Saturday, January 29, 2011

bila pensyarah jadi ibu dalam kuliah.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


1pagi
sabtu


haish.. mate ni belum lagi nak pejam. kenapa yek..
excited nak balik esok?? hee~
bukan kot. 
tak tahu kenapa kali ni aku takde nafsu nak balik kg.


eh, teringat plak cerita khamis.
korang ingat lagi tak cerita yang aku kate lecturer aku
ajar seni mempertahankan diri??
kalu tak, meh klik sini.


aku rase lah, setiap khamis akan ade cerita die yang tersendiri.
khamis lepas beliau jadi seorang ibu.
penuh keibuan.


ade sorang amoi ni, die p kuliah after balik pusat kesihatan.
die datang pakai mask cenggini.




then, my lecturer ask her.
"awak dari mane? tak sihat?"

"saye dari pk."

"kenapa datang kelas kalau tak sihat?" *see.. baik kan?

"saye datang sini sebab saye tumpang kawan punye kereta.."
*gelak...gelak...gelak..

aku ingatkan sampai situ jek..
jap lagi die siap nak tengok amoi tu punye ubat weh~ 
membebel suh amoi tu makan ubat, 
membebel tanye amoi tu dah makan ke belum..
membebel semua segala benda.
bukan amoi tu jek kena,
dengan kiteorang2 sekali habis die bebel suruh jage kesihatan.

kiteorang? gelak jek la..
nak wat camane.. kan?
dah benda lawak.. tak gelak kang kecik hati plak. *sile gelak.

kadang2 aku terpkir,
kalaulah semua lecturer baik macam ni,
aman ke semua student?
or kite semua naik minyak sekaligus kurang hormat
pade seorang lecturer yang penuh kasih sayang seorang ibu??
tanye diri..^_^

p/s: jadi rindu mak yang amat sangat!




Wednesday, January 26, 2011

sumpah aku terasa~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


harini gi kelas dengan sangat tidak bermaya. letih sangat sebab 1 malam aku tido tak lena coz aku rase mabuk degan ubat2 ni. but I HAVE TO. lepak giler badan. mujur ade gap 5 jam. 


balik tadi dalam bas, aku dengar lagu ni. tetiba aku rase tersentuh. tahla..


gambar tiada kena mengena..^_^


itukah dia kekasih yang pernah berjanji
memberi cinta, untukmu sepenuh hati
ia akan menyesal suatu hari nanti
apabila ia mengetahui
kekasihmu ini ingin kembali.

tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
walau beribu bisik janji ia merayu
kekasihmu ini terlalu ingin kembali
apabila ia mengetahui
kekasihmu itu, membuat kau bersedih.

oh kekasihmu ini akan merasa gembira
andai dapat bersama untuk selama-lamanya
hanya untuk menyayangimu..
hanya untuk bercinta lagi...

andai, engkau berduka..
aku yang pertama di sisi..
andai, engkau bahagia aku kan terus..
berdoa semoga, suatu masa
pintu hatimu kan terbuka
dan kita, akan kembali bercinta lagi..

aku akan kembali
walau jalan berliku..
kerna ku, kekasihmu..
hingga ke akhir..
hayat...





aku sangat terasa dengan lagu ni. kenapa?
yang penting hanya aku dan Tuhan yang tahu.


p/s: aku demam sebab semua ni ke?=( taklah. sebab aku bz lately.
okayh, aku da start rase melayang semula.



Tuesday, January 25, 2011

apesal semua ni??~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


tak tahulah kenapa dua harini aku rase moody. erm.
bukan moody sangat sebenarnye. tapi tak berapa nak ade mood.


ISNIN
pagi ni mulekan dengan gelak2. *shit. macam nak selsema jek. hidung berair.
memandangkan kelas hanya satu harini, aku amek keputusan untuk pegi library. rutin setiap isnin. melepak, online dan menyiapkan report. tutorial. exercise. penat otak, balik.


sekuar tersangkut kat kerusi bas. koyak.
shit lagi.
rase macam nak menangis bile seluar kesayangan koyak. rileks. tarik nafas.
**teeettt mesej!
"kalau tak bz, tolong datang pejabat.
salin semua final year student punye butiran".
aku terus gerak. 299 orang punye. nasib baik bukan sorang. aku buat dalam 40 orang, then aku naik. tak larat la.mate dah berat. rase tak sihat. tapi sempat lagi petang g jog dengan rumet dan fildarus. rase cergas jugak la..


saye yang memang selalu cantiK..^_^


rumet yang selalu perasan cantik..^_^


kecantikan yang bebeza..^_^


kan? dah tahu dah cantik..^_^


orang yang selalu marah aku kalau aku kate aku cantik. jeles!


tapi malam? nak siapkan buku program dinner sampai sakit kepala.. lantas? DEMAM.




