Monday, April 29, 2013

perginya Malaikatku.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

menggunakan sisa-sisa kekutan yang ada untuk menaip entry ni

5 MAY 2013
mak kata arini abah ceria sangat. tak macam orang sakit. abah makan banyak harini. abah makan nasi lemak, abah borak2 dgn seronok. mak senang hati sangat2 harini. mak dapat main dgn cucu. lame mak tak main dgn cucu2 dia dgn seronok. mak harap abah betul2 sihat. dalam perjalanan pergi dialisis pon, pakcik yang  hantar abah pon pelik. arini abah tak mintak roti canai dgn teh tarik mcm selalu bila pergi dialisis.. alhamdulillah, kata mak.

magrib tu bila balik dari dialissi, mak kata abah senyap jek. bila mak tengok rupanya abah dah terkena strok. mata abah terbukak luas, lepas tu mak kata mcm kejang2. habis semua jiran mak panggil mintak tolong. ambulan pon mak telepon untuk bawak abah pergi hospital.arini abah kena in charge dekat Hospital Mersing.masa aku nak balik, mak kata jangan bimbang, mak ada. nanti2 boleh balik..

aku ambik kesempatan jugak balik. jumpa mak abah. pertama kali melihat abah terlantar begitu, aku memang sayu. sedih. semua perasaan yang aku tak dapat gambarkan dgn kata2 ada dalam diri aku masa tu. cerita tu aku dah pos sebelum ni kalau korang dah bace., korang boleh baca kat SINI.

23 MAY 2013
pada umur 23 tahun, aku kehilangan ayah. harini genap 6 hari abah pergi mengadap yang Maha Esa. sungguh aku belum dapat terima ketiadaan abah di dunia ini. masih berputar segala kenangan manis dgn abah. segalanya seolah2 hilang separuh nyawa aku bila mendengar berita itu. ingat lagi masa tu aku baru lepas bagi salam yang terkahir untuk solat zuhur. telefon berbunyi, nama "Ratu Hatiku" yang aku set untuk mak tertera.
sukanyaaa.. mak telepon. tapi kenapa suara jiran? dah mula tak sedap hati. bila jiran bagitahu perkara sebenar, aku menangis sepuas hati. bukan mudah aku terima walau aku tahu keadaan abah sebelum aku balik. dia takkan hidup lama since dialisis dia di hentikan. tapi berita tu buat aku rase terpukul. lemah longlai aku rasa. tak mampu nak bangun. tak kuat. akak pon telepon suruh balik dgn dia. tapi aku nak bangun pon tak mampu :(

Mak kata, mak tak tahu bila abah 'pergi'.. sebab waktu  tu mak tidur. yang ada kat rumah hanya mak dan abah. adik2 sekolah. aku boleh bayangkan keadaan mak. bila orang yang 33tahun hidup bersama, tak pernah berpisah walau satu malam, pergi meninggalkan dia tanpa apa2 ucapan dan kata2 yang terakhir. allahukabar. aku belum kuat bila membayangkan itu semua. masih belum percaya aku kehilangan abah dalam usia 23tahun. aku belum puas bermanja dan bergelar anak kepadanya. :( belum puas aku berjasa dgn abah. belum puas berbakti dgn abah. aku yang jarang ada di sisi abah pon terasa, apatah lagi emak yang siang malamnya hanya untuk abah.

kesedihan betambah-tambah bila aku, akak aku, adik aku yang dalam perjalan dr KL ke johor, tak sempat menatap wajah abah untuk kali terakhirnya. sebab abah di kebumikan petang tu juga sebelum magrib.

