungkin, desis hatinya.

tinggal 2 nama lagi yang belum disebut.
akhirnya,
MARIATUL, sila ambil kertas lukisan awak.

 melepas lagi dia harini.
mungkin tiada rezeki.
namanya disebut ketika hanya tinggal 2 nama lagi.
kecewa.
FUAD, awak menang.
dia melihat ke lukisan Fuad.
dibandingkan apa yang kurang dan apa yang lebihnya lukisan Fuad.
hodoh.
comot.
tapi kenapa cikgu pilih dia?!
jerit Mariatul dalam hati.

"saya tahu, lukisan Fuan jauh lebih comot dari awak semua, tetapi ada sesuatu yang Fuad ada, awak semua tak buat"
"apa dia cikgu?" tanya seorang murid lain.

"saya bagi awak gambar lukisan hanya sebuah rumah. tetapi hanya rumah Fuad yang berada diatas tanah. dia mewarnakan bawah rumah itu dengan warna coklat. yang lain tiada warna. lakuisan Fuan jauh realistik dari lukisan awak semua"

mereka terdiam.
ya, Fuad menang.

p/s: aku memang tak suka Fuad. kaler lukisan dia buruk :p




Monday, November 25, 2013

And Just Be Nice


story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

what ever you do in your life. just be nice to others.
if you even have your own haters, just trust me.
haters make us famous.
buat apa nak sakit hati dengan orang yang sakitkan hati kita?
tak dapat apa.
cuma
dapat penat
dapat dosa
dapat stress.

so keep smile.
people may judge you because they don't  know you.
but you know who you are,
what you are facing right now.
well,
you need to drop the shit before you can fly.
trust me.
and don't forget to nice to each other.


p/s pesanan untuk diri sendiri jugak. go Mariatul!

Thursday, November 21, 2013

T O L O N G LAH!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

yeah. sometimes people speak at the level where you even don't care about others.
as well as to yourself.
well, ikut suka hati katanya.
jangan kejam sangat mengecam orang yang berbuat dosa. berbuat salah.
kononnya begitu begini.
harap kita jauh dari perkara sedemikian.
sebab semua benda to macam balik kat diri sendiri
did you ever heard this?

satu jari tunjuk dekat orang, empat akan balik ke diri sendiri

so tak perlu lah nak mengeji sangat.
aku nak kata aku baik sangat tu takdelah.
tapi aku pernah la friend dengan sorang mamat ni.
dekat fb hari-hari dok kutuk perempuan. tak tahu lah kenapa
yang aku perasan die selalu kata pasal perempuan bertudung
tapi berlengan pendek, ketat semua.
yup, perempuan tu salah dan dia ada hak nak kata macam tu.


TAPI

itu bukan caranya.
mengutuk, mengeji.
so apa beza kau dengan perempuan tu?

ATAU

sebenarnya  kau memang nak tutup mata orang dari mengata kau pulak?
sebab awek kau yang tak pakai tudung malah memang seksi?



:3

jangan. cukuplah. aku berkira-kira nak unfriend kau ni.



Wednesday, November 13, 2013

kerja baru.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

selamat semua!

lama gila tak update blog. last masa cerita abah pergi tu.
actually, banyak kali niat nak masukkan entry baru. tapi selepas bace semula cerita yang aku sendiri taip, aku sendiri menangis, aku sendiri membatalkan niat nak mengupdate entry. dah guana? haha

by the way, i'm officially graduate setelah berpenat lelah (eh yeke?)
berjaya jugak menghasilkan thesis sendiri.

 nampak tak muka mintak penampor?

jadi setelah berjaya menghabiskan semua subjek yang mewajibkan aku ambik more than 120 kredit,
maka dengan ini, aku layak digelar graduan UPM.
maka untuk menyatakan dengan rasmi, perlu lah ade majlis istiadat konvokesyen ye dak? haha
alhamdulillah, tarikh aku dah Mok konvo lain2. maka, dapatlah pergi majlis Mok, dan Mok pergi majlis aku.


ala-ala gegedik jugak lah aku bergambar masa ni.
gambar konvo Mok tu, bapak beliau yang sukarela nak ambilkan. sangat sporting bakal ayah mentua ni. kehkehkeh.
sempat jugak berpre konvo dengan kawan2 dan Mok sendiri. :)

  



 with  masriza. selalu kena buli mase jadi kosmet aku.hehehe

 ni ala-ala gedik jugak bergambar macam ni. macam prewed pon ade jugak.
semua sebab photographer tak bertauliah tu.

