Friday, November 29, 2013

B E R L A L U

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

dulu aku dibuang,
nun terdampar disudut hatimu
bahkan aku seakan merayu
untuk kekal berada didalamnya.
ditempat yang selamat untuk aku berlindung
tapi akhirnya
aku terlempar disini

puas sudah aku merawat kesakitan yang kau beri
parut kekecewaan masih utuh disini
masih teringat saat aku melakar impian
di awangan cinta kita
disaat aku berjanji untuk terus bersama
dan berpegang teguh pada tangkai hatimu,
kau campakkan aku.
ya, aku masih ingat akan hal yang itu.

dan akan sentiasa ingat.

 

Thursday, November 28, 2013

RUMAH ATAS TANAH

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Harini dia sangat gembira. sangat berseri-seri mukanya.
semalam Cikgu Rosdi awal-awal lagi telah memberitahu di dalam kelasnya.
"esok cikgu nak buat pertandingan mewarna. tolong bawa segala peralatan yang diperlukan untuk mewarna nanti"
satu kelas riuh dek pengunguman itu.
sudah lama dia mahu masuk pertandingan mewarna. kerana sangat minat dengan warna-warna yang ceria. minat mewarnakan apa sahaja yang dirasakan kekurangan keceriaan.
awal-awal lagi juga dia sudah mengasah pensel warna "LUNA" yang disediakan emaknya.
nekadnya cuma satu.
mahu memenangi pertandingan esok.
pernah dia bercita-cita memasuki pertandingan mewarna bagi mewakili sekolahnya.
tetapi hajatnya tidak penah kesampaian.
seringkali dia gagal.
comot, katanya emaknya.
sekejap warnanya kekanan, sekejap warnanya ke kiri.
comot sangat.
esok die nekad mahu mewarnakan lukisan iyu dengan satu arah sahaja.
kiri sahaja pon elok, fikirnya.


Cikgu Rosdi masuk ke kelas sambil membawa kertas yang telah tercetak lukisan yang bakal diwarnakan oleh murid-muridnya nanti.
senyuman diukir melihat semua anak muridnya ceria.
dia kenal sungguh dengan anak-anak muridnya
pantang ada sahaja pertandingan mewarna, pasti kehadiran kelasnya penuh.
pasti.
"baik semua boleh keluarkan alatan mewarna masing-masing" umum Cikgu Rosdi.
dia mengeluarkan pensel warna yang telas siap diasah.
fikirnya nanti tidak perlu membuang masa mengasah.
jadi esok boleh la dia mewarna tanpa masalah.
ya, itu fikirnya.

 lukisan diedarkan.
wah, gambar rumah papan. sebuah tanpa apa2
 masa tu umur 8 tahun. apalah sangat yang dapat ditambah.
hanya seorang wanita yang berdiri disebelah rumah tersebut
fokus sekali mukanya mewarnakan gambar itu.
hijau gelap dan muda menjadi pilihan.


berpuas hati dengan lukisan itu, dia menghantar semula kepada Cikgu Rosdi.
"masa hampir tamat" kata cikgu Rosdi.
ya, masa Pendidikan Seni sudah mahu tamat.
setelah berpuas hati, dia menghantar.
Cikgu Rosdi kata, beliau akan terus mengumumankan pemenang yang akan mendapat sekotak coklat dari Cikgu Rosdi.
dia berharap dia akan menang
Cikgu Rosdi akan mengumumkan nama mengikut turutan dari yang paling tidak menarik ke paling menarik.
maka nama sesiapa yang disebut tidak akan memenangi pertandingan itu.
satu persatu nama disebut.
semakin berdebar rasa hatinya. tetapi lega namanya masih belum dipanggil.
mungkin ada kebarangkalian untuk menang. mungkin, desis hatinya.

tinggal 2 nama lagi yang belum disebut.
akhirnya,
MARIATUL, sila ambil kertas lukisan awak.

 melepas lagi dia harini.
mungkin tiada rezeki.
namanya disebut ketika hanya tinggal 2 nama lagi.
kecewa.
FUAD, awak menang.
dia melihat ke lukisan Fuad.
dibandingkan apa yang kurang dan apa yang lebihnya lukisan Fuad.
hodoh.
comot.
tapi kenapa cikgu pilih dia?!
jerit Mariatul dalam hati.

"saya tahu, lukisan Fuan jauh lebih comot dari awak semua, tetapi ada sesuatu yang Fuad ada, awak semua tak buat"
"apa dia cikgu?" tanya seorang murid lain.