bersemadilah jasad abah tanpa aku lihat, aku kucup dan aku peluk untuk kali terakhirnya. tapi aku tak pernah salahkan takdir. aku yakin abah bahagia dan gembira berada disana. akak kata muka abah tenang sangat2. kerja2 pengurusan jenazah juga mudah sebab semua berlaku dgn sekejap.. Alhamdulillah, semoga urusan akhirat abah juga akan mudah. aku janji, aku takkan lupa untuk menitipkan doa dalam setiap hari-hariku. aku mahu doa dr anak yang solehah untuknya takkan putus sampai kiamat. kerana dialah malaikat aku yang berkorban banyak untukku.

kepada semua sahabat dunia akhiratku yang aku sayang, terima kasih atas tahlil yang kalian lakukan. terima kasih untuk kata-kata semangat kepada aku. aku belum kuat untuk saat ini. jika aku menangis, biarkan lah. aku sedang mengumpul kekuatan. aku sedang menghadam realiti yang aku sudah bergelar anak yatim. aku masih perlukan 'masa-masa' itu. tak mungkin kenangan tu akan terhapus. tak mungkin aku lupa wajah malaikat aku yang membesarkan aku. dengan segala usahanya yang kuat dan gigih, dibesarkannya aku dengan rezeki yang halal. aku akan rindukannya sampai bila-bila.



p/s:mak pernah kata yang beberapa minggu sebelum tu, abah kata dia nampak arwah nenek tengok dia. abah kata arwah nenek rindukan dia. mungkin itulah petandanya. wallahualam. Alfatihah untukmu ayahandaku.


Tuesday, April 23, 2013

Malu lah ISLAM :(

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Alim. lelaki yang beragama Islam.
satu petang yang damai, Alim ternampak dua orang lelaki sedang duduk berbincang.
Alim rasa mcm kenal mereka tu. tapi die buat donno je lah. tapi dalam hati still curious sebab die rase lelaki-lelaki tu mcm popular je. so die pon pergilah tengok sebab nak pastikan apa yang die nampak tu betul. and yes, mereka adalah Obama dan Bush! jadi Ali ni kekonon bajet rapat pergilah menyibok.

Alim: Hai Obama. Hai Bush. apa yang kamu berdua bincangkan?
Obama: kami sedang merancang perang duania ketiga.
Alim: bagaimana?
Bush: kami akan membunuh 140juta orang Islam dan Angelina Jolie.
Alim: Hah! kenapa Angelina Jolie?
Bush: Obama, lihat. betulkan. orang isalm sendiri tidak bertanya tentang kenapa 140juta orang Islam. mereka lebih menanyakan tentang Angelina Jolie tu.
Obama: mengangguk dan tertawa.

ini hanyalah sekadar membayangkan kondisi sahaja.
bayangkan, kita sesama islam tidak mengambil berat sesama sendiri.
macam negara kita sekarang.
sebab pilihanraya, masing2 bermasam muka.
kutuk mengutuk.
kite nagara Islam, bersatu lah walau lain parti.
yea, aku belum layak nak kata mengenai pilihanraya.
sebab tu aku rela jadi pemerhati.
menilai dalam hati mana yang benar, mana yang memperjuangkan agama, mana yang menabur janji, mana yang bermulut manis. just see.
tapi perlu ingat. kita negara Islam.
kita beragama islam.
jangan sebab hal dunai, kite berpecah belah.
#ingatan untuk diri sendiri juga.



Friday, April 19, 2013

berdosa! HENTIKAN Gwiyomi :(

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

betul. gwiyomi tu dosa kalau buat. memang tak tipu. aku dah kaji sikit2 dah benda ni.
apa tu gwiyomi? aku nak terangkan tak tahu sangat.
tapi kalau nak tahu, gwiyomi tu dalam bahasa melayunya adalah comel. atau cute. macam kat bawah ni..


haaa, ada nampak macam aku sikit2 kan?

berbalik pada topik. aku yakin gwiyomi ni kalau buat memang berdosa.








TETAPI









berdosa kalau orang yang tak comel buat. kan maknanya comel.
kalau tak comel, takyah la buat. kan ke menipu namenye tu?! ehek.
hahaha. so pada yang tak comel, jangan buat dosa yeak. kalau tak comel, duduk diam2.
tapi, ada satu cara pada yang tak comel dan comel boleh buat.. ;)

nak tahu? meh aku bagi cara yang paling mudah.






yang ni, tak comel ke comel ke semua lapisan masyarakat boleh buat.
dapat pahala.
disayang semuaaa :)
aku tak tipu kan? hihi..






Thursday, April 18, 2013

New header. more girlish.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

hak hak. canne header baru aku? nampak lebih macho tak? aku sukeee.
nampak hensem sangat. hew hew hew


Tuesday, April 16, 2013

malaikat untukku

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

melihatkan abah terlantar di atas katil sejak 6 Mac yang lalu buat aku hilang hampir separuh hidup.
abah orang yang membesarkan aku kini tak mampu untuk bangun apetah lagi menguruskan dirinya sendiri.
mase tu aku balik apa yang aku mampu lakukan adalah menangis di depannya walau die tak dengar dan memberi sebarang respon. waktu tu tuhan je yang tahu. aku tak boleh nak sorok perasaan tu walau depan mak aku. banyak kata2 yang aku dapat
"kau kena kuat depan mak kau. jangan bagi nampak kau lemah supaya mak kau turut kuat"
macam mana aku nak kuat?
dia abahku
dia penjaga ku
dia membesarkan aku
dia malaikat untukku.

lepas aku balik UPM semula, takde apa yang aku mampu lakukan melainkan berdoa dan terus berdoa. setiap hari aku akan telefon mak untuk tanyekan keadaan abah. cuma kadang2 termiss sampai 2-3hari sebab kehabisan kredit. tapi doa aku tak pernah putus. aku selalu harapkan abah boleh bangun balik, berjalan dan sihat seperti dulu. ape lagi aku mampu?

terharu.
itu je yang mampu aku cakap bila ada kawan2 yang sanggup berkumpul, membacakan yasin untuk abah.
mana aku nak dapat kawan macam ni lagi kalau aku dah kerja esok2? inilah kawan dunia akhirat aku. aku takkan lupa. sampai mati. thanks untuk rumet dan mereka2 yang sudi memberikan doa untuk abah.
doa supaya abah sihat.sebab
dia malaikat untukku.

bila abah terlantar macam ni. banyak benda aku menyesal dalam hidup aku. banyak saat2 yang aku terlepas dan menyesal tak menikmatinye bersama dgn abah.
abah seorang yang tegas. tak banyak yang aku dapat kongsikan bersama dgn abah. dulu hampir 4 tahun abah sakit (kencing manis, darah tinggi, buah pinggang) sampai abah tak boleh tidor malam. masa tu lah yang aku sesalkan. sepatutnya aku bersabar dengan karenah dan kehendaknya. bukan jadi derhaka. :( kalau aku buat salah dgn abah, setiap kali nak balik UPM aku mesti cium dahinya untuk meminta maaf. sykur. aku masih mampu melakukannya walau kerap kali sebenarnya aku berselisih faham dengan abah. walaubagaimanapon,
dia malaikat untukku.

kini lebih sebulan abah terlantar. dialysis yang dilakukan keatas dirinya walau dalam keadaan tidak sedar terpaksa dihentikan. dr kata dialysis tu dah tak bagi kesan padan badan die. maksudnya walau di lakukan, keadaan nya akan tetap sama seperti itu..abah bukan tak sedar terus. matanya dah tak nampak. kalau aku panggil abah pon, die masih menjawab walau sekadar "ermmm". sedihkan. tapi nak buat mcm mana. mak kata, itu takdir keluarga aku. haritu aku balik. aku teman abah pergi dialysis untuk kali ke 2. kebetulan hanya aku yang ada. mak terlantar jugak. sebelah katil abah. mak demam sampai tekanan darahnya sangat rendah. mak tak kuat nak bangun. luluh hati aku bila aku terpaksa melihat kedua-duanya terlantar. kiri dan kanan. nurse panggil aku.