SELASA
uhh~ memang tak sihat dah!!!
laratkan diri untuk kekelas harini. erm. 
tapi kelas 6-7petang terpakse mc.
*pusat kesihatan upm memang suke bagi ubat macam sakit aku nih dah teruk sangat!


**teettt mesej lagi.
"salam semua. malam ni training handball macam biasa"
erm tanggungjawab tu mengatasi segalanya.
turun2 takde orang.
*eh, korang ni bebetul ke memain? takde terus mood aku!
eksekius me, aku ni mengorbankan mase dan kesihatan tetibe takde? fine.


p/s: tak tahu kenapa emosi sangat ;(







Monday, January 24, 2011

ragam manusia~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


hai, aku mariatul. name penoh, mak bapak aku letak 
MARIATUL KAFTIAH BT MOHAMADIAH.
tergeliat tak lidah?
bestkan name tuh.
*ok, permulaan entry yang harramm~


erm, ragam. arini nak cakap pasal ragam. orang sekeliling termasuk jugak aku.
yep, aku ni banyak ragam. kadang2 klau orang tak tahu pasal aku pon, susah jugak kan. hahah~ that's real me.=)


malam tadikan, aku pergi meeting. *memang betul.
macam2 betul benda yang aku tengok.. 


PENGARAH DAN TIMBALAN
tanye tu, tanye ni bagai. nak kepastian. sebab tanggungjawab besar.







KETUA AJK
sibuk nak pikir itu ini bagai. ape nak cakap.
ape nak bentang. ape laporan. semua kena siap sedia.






AJK
bagitahu semua kat ketua ajk. so that takde yang tertinggal on presentation.


S/U
catat segala bagai. penting nak buat report.










AKU
kalau depan orang penting macam top2, aku dok diam2. sopan jek. kalau dok belakang2, aku cari geng bergalak2. biar pon kawan aku tu ketua ajk yang cuak nak present bagai, aku tetap nak gelak2 dengan dorang. gilo. hahaha
pastu aku mesej2 mane2 mamat. paling penting mestila kekasih hati.^_^
pastu kalau paling top nak cakap pape, aku buat2 beri umpuan. tapi tangan? tit tut tit tut...*tanda tengah men hp.
sambung balik dengan ajk lain, aku main game. tengok sane, tengok sini. hua hua hua...


so, konklusinye, aku la yang paling banyak keje sekali kat dalam meeting tu. aku la yang paling bertanggungjawab *pade kekasih hati, kengkawan yang nak present.
konklusi lain adelah aku cemerlang dalam meeting.


p/s: manusia, biasela. hahaha



Saturday, January 22, 2011

sarapan coklat~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


pagi ni sarapan aku simple. tapi mewah. mewah dari segi rase dan tekstur. sedap giler. bukan promot tapi nak korang cube..=)



buat kopi or ape2 air yang korang suke,
tapi panas2 tau, baru terasa nikmatnye.
theen, korang nampak tak ade biskut tu? haa... ni promot biskut.
TIM TAM.
pernah dengar??
ni....


kalau nak rase sedap,
koranag gigit sikit hujung2,
then, try buat biskut tu macam straw.
minum air yang korang buat panas2 tu.
nanti coklat tu cair, korag akan rase nikmat dan menariknye biskut tu..
tak cukup 1 atau 2, tapi paling kurang, 3..=)
sedap! cube try test la..=p

p/s: thanks to Mr.Burger for the biskut...