Sebelum graduat, sempat jugak aku menjadi guru ganti sementara. ganti cikgu bersalin.
sumpah, berani aku cakap, bebudak sekarang dah tak macam dulu. hahaha. aku dulu baik je kot!


nampak lah jugak karisma aku jadi guru.

aku garang kot! haha
so sekarang memandangkan Mok dah jadi Engineer,
aku pon dah official bekerja sebagai Research Officer di UTM
maka kami berusahalah untuk merealisasikan impian bersama. chewah.
hanya mengharap yang terbaik.
dan terbaik :)

p/s: mood menulis ke laut!



Monday, April 29, 2013

perginya Malaikatku.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

menggunakan sisa-sisa kekutan yang ada untuk menaip entry ni

5 MAY 2013
mak kata arini abah ceria sangat. tak macam orang sakit. abah makan banyak harini. abah makan nasi lemak, abah borak2 dgn seronok. mak senang hati sangat2 harini. mak dapat main dgn cucu. lame mak tak main dgn cucu2 dia dgn seronok. mak harap abah betul2 sihat. dalam perjalanan pergi dialisis pon, pakcik yang  hantar abah pon pelik. arini abah tak mintak roti canai dgn teh tarik mcm selalu bila pergi dialisis.. alhamdulillah, kata mak.

magrib tu bila balik dari dialissi, mak kata abah senyap jek. bila mak tengok rupanya abah dah terkena strok. mata abah terbukak luas, lepas tu mak kata mcm kejang2. habis semua jiran mak panggil mintak tolong. ambulan pon mak telepon untuk bawak abah pergi hospital.arini abah kena in charge dekat Hospital Mersing.masa aku nak balik, mak kata jangan bimbang, mak ada. nanti2 boleh balik..

aku ambik kesempatan jugak balik. jumpa mak abah. pertama kali melihat abah terlantar begitu, aku memang sayu. sedih. semua perasaan yang aku tak dapat gambarkan dgn kata2 ada dalam diri aku masa tu. cerita tu aku dah pos sebelum ni kalau korang dah bace., korang boleh baca kat SINI.

23 MAY 2013
pada umur 23 tahun, aku kehilangan ayah. harini genap 6 hari abah pergi mengadap yang Maha Esa. sungguh aku belum dapat terima ketiadaan abah di dunia ini. masih berputar segala kenangan manis dgn abah. segalanya seolah2 hilang separuh nyawa aku bila mendengar berita itu. ingat lagi masa tu aku baru lepas bagi salam yang terkahir untuk solat zuhur. telefon berbunyi, nama "Ratu Hatiku" yang aku set untuk mak tertera.
sukanyaaa.. mak telepon. tapi kenapa suara jiran? dah mula tak sedap hati. bila jiran bagitahu perkara sebenar, aku menangis sepuas hati. bukan mudah aku terima walau aku tahu keadaan abah sebelum aku balik. dia takkan hidup lama since dialisis dia di hentikan. tapi berita tu buat aku rase terpukul. lemah longlai aku rasa. tak mampu nak bangun. tak kuat. akak pon telepon suruh balik dgn dia. tapi aku nak bangun pon tak mampu :(

Mak kata, mak tak tahu bila abah 'pergi'.. sebab waktu  tu mak tidur. yang ada kat rumah hanya mak dan abah. adik2 sekolah. aku boleh bayangkan keadaan mak. bila orang yang 33tahun hidup bersama, tak pernah berpisah walau satu malam, pergi meninggalkan dia tanpa apa2 ucapan dan kata2 yang terakhir. allahukabar. aku belum kuat bila membayangkan itu semua. masih belum percaya aku kehilangan abah dalam usia 23tahun. aku belum puas bermanja dan bergelar anak kepadanya. :( belum puas aku berjasa dgn abah. belum puas berbakti dgn abah. aku yang jarang ada di sisi abah pon terasa, apatah lagi emak yang siang malamnya hanya untuk abah.

kesedihan betambah-tambah bila aku, akak aku, adik aku yang dalam perjalan dr KL ke johor, tak sempat menatap wajah abah untuk kali terakhirnya. sebab abah di kebumikan petang tu juga sebelum magrib.

