Saturday, August 27, 2011

kad raye tu mampu buat kau bahagia.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


kad raya.
kalau sebut kad raye ni ramai la kate konon2 dah tak zaman.
dah takde makne.
paling haram bile kate kad raye tu care kuno.


padahal dulu2.
kad raye lah paling meriah.
kalau dapat kad raye sampai puluh2.
sekarang nak dapat satu pon payah.
tu pon kalau kau bagi pastu pujuk2 die suruh balas.
TU PUN kalau die nak.


ceh, diam tak diam bertahun2 aku tak rase pengalaman mengepos kad raye.
tahun ni aku ambek kesempatan anat kad2 raya kat 3orang my BFF sampai mampos aku. 
HAHA.
memula siap mintak alamat bagai.
siap ade minah ni.. 
Gadis gigi besi giