Thursday, February 6, 2014

cabaran bila nak berubah

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


tahun ni umur dah nak masuk 24 tahun. maka, sudah cukup dewasa aku rasa.
dewasa dalam segala hal yang kau hadapi.
dari masalah peribadi.
masalah pasangan.
masalah sara hidup kau yang asik tak cukup-cukup (atau kau tak reti jimat) .
semua.
yea, semua benda kau akan hadapi sendiri.
takkan kau nak merengek dengan mak abah yang kau ada masalah.
bagitahu mungkin.
sekurang-kurangnya mereka boleh beri nasihat atau cadangan
but at the end, kau akan face benda tu berseorangan.

dan pada masa inilah, bila ditimpa ujian atau musibah,
akan ingat Tuhan. manusia kan.
aku mengaku, aku bukan terlalu baik untuk berbicara tentang Tuhan.
tetapi sebenarnya, dalam tak sedar, aku sedang belajar mendekatkan diri padanya.
supaya aku mampu hidup susah dan senang asalkan ada Pencipta bersama.

tapi aku tewas bila ada ujian yang Tuhan cipta untuk aku, aku mengalah.
lately, aku kuat betul nak mengamuk atau memaki walau dalam hati.
its better than kau pergi hambur kat facebook yang bajet semua orang nak tahu pasal kehidupan kau.
facebook pulak jenis public. fuh fuh fuh

atleast, twitter.
blog macam aku buat ni.
selebihnya, terpulang masing2.
itu yang aku risaukan tentang diri aku.
aku nak jadi manusia yang lebih baik.
tapi sukar.
memang benar, yang baik itulah yang pahit.
yang perlu banyak pengorbanan.
yang mahal sebab syurga itu mahal.
kau kena kutip segala kebaikan yang diibaratkan emas,
supaya sampai dipintu impian, kau mampu masuk dengan izin penciptanya.

aku nak jadi baik.
aku nak jadi manis.
aku nak jadi mahal.
aku nak jadi kuat.
aku nak jadi tabah.