bersemadilah jasad abah tanpa aku lihat, aku kucup dan aku peluk untuk kali terakhirnya. tapi aku tak pernah salahkan takdir. aku yakin abah bahagia dan gembira berada disana. akak kata muka abah tenang sangat2. kerja2 pengurusan jenazah juga mudah sebab semua berlaku dgn sekejap.. Alhamdulillah, semoga urusan akhirat abah juga akan mudah. aku janji, aku takkan lupa untuk menitipkan doa dalam setiap hari-hariku. aku mahu doa dr anak yang solehah untuknya takkan putus sampai kiamat. kerana dialah malaikat aku yang berkorban banyak untukku.

kepada semua sahabat dunia akhiratku yang aku sayang, terima kasih atas tahlil yang kalian lakukan. terima kasih untuk kata-kata semangat kepada aku. aku belum kuat untuk saat ini. jika aku menangis, biarkan lah. aku sedang mengumpul kekuatan. aku sedang menghadam realiti yang aku sudah bergelar anak yatim. aku masih perlukan 'masa-masa' itu. tak mungkin kenangan tu akan terhapus. tak mungkin aku lupa wajah malaikat aku yang membesarkan aku. dengan segala usahanya yang kuat dan gigih, dibesarkannya aku dengan rezeki yang halal. aku akan rindukannya sampai bila-bila.



p/s:mak pernah kata yang beberapa minggu sebelum tu, abah kata dia nampak arwah nenek tengok dia. abah kata arwah nenek rindukan dia. mungkin itulah petandanya. wallahualam. Alfatihah untukmu ayahandaku.


Tuesday, April 23, 2013

Malu lah ISLAM :(

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Alim. lelaki yang beragama Islam.
satu petang yang damai, Alim ternampak dua orang lelaki sedang duduk berbincang.
Alim rasa mcm kenal mereka tu. tapi die buat donno je lah. tapi dalam hati still curious sebab die rase lelaki-lelaki tu mcm popular je. so die pon pergilah tengok sebab nak pastikan apa yang die nampak tu betul. and yes, mereka adalah Obama dan Bush! jadi Ali ni kekonon bajet rapat pergilah menyibok.

Alim: Hai Obama. Hai Bush. apa yang kamu berdua bincangkan?
Obama: kami sedang merancang perang duania ketiga.
Alim: bagaimana?
Bush: kami akan membunuh 140juta orang Islam dan Angelina Jolie.
Alim: Hah! kenapa Angelina Jolie?
Bush: Obama, lihat. betulkan. orang isalm sendiri tidak bertanya tentang kenapa 140juta orang Islam. mereka lebih menanyakan tentang Angelina Jolie tu.
Obama: mengangguk dan tertawa.

ini hanyalah sekadar membayangkan kondisi sahaja.
bayangkan, kita sesama islam tidak mengambil berat sesama sendiri.
macam negara kita sekarang.
sebab pilihanraya, masing2 bermasam muka.
kutuk mengutuk.
kite nagara Islam, bersatu lah walau lain parti.
yea, aku belum layak nak kata mengenai pilihanraya.
sebab tu aku rela jadi pemerhati.
menilai dalam hati mana yang benar, mana yang memperjuangkan agama, mana yang menabur janji, mana yang bermulut manis. just see.
tapi perlu ingat. kita negara Islam.
kita beragama islam.
jangan sebab hal dunai, kite berpecah belah.
#ingatan untuk diri sendiri juga.



Friday, April 19, 2013

berdosa! HENTIKAN Gwiyomi :(

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

betul. gwiyomi tu dosa kalau buat. memang tak tipu. aku dah kaji sikit2 dah benda ni.
apa tu gwiyomi? aku nak terangkan tak tahu sangat.
tapi kalau nak tahu, gwiyomi tu dalam bahasa melayunya adalah comel. atau cute. macam kat bawah ni..


haaa, ada nampak macam aku sikit2 kan?

berbalik pada topik. aku yakin gwiyomi ni kalau buat memang berdosa.








TETAPI









berdosa kalau orang yang tak comel buat. kan maknanya comel.
kalau tak comel, takyah la buat. kan ke menipu namenye tu?! ehek.
hahaha. so pada yang tak comel, jangan buat dosa yeak. kalau tak comel, duduk diam2.
tapi, ada satu cara pada yang tak comel dan comel boleh buat.. ;)

nak tahu? meh aku bagi cara yang paling mudah.






yang ni, tak comel ke comel ke semua lapisan masyarakat boleh buat.
dapat pahala.
disayang semuaaa :)
aku tak tipu kan? hihi..