"adik tahukan keadaan abah adik. mak ada cakap apa2?"
"ada, mak kata abah dah kena bawak balik, dah tak boleh nak dialysis"
"adik beradik lain dah tahu?"
"dah, mak dah bagitahu awal2. mak kata taknak kami salahkan dia kalau apa2 jadi kat abah" 
"adik, kami terpaksa hentikan dialisis tu sebab kalau kita teruskan jugak, die takkan ade kesan apa2. jadi, adik fahamkan kalau kita hentikan dialysis tu apa akan jadi? kemungkinan keadaan dia akan makin teruk"
lemah lutut aku. aku faham. aku hanya senyum. ucapkan terima kasih pada nurse tu sebab bagitahu hal yang sebenar. aku duduk balik sebelah abah. aku tengok muka abah berkerut dan mengerang sewaktu jarum besar untuk dialysis tu dicucukkan ketangannya. Allahuakbar. luluh. menangis2 aku kat situ sebab mak takde. mungkin itu waktunya air mata aku perlu mengalir. aku tenung abah. yea, aku nak cari pahala sebanyak mungkin selagi ada waktunya. tak berhenti aku berdoa untuk abah waktu tu. minta dia sihat dan keajaiban akan terjadi.

esoknya keadaan mak makin teruk. mak muntah2. jadi aku terpaksa tolak mak menggunakan kerusi roda ke bahagian kecemasan supaya mak di periksa dgn lebih lanjut. arah mak diambil dan mak dinasihatkan supaya balik ke rumah berehat setelah sebulan di hospital. aku pon paksa mak balik. sebab aku nak die cepat2 sihat. aku risau kalau dua2 sakit. lepas bagitahu nurse wad yang mak kena balik,

"kalau makcik nak balik, dah boleh bawak balik pakcik sekali. harini die dah last dialysis. nnt saya urukan ambulan untuk hantar pakcik balik"
 Allah, aku simpan perasaan sedih tu dalam2. mak ada kat situ..kau pahamkan apa aku rasa? gembira, dan sedih. gembira sebab akhirnya maka abah boleh balik. sedih sebab abah perlu berjuang dgn hidupnya tanpa apa2 rawatan dirumah :( aku tak tahu apa yang aku patut rasa sampai akhirnya aku menangis sepanjang perjalan ke rumah dalam ambulan tu. nasib baik mak duduk depan. aku duduk belakang. jaga abah.

akhirnya malaikat ku berada di rumah. terlantar. walau aku sedih, aku tetap bersyukur. terima asih Ya Allah sebab bagi aku peluang berbakti kepada abah walau abah aku tengok semakin lemah. tak dah banyak berbunyi seperti dulu lagi. hanya tidur dan bergerk dgn sedikit. mungkin abah penat. abah nak berehat. aku tahan perasaan sedih walau akak aku dah melalak2 mase tu. bukan aku tak sedih. aku taknak mak nampak aku lemah. sebelum alik, akhirnya aku terpaksa gugurkan jugak air mata tu. sebab aku tak tahu aku sempat jumpa abah lagi atau tak. kalau bukan abah, mungkin aku yang akan pergi dulu. tapi aku dah janji dgn abah sebelum balik, aku dah bisik kat abah yang aku suruh abah tunggu aku balik. aku akan balik lagi! sepanjang perjalanan, aku teresak2 sampai hilang suara sebelah mok. aku lepaskan semua sampai aku rasa nak pengsan. :(

Allah, jika umur abahku masih panjang, smbuhkanlah penyakitnya. jika sampai disitu sahaja hidupnya aku mohon, berikanlah kekuatan kepadan aku dan keluargaku untuk meneruskan kehidupan.

tapi doaku untuk melihat abah sihat takkan penah terputus.

aku sayang abah

aku sayang malaikatku :'(