"saya bagi awak gambar lukisan hanya sebuah rumah. tetapi hanya rumah Fuad yang berada diatas tanah. dia mewarnakan bawah rumah itu dengan warna coklat. yang lain tiada warna. lakuisan Fuan jauh realistik dari lukisan awak semua"

mereka terdiam.
ya, Fuad menang.

p/s: aku memang tak suka Fuad. kaler lukisan dia buruk :p




Monday, November 25, 2013

And Just Be Nice


story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

what ever you do in your life. just be nice to others.
if you even have your own haters, just trust me.
haters make us famous.
buat apa nak sakit hati dengan orang yang sakitkan hati kita?
tak dapat apa.
cuma
dapat penat
dapat dosa
dapat stress.

so keep smile.
people may judge you because they don't  know you.
but you know who you are,
what you are facing right now.
well,
you need to drop the shit before you can fly.
trust me.
and don't forget to nice to each other.


p/s pesanan untuk diri sendiri jugak. go Mariatul!

Thursday, November 21, 2013

T O L O N G LAH!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

yeah. sometimes people speak at the level where you even don't care about others.
as well as to yourself.
well, ikut suka hati katanya.
jangan kejam sangat mengecam orang yang berbuat dosa. berbuat salah.
kononnya begitu begini.
harap kita jauh dari perkara sedemikian.
sebab semua benda to macam balik kat diri sendiri
did you ever heard this?

satu jari tunjuk dekat orang, empat akan balik ke diri sendiri

so tak perlu lah nak mengeji sangat.
aku nak kata aku baik sangat tu takdelah.
tapi aku pernah la friend dengan sorang mamat ni.
dekat fb hari-hari dok kutuk perempuan. tak tahu lah kenapa
yang aku perasan die selalu kata pasal perempuan bertudung
tapi berlengan pendek, ketat semua.
yup, perempuan tu salah dan dia ada hak nak kata macam tu.


TAPI

itu bukan caranya.
mengutuk, mengeji.
so apa beza kau dengan perempuan tu?

ATAU

sebenarnya  kau memang nak tutup mata orang dari mengata kau pulak?
sebab awek kau yang tak pakai tudung malah memang seksi?



:3

jangan. cukuplah. aku berkira-kira nak unfriend kau ni.



Wednesday, November 13, 2013

kerja baru.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

selamat semua!

lama gila tak update blog. last masa cerita abah pergi tu.
actually, banyak kali niat nak masukkan entry baru. tapi selepas bace semula cerita yang aku sendiri taip, aku sendiri menangis, aku sendiri membatalkan niat nak mengupdate entry. dah guana? haha

by the way, i'm officially graduate setelah berpenat lelah (eh yeke?)
berjaya jugak menghasilkan thesis sendiri.

 nampak tak muka mintak penampor?

jadi setelah berjaya menghabiskan semua subjek yang mewajibkan aku ambik more than 120 kredit,
maka dengan ini, aku layak digelar graduan UPM.
maka untuk menyatakan dengan rasmi, perlu lah ade majlis istiadat konvokesyen ye dak? haha
alhamdulillah, tarikh aku dah Mok konvo lain2. maka, dapatlah pergi majlis Mok, dan Mok pergi majlis aku.


ala-ala gegedik jugak lah aku bergambar masa ni.
gambar konvo Mok tu, bapak beliau yang sukarela nak ambilkan. sangat sporting bakal ayah mentua ni. kehkehkeh.
sempat jugak berpre konvo dengan kawan2 dan Mok sendiri. :)

  



 with  masriza. selalu kena buli mase jadi kosmet aku.hehehe

 ni ala-ala gedik jugak bergambar macam ni. macam prewed pon ade jugak.
semua sebab photographer tak bertauliah tu.

Sebelum graduat, sempat jugak aku menjadi guru ganti sementara. ganti cikgu bersalin.
sumpah, berani aku cakap, bebudak sekarang dah tak macam dulu. hahaha. aku dulu baik je kot!


nampak lah jugak karisma aku jadi guru.

aku garang kot! haha
so sekarang memandangkan Mok dah jadi Engineer,
aku pon dah official bekerja sebagai Research Officer di UTM
maka kami berusahalah untuk merealisasikan impian bersama. chewah.
hanya mengharap yang terbaik.
dan terbaik :)

p/s: mood menulis ke laut!