Thursday, April 18, 2013

New header. more girlish.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

hak hak. canne header baru aku? nampak lebih macho tak? aku sukeee.
nampak hensem sangat. hew hew hew


Tuesday, April 16, 2013

malaikat untukku

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

melihatkan abah terlantar di atas katil sejak 6 Mac yang lalu buat aku hilang hampir separuh hidup.
abah orang yang membesarkan aku kini tak mampu untuk bangun apetah lagi menguruskan dirinya sendiri.
mase tu aku balik apa yang aku mampu lakukan adalah menangis di depannya walau die tak dengar dan memberi sebarang respon. waktu tu tuhan je yang tahu. aku tak boleh nak sorok perasaan tu walau depan mak aku. banyak kata2 yang aku dapat
"kau kena kuat depan mak kau. jangan bagi nampak kau lemah supaya mak kau turut kuat"
macam mana aku nak kuat?
dia abahku
dia penjaga ku
dia membesarkan aku
dia malaikat untukku.

lepas aku balik UPM semula, takde apa yang aku mampu lakukan melainkan berdoa dan terus berdoa. setiap hari aku akan telefon mak untuk tanyekan keadaan abah. cuma kadang2 termiss sampai 2-3hari sebab kehabisan kredit. tapi doa aku tak pernah putus. aku selalu harapkan abah boleh bangun balik, berjalan dan sihat seperti dulu. ape lagi aku mampu?

terharu.
itu je yang mampu aku cakap bila ada kawan2 yang sanggup berkumpul, membacakan yasin untuk abah.
mana aku nak dapat kawan macam ni lagi kalau aku dah kerja esok2? inilah kawan dunia akhirat aku. aku takkan lupa. sampai mati. thanks untuk rumet dan mereka2 yang sudi memberikan doa untuk abah.
doa supaya abah sihat.sebab
dia malaikat untukku.

bila abah terlantar macam ni. banyak benda aku menyesal dalam hidup aku. banyak saat2 yang aku terlepas dan menyesal tak menikmatinye bersama dgn abah.
abah seorang yang tegas. tak banyak yang aku dapat kongsikan bersama dgn abah. dulu hampir 4 tahun abah sakit (kencing manis, darah tinggi, buah pinggang) sampai abah tak boleh tidor malam. masa tu lah yang aku sesalkan. sepatutnya aku bersabar dengan karenah dan kehendaknya. bukan jadi derhaka. :( kalau aku buat salah dgn abah, setiap kali nak balik UPM aku mesti cium dahinya untuk meminta maaf. sykur. aku masih mampu melakukannya walau kerap kali sebenarnya aku berselisih faham dengan abah. walaubagaimanapon,
dia malaikat untukku.

kini lebih sebulan abah terlantar. dialysis yang dilakukan keatas dirinya walau dalam keadaan tidak sedar terpaksa dihentikan. dr kata dialysis tu dah tak bagi kesan padan badan die. maksudnya walau di lakukan, keadaan nya akan tetap sama seperti itu..abah bukan tak sedar terus. matanya dah tak nampak. kalau aku panggil abah pon, die masih menjawab walau sekadar "ermmm". sedihkan. tapi nak buat mcm mana. mak kata, itu takdir keluarga aku. haritu aku balik. aku teman abah pergi dialysis untuk kali ke 2. kebetulan hanya aku yang ada. mak terlantar jugak. sebelah katil abah. mak demam sampai tekanan darahnya sangat rendah. mak tak kuat nak bangun. luluh hati aku bila aku terpaksa melihat kedua-duanya terlantar. kiri dan kanan. nurse panggil aku.