Friday, January 21, 2011

bila ada antara dua pilihan~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


salam.. hey, ape yang korang rase kalau korang ade dalam dua pilihan yang korang tak mampu nak buat keputusan. mesti korang rase nak dua2 kan? atau pon kalau boleh korang nak tinggalkan semua then korang tunggu jek yang lain..


tapi...


kalau ade pilihan lain. kalau takde??
err..aku bukan la tersepit sangat. tapi kadang2 aku nak jugak normal macam dulu. ade life aku sendiri. bebas nak buat ape. tapi masalahnya aku rase aku nak dua2. *shit la perempuan macam ni.
nak2 pulak terpakse memilih antara dua lelaki yang aku rase sangat baik dan memenuhi ape yang inginkan. errr...*yes, i'm stupid to be woman like this.


aku tak kisah ape yang orang nak kate. yang aku tahu, aku yang alami. dulu, aku keji giler dengan orang yang macam ni. tak cukup dengan satu. sekarang  padan muke aku *okay, memang sesak dalam situasi ni.


aku sedaya upaya nak beri dan dapat yang terbaik. tapi at the end? no one knows..
buntu!
atau aku pilih exit??

erm.....




p/s: yes, feeling like stupid and shit.



hey hey~ kasut baru ke??

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


haha.. entry riak! *ala, bukan mahal mane pon.
macam dalam entry lepas, aku dah kate nak beli kasut baru kan.. sebab kasut lame tapak dah koyak. kalau ade adek aku, confirm aku suruh die jahitkan balik semula jek. sayang weh.. lame dah kasut tu..segala sukan aku buat main dengan kasut tuh... huuu~


err... nak publish kasut baru boleh tak?? * nak jugak kalau korang tanak bagi pon.
sebab aku suke kasut baru ni.=))



comes in purple


okayh.. ni jek.. tanak banyak2. siap la ko kasut. semua benda pon aku nak buat dengan ko. dengan jogging, handball, segala benda pon aku akan buat dengan ko. aku suke ko. ko comel. sebab?? ko warne purple. hahaha~ puas memilih, akhitnye aku memilih ko menjadi teman hidup aku. 

setia dan kekallah bersama kau wahai kasut. ^_^ *wink2.

p/s: nak beli kasut new balance tapi belum masanya..^_^* baru kate nak setia. haha~




Thursday, January 20, 2011

tak sengaja nak pulak~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


setiap orang pon mesti ade benda yang korang impikan.
aku pon ade jugak. tapi kadag2 ape yang aku nak tu mesti terbatas dengan macam2 halangan. tak kirela benda ke, orang ke or what so ever la kan. yang penting kadang2 aku rase bengang bile ape yang aku nak tu tak dapat.


tapi macam yang aku mentioned kan dalam entry yang lepas dulu,
'tuhan tak bagi ape yang kite harapkan, tapi die akan bagi ape yang kite perlukan'


*maaf, segala apa yang diatas adelah mukadimah semata2.
sebenarnye ade dua benda yang aku nak sangat2 sekarang.


jam tangan.
aku sedih giler biler jam tangan aku dah rosak. yea, walaupon jam tu hany RM10, tapi setahun aku pakai. jam tu banyak kenangan. sekarang jam tu dah rosak. ingatkan abes bateri jek, pegi kedai tukar tapi orang tu kate jam aku dah rosak. erm, nak buat macam mane, benda yang aku paling sayang dah tinggalkan aku. ramai kate jam aku comel walaupun murah.=( kekadang bile terpandang, aku rase sedih sangat. tak tahu kenapa. banyak benda yang berlaku pada diri aku, akan disaksikan oleh jam ni. *ceh...


kasut sukan.
urghh~ next barang yang aku sayang dan totally rosak is my sport shoes~. lame aku pakai kasut tu. walaupon just RM50, tapi aku pakai dari F5. =( satu lagi benda yang menyaksikan jatuh bangun aku dalam bidang suka. sedihla.. semua benda pon nak rosak. aku bukan taknak beli, tapi sentimental value yang ade pada benda2 tu buat aku fikir banyak kali nak beli baru. tak beli kang susah aku. nak jog pon payah.


p/s: beli beli beli~





Wednesday, January 19, 2011

first impression~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.




ape yang korang fikir pasal so dia mase korang first2 kenal dulu? mesti banyak giler kan yang ade dalam kepala hotak tu. macam aku jugak. aku ade gak first impression pada orang sekeliling aku. pada buah hati pengarang jantung *hua hua hua.., pada kawan2, pensyarah serta orang yang paling penting dalam perbincangan kali ini adalah kakak demo amali kima. *wahahaha.. wajib ade.


ccooppp! pade yang tak tahu, sebagai pelajar major sains instrumentasi a.k.a elektronik a.k.a fizik, kimia cukup mebebankan.
see? perluke kimia? *okayh, memang perlu.
betapa takutnya pelajar fizik nak masuk makmal kimia untuk buat amali sebab....


amali kimia kena buat report panjang2 mengalahkan major aku.
amali kimia punye demo bapak strict!
amali kimia punye time ambik time tido aku *jumaat3-6 petang
amali kimia punye report kena buat discussion macam buat novel!


untuk sem ni pon~
first impression pada kakak demo.


*jumaat lalu.
malas giler aku nak p amali kimia. sesak. sengal otak aku. takut. yelah, dengar2 demo kimia ni garang2 belaka. tegas melampau.
haa.. hambek ko! demo kimia aku punye muke, ganasnye. garang semacam.
abes terbang semua mood aku nak buat amali petang tu. malas.
orang lain dah start buat amali, aku?? stuck! pegang segala benda pon takut. aceehhh...akak tu pulak boleh buat muke garang bagai meround semua group.
dup dap dup dap jantung ni ha..*150km/j


rupenye....
akak tu baik. walaupon muka garang, die cool jek. takde la tegas sangat. die ok la.. hee~ tenang sekejap perasaan aku mase tuh. baru boleh buat amali.
bayangkan betapa 'first impression' tu memainkan peranan besar dalam diri aku
*mariatul, stop having a bad first impression on someone.


p/s: first impression pada Mr.Burger. *poyo la mamat ni. bajet bagus. konon ko la hebat! hahaha~













Monday, January 17, 2011

wanita itu aku~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

3hari tak update blog..
erk, aku rase lebih la...
bz yang teramat sangat.
berjuang dan berkorban untuk kolej tercinta.
mane aku pergi?? meh nak cerita sikit.

i'm a pssion on javelin throw!
aku sangat suke merejam lembing. sebab?
sukan ni boleh aku buat sebagai tempat lepas geram.
hahaha~
3tahun aku tak main benda alah tu~
bukan taknak, tapi aku takut. aku main dari darjah 5-form 5. haish..
tetibe 3 tahun tak main! mau patah pinggang aku. hahaha
interkolej tahun ni aku join. sebab nak lepas gian.
sebab aku makin sayang kolej12
sebab aku nak bagi jasa pada kolej12
sebab aku nak  bukitikan yang aku pon mampu bagi sesuatu pada kolej *ceh, kolej jek pon. apelah sangat.
so, aku nak cerita storyla ape yang terjadi..^_^

kisah bermula dimana seorang gadis cantik berada distadium... bergaya manje seperti mahu masuk pertandingan ratu cantikk~


lihatlah, memang betulkan? gadis ni mungkin tersalah tempat...fikirnya, stadium adalah tempat untuk wanita cantik sepertinya~


tetiba, gadis tersebut berada ditengah padang. eh, apakah gadi tersebut lakukan???


 oh.. cube lihat wanita ini..macam gagah jek.. hahaha~



then, wanita ini sambung bergambar semual 
*memang giler la kau wanita, asyik bergambar jek!




ha.. ini adalah dayang2 yang sentiasa menemani wanita tersebut.. lalalal~
yang berbaju biru itu adalah manager...hahaha~


kenapa dengan wanita ini? cuba lihat...










 so, aku nak betulkan. wanita ni memang giler kamera. giler bergambar skan dan sangat giler glamer *oh yea, bukan giler yea..






 p/s: wanita itu aku. aku bangga demi kolej tercinta~ walau kalah dalam cakera...





Thursday, January 13, 2011

awak, ni dalam bas la~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


semalam. yea, hari rabu. petang balik kelas aku sorang.
naik bas sorang2.
duduk diam sorang2.
bas penuh la.. ramai jugak berdiri.*ceh, sorang la konon. ahaks!
haha~
semalam hari yang agak memenatkan even kelas tak pack.
tapi die punye penat tahap aku boleh terlelap dengan nyenyaknye kat surau sementara nak tunggu kelas solid state.
memang jahanam betul kalau kelas petang.
*rase nak tumbuk organizer laju2 sebab buat jadual time mate aku nak roboh.


heh, otw balik samapi kat kolej 1_ *memang jelas dan nyata nak semua orang tahu.
ade 3 orang remaja yang sangat stylo. *pada pandangan aku.
2 lelaki, sorang perempuan.
aku buat bese jekla.. abes, nak suruh aku buat ape.
*takkan nak sepak laju2 plak dorang naik bas.
padahal memang rase nak sepak. boleh plak breder ni peluk2 dengn awek die.
mula2 aku ingat salah mate aku ni.
brader, ni dalam bas universiti tau. bukan bas awam.
memalukan bile die boleh plak kiss2 kepala awek die
*tanda kasih sayang yang teramat la konon.


brader, kalau lu nak buat dalam bas lain, kat tempat lain, lantak lu la. ni bas kolej der.. bas yang student ramai guna. lagi satu, gua tak rase lu ni first year. sebab suka hati mak nenek lu macam lu dah biase buat jek der.


lu tak hormat gua takpe der.. yang depan mate nampak. tapi hormat la orang yang lagi tua dan segan la dengan orang yang muda dengan lu.
tak payah nak show off sangat la kasih sayang lu dengan awek lu tu. memalukan gua. lagi memalukan kaum lelaki serta nama universiti.
ni gua yang nmpak, bukan orang luar der......
 kalau lu nak buat macam ni takpe!


pakcik google

or

pakcik google




p/s: adeh, saket mate gua.





Wednesday, January 12, 2011

NOMENCLATURE?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


sebagai seorang mahasiswi BSK-Sains Instrumentasi
sudah tentulah bidang aku lebih kearah fizik. 
yang lebih tepat adelah elektronik.
dulu, kalau orang tanye, ape kos aku, mesti tanye sampai dua kali. bengong.
aku kate, instrumentasi.. bukan benda lain.
ade yang siap tanye, ah, main alat muzik ke? sebab ade perkataan 
INSTRUMENT. heyyyy....
kadang2 bile bengang, aku akan jawab, yea, kami main alat muzik dalam lab.
hahaha~


so, sebagai pelajar fizik yang haram~ *maksud aku tidak bagus fiziknye,
aku suke ape yang aku belajar sekarang even aku stuck giler dengan elektronik
*oh God, tolong tukarkan aku pada benda yang aku sangat minat boleh tak!


so, sebagai pelajar fizik juga, sudah tentu aku tak meminati kimia. yea, ulang sekali lagi. kimia. eh, bile sebut kimia die rase macam ni 
*wink;), kimia tu ape? hahaha






pulak tu kimia organik. macam hampeh. organik merupakan....ah!malas la... sebab aku bukan major kimia. nomenclature.
nomenclature in chemistry is a way in naming the compound. *bajet bagus.
kelas sejam harini, sangat memuaskan hati aku. tapi, 10minit terakhir lecturer aku boleh plak sebut pasal nomenclature ni! dahla tak sedia...
ape aku buat? ah sudah...
kemas semua barang2, tengok depan. alahai.. kenapa aku lupe semua ni?
last aku belajar benda ni, almost 2 tahun yang lalu. so, aku lupe. dan sangat LUPE. suck la...


so, sebagai rase tak puas hati, aku letak ni.


"suck and stuck" as my status in fb.


p/s: ade sape2 boleh jadi instructor orgo aku tak?



Thursday, January 6, 2011

kelas seni mempertahankan diri~ (perempuan sahaja)

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


hamboih.. laju jek yang lelaki nak tengok walau aku kate tok pompuan jek. hahaha~ suke hati korang la weh.. hey,, pagi tadi aku ade kelas ELEKTRIK DIGITAL. pensyarah die pompuan.
kelaka dan aku rase seronok jek belaja dengan die even mate aku dah nak roboh giler babas. haih..tapi sebab kelaka dan azam nak bagi tumpuan sepenuhnye kat kelas, aku cube bagi perhatian setakat mane mampu. mula2 die cerita pasal sarapan..


"awak semua sebelum pergi kelas saye, sarapan dulu....bla,bla,bla..."
(terpakse di cut sebab panjang sangat mukadimah pasal sarapan ni)


belajar....




belajar....


belajar.....




then, aku kurang pasti mane keluar tentang perempuan kena berhati2 kalau jalan sorang2 sebab pernah jadi seorang pompuan ditangkap masuk ke kereta, tapi terselamat selepas die menendang pintu kereta tu dan bergolek kat tengah jalan.


die pesan...


sekarang ramai lelaki ambil kesempatan nak meraba waktu tengah sesak2. langkah2 yang perlu diambil adelah.


1) buat2 tersiku perut si lelaki sambil kate
"eh, sory.. tak sengaja". buat suara manja gitu. terus blah.


2) pegang payung selalu as keselamatan. kalau ade yang rapat,
hayun payung kebelakang dan sambil pusing, cakap
"sorry, sakit ke? tak sengaje lah..". manje2. blah.


