Monday, February 20, 2012

impian aku seorang wanita. #eh?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


lame aku tak membebel kat blog. lame benor sampai kadang2 aku terfikir semula, aku ade blog eh? muahaha. sampai ade yang request aku bile nak update blog. terima kasih yang berkenaan sebab selalu mengingatkan aku yang aku ni ade blog. lalala~
tetiba aku rase nak cakap pasal aku yang sekarang dan akan datang. bukan ape, aku rase macam nak jalani kehidupan macam ni. ni impian jekla. aku tak kisah kalau tak terjadi pon sebab aku masih bersyukur menjadi diri sendiri.


impian jangka pendek
aku nak happy2 enjoy hidup sebagai student. takde sedih2 apetah lagi nak berduka sepanjang journey ni. aku nak grad dengan pointer bagus. yela, nak dapat anugerah bagai tu memang taklah kan.. at least i have my own goal. taknak la macam nak mati ambik subjek banyak2 satu sem lepas tu hancus..lambat grad pon takpe janji ade pointer dan keje bagus. tapi kalau boleh, aku nak ikut period belajar yang sepatutnye la. taknak extend2.. 


impian jangka sederhana
well, percaya tak impian aku yang ni adelah kahwin? serius aku memang jenis manusia yang tak sabar nak kawen. kalau yang kenal aku dari matrik, memang akan selalu dengar aku cerita pasal kawen. kawen, kawen, kawen.. kan...insya-Allah, aku nak kawen lepas abes belajar ni. aku nak nikah dulu, bercinta dengan suami sampai puas dan bersedia nak ade anak, baru aku fikir tentang anak. kan best kalau dah kawen, takde anak, jalan2 sane sini sweet2. takde sape nak kesah dah.. manje2 puas2 baru manje dengan anak2 pulak. ok, tu impian aku. nak sweet2 lepas kahwin. nak ade satu kehidupan yang sangat baik. kerja yang bagus, keluarga yang bahagia..;) can u help me to realize it?


impian jangka panjang
ade satu bisnes sendiri. satu benda yang aku boleh wariskan untuk anak2 aku. aku pernah terfikir nak bukak pusat tusyen yang siap ade servis hantar dan ambek student. impian la kan..:P
dan yang paling aku nak dalam impian ni, aku menikmati usia emas aku dengan seorang suami yang aku cinta. kalau boleh nak kembali kepada muda. sweet2, nak manje2 yang takkan pernah berdoa. aku tak lupe untuk doa supaya hati die takkan berubah dan dah tentu care layanan die pon takkan berubah.. doakan boleh? :)


p/s: yea, aku memang suke sweet2.