"adik tahukan keadaan abah adik. mak ada cakap apa2?"
"ada, mak kata abah dah kena bawak balik, dah tak boleh nak dialysis"
"adik beradik lain dah tahu?"
"dah, mak dah bagitahu awal2. mak kata taknak kami salahkan dia kalau apa2 jadi kat abah" 
"adik, kami terpaksa hentikan dialisis tu sebab kalau kita teruskan jugak, die takkan ade kesan apa2. jadi, adik fahamkan kalau kita hentikan dialysis tu apa akan jadi? kemungkinan keadaan dia akan makin teruk"
lemah lutut aku. aku faham. aku hanya senyum. ucapkan terima kasih pada nurse tu sebab bagitahu hal yang sebenar. aku duduk balik sebelah abah. aku tengok muka abah berkerut dan mengerang sewaktu jarum besar untuk dialysis tu dicucukkan ketangannya. Allahuakbar. luluh. menangis2 aku kat situ sebab mak takde. mungkin itu waktunya air mata aku perlu mengalir. aku tenung abah. yea, aku nak cari pahala sebanyak mungkin selagi ada waktunya. tak berhenti aku berdoa untuk abah waktu tu. minta dia sihat dan keajaiban akan terjadi.

esoknya keadaan mak makin teruk. mak muntah2. jadi aku terpaksa tolak mak menggunakan kerusi roda ke bahagian kecemasan supaya mak di periksa dgn lebih lanjut. arah mak diambil dan mak dinasihatkan supaya balik ke rumah berehat setelah sebulan di hospital. aku pon paksa mak balik. sebab aku nak die cepat2 sihat. aku risau kalau dua2 sakit. lepas bagitahu nurse wad yang mak kena balik,

"kalau makcik nak balik, dah boleh bawak balik pakcik sekali. harini die dah last dialysis. nnt saya urukan ambulan untuk hantar pakcik balik"
 Allah, aku simpan perasaan sedih tu dalam2. mak ada kat situ..kau pahamkan apa aku rasa? gembira, dan sedih. gembira sebab akhirnya maka abah boleh balik. sedih sebab abah perlu berjuang dgn hidupnya tanpa apa2 rawatan dirumah :( aku tak tahu apa yang aku patut rasa sampai akhirnya aku menangis sepanjang perjalan ke rumah dalam ambulan tu. nasib baik mak duduk depan. aku duduk belakang. jaga abah.

akhirnya malaikat ku berada di rumah. terlantar. walau aku sedih, aku tetap bersyukur. terima asih Ya Allah sebab bagi aku peluang berbakti kepada abah walau abah aku tengok semakin lemah. tak dah banyak berbunyi seperti dulu lagi. hanya tidur dan bergerk dgn sedikit. mungkin abah penat. abah nak berehat. aku tahan perasaan sedih walau akak aku dah melalak2 mase tu. bukan aku tak sedih. aku taknak mak nampak aku lemah. sebelum alik, akhirnya aku terpaksa gugurkan jugak air mata tu. sebab aku tak tahu aku sempat jumpa abah lagi atau tak. kalau bukan abah, mungkin aku yang akan pergi dulu. tapi aku dah janji dgn abah sebelum balik, aku dah bisik kat abah yang aku suruh abah tunggu aku balik. aku akan balik lagi! sepanjang perjalanan, aku teresak2 sampai hilang suara sebelah mok. aku lepaskan semua sampai aku rasa nak pengsan. :(

Allah, jika umur abahku masih panjang, smbuhkanlah penyakitnya. jika sampai disitu sahaja hidupnya aku mohon, berikanlah kekuatan kepadan aku dan keluargaku untuk meneruskan kehidupan.

tapi doaku untuk melihat abah sihat takkan penah terputus.

aku sayang abah

aku sayang malaikatku :'(


 
 
 

Sunday, March 31, 2013

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

SMILE. 
BECAUSE YOU'RE BEAUTIFUL
LAUGH. 
BECAUSE YOU'RE LIVING LIFE TO THE FULLEST.
STAND STRONG. 
BECAUSE HATERS CAN'T BRING YOU DOWN.
DON'T EVER GIVE UP.

tersenyum hati dapat kata2 ni. 
aku bukanlah cantik mane meletup2.
tapi bila seseorang katakan ini pada aku.
cukup buat aku tersenyum.
sebab aku cantik :D 




budak Lepasan SPM je pon.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

dulu mase kekecik, aku nak cepat jadi besar.
tapi lepas tu bila besar rasa menyesal tinggalkan zaman kecik.
oh yea, nak menyesal buat apekah?
itu ketentuan kot.
tapi kenapa aku kekecik dulu tak penah nak kurang ajar dgn orang lagi dewasa?
erm, budak2 sekarang.
kalau ikut hati malas nak layan.
tapi dah 2 kali kau kacau keharmonian hidup aku.
aku takkan berdiam dude.
one day kau akan menyesal sebab cari pasal dgn aku.
sebab aku memang jahat.
jahat macam mana?
aku akan buat kau rasa sakit hati dan takkan lepaskan aku.
seumur hidup kau.
kau akan menyesal. tu je aku mampu cakap.
stay out of my life. i'm trying hard untuk lupakan die dan kau.
lagi satu, aku memang berniat nak hina kau.
sebab tahap kesabaran dah abes.
aku akan buat kau derita jugak. 
sebab kau yang paksa.
eh, i love u la budak.
budak LEPASAN SPM :P