3) ni kalau naik bas.. biasa lelaki akan serang waktu ni.. die kate, mase naik tangga, tolong angkat kaki tinggi sikit dan tendang kebelakang then pusing, kate
"ops, sorry..."
mesti mamat tu tak marah pon. hahaha
oh yea, kalau buat tu, buat kuat2 terus. puas hati dan buat mamat tu sakit. wink2;)




p/s: konfius ni kelas pe sebenarnye.







Wednesday, January 5, 2011

cerita kau, yahoo dan google

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


yahoo-dah tak guna langsung
google-dulu, kini dan selamanya.




kau dah lame kenal google. bagi kau google sentiasa bersama susah senang kau. kau sayang google. kau kongsi semua dengan google. bagi kau, google la segalanya saat kat perlukan.


satu hari, kau kenal dengan yahoo. yahoo plak dah lame suke kat google. lame die suke google. yahoo pernah usha google. google tak layan. yahoo sangat sedih. tapi yahoo pelik, kenapa yahoo senang nak lupakan google? sebab yahoo perasan yang yahoo hanya sayangkan google sebagai adik. yahoo kenal google same macam mane yahoo kenal kau. tapi kelaka, lepas tu, yahoo suke giler kat kau. yahoo tahu, kau ade sifat kepimpinan yang mampu buat yahoo kembali hebat seperti google. tak sangka, kau pun suka kat yahoo. kat pun cube buat yahoo jadi milik kau.


"yahoo, sudikan kau jadi kekasih aku?"
"sebelum tu, aku nak kau tahu yang kau bukan pilihan kedua", kata yahoo.
(kau tahu yang yahoo pernah sayang google)
"yea, tapi sudikah yahoo jadi kekasih aku?"
"sudi, sebab aku suke kau".


maka, kau dan yahoo pon bahagia. menjalani semua ni dengan senyuman. kau dan yahoo berjanji untuk merahsiakan hubungan ni. satu hari, kau bagitahu yahoo sesuatu.


"yahoo, selama ni aku kongsi semua pasal kite dengan google..."
"sampai hati kau, kau kate nak rahsia..."


yahoo merajuk sebab kau dah melanggar janji.
yahoo pon tanye kepada google, apekah yang kau bagitahu pada google? google pulak, pandai mebelit kate2.


"macam mane ni yahoo, macam mane kau dan die boleh macam ni"
(ayat ni buat yahoo cerita semua yang berlaku)


akhirnya google kate,
"yahoo, sebenarnya aku tak tahu ape.."
"sampai hati kau tipu aku google.."


yahoo pon forward semua mesej yang kau puji sangat yang google tu baik. bagi yahoo, yahoo nak google tahu yang kau sangat puji google. tapi google sebenarnye penipu.


setelah hubungan kau dan yahoo ok dan semakin mesra, google datang cerita yang yahoo bagitahu hubungan kau dan yahoo. kau marahkan yahoo sebab tak amanah dan jujur dalam hubungan. kau maki yahoo dengan penuh kebencian. kau marah yahoo sebab kau malu dengan google. kau maki hamun yahoo sampai kau rase tak boleh bernafas dan sakit kau datang lagi.


yahoo sedih, die nak sangat ade disisi kau untuk bantu kau, sepertimana yahoo janji dulu.
tapi kau nak yahoo lupakan kau. yahoo menunaikan impian kau.


harini ni, kau mintak maaf pada yahoo sebab kau rase tak tenang bila yahoo tak maafkan kau.
tapi yahoo takkan maafkan kau lagi. sebab yahoo sakit hati dengan kau dan google. yahoo tak puas hati setelah di maki, maaf diminta, oh, senangnya kau nak mintak maaf pada yahoo.


harini jugak, kau tanya pada semua orang


"yahoo! google! dua2 ade fungsi...yang mana harus aku pilih..dua2 aku sayang."


pada yang tak mengerti, mereka akan menjawab chrome, mozilla dan sebagainya. tapi bagi yahoo, die tahu ape yang tersirat. kerana die yahoo. dah tak berguna lagi kerana semua orang akan pilih google kerana kepintaran google.


pada kau, yahoo takkan maafkan kau dan google. sampai yahoo boleh jelaskan pada kau ape yang berlaku...


p/s: jangan kutip yahoo yang kau dah buang. sebab google akan buat ape yang die dah buat pada kau, macam mana die buat yahoo.