Sunday, March 17, 2013

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

kalau ini yang terbaik Tuhan aturkan untuk hidup aku, aku pasrah.
mungkin aku akan hilang kekuatan pada mulanya.
tapi aku yakin suatu hari nanti,
hikmah tu akan terlihat.
pergilah.
selamat tinggal.

Wednesday, February 20, 2013

malware dah takde. yey!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

fuh, dekat sejam aku godek2 macam mane nak buang malware tu. dari mok pergi jogging sampailah beliau balik, akhirnye beliau yang setelkan masalah malware aku. semua tu puncanya satu je. jam analog yang aku letak since aku main blog ni yang jadi gitu. bakpe tah. aku nak share menda kalau malware tu bukan aku yang buang. by the way, bigggggg clap to my hero! super duper mok mok! weeehhaaa~


ade gaya ala2 hero tak? ekeke. herolah. tapi dgn perutnye sekali. miahaha. seronok betul dapat mengata beliau. ala, beliau bukan ade blog pon. macam mane nak serang balas balik kutukan maut aku kat sini. melainkan sok2 die buat entry kutuk aku balik pakai blog aku. wah,,, blog makan tuan la yek. mane taknye, beliau yang setelkan masalah malware aku, mestilah beliau tahu password aku. pape lepas ni, siap mu mok kalau blog aku ade entry bukan2. kihkihkih. hati dah senang, malware dah takde, jadi marilah kite bersiap menuju ke arah makanan. laapaarr.. ececeh. dah guane nak diet? -.-"


diet?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

projek diet mokmok (dzul) akan berjalan. hahaha, ade ke patut aku kena terlibat sekali?
tapi demi nak teman die diet, aku terpakselah control sikit makan ni. mok, caiyok! sebulan lagi aku balik, aku nak tengok perubahan mokmok :D
semoga beliau berjaya. sebab sebelum balik aritu, kiteorang same2 timbang berat badan. ok sejujurnye aku memang naik la kan. sebab kat tempat keje aku memang ramai sangat penyuap makanan. bayangkan lah yang aku ni tengah jadi cashier, ade yang tolong suapkan makanan, mahu tak haruk aku. hahaha. even biskut2 pon, still bagi kesan kat aku tau! hahaha.
mok, seperti biase, memang expected. naik sangat. bayangkan sejak aku kenal die yang kurus murus tu, dah nak 2 tahun dgn die, 12kg naik -.-" no wonder la bobon die makin besar.

so, i wish that his weight back to normal again. ekekeke. i really wish it sayang. kate nak naik pelamin dengan macho, kurus dan hensem kan? so silalah berusaha. aku pon akan berusaha jugak. tapi taklah sekuat die. sebab memang duduk upm ni, berat aku akan maintain atas faktor kemalasan. cuma bila kerja jek. muahahaha. btw to my mokmok. work hard and please maintain to your spirit. jangan hangat2 jek :P

Wednesday, January 2, 2013

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

salam!
happy study week semua..:)
i have two weeks study week but only use the one week to cover all the subjects.
ceh bunyi macam banyak sangat subjek amek kkan.
padahal 3 jek yang ade final.
dua subject aim A. satu fail. muahaha. jangan aim benda tak baik.
doa tu. baik2. aku aim 3 A. equal to 4.0.
bila lah nak merasa 4.0? -.-"
target sangat tinggi.
tapi taknak tinggi sangat takut harapan jatuh tergolek dog. ngehngeh.
satu subjek yang mungkin buat aku jatuh bergolek2.
tapi selagi blum final, selagi tu harapan masih ade.
bak kate prof aku lah. tapi beliau sangat kedekut markah apetah lagi ke"strict"an beliau membuat aku terasa sangat2 dengan markah aku. sob sob :(


so, go go mariatul.
selagi ada harapan, marilah berusaha.
ceh, padahal kejenye asik tido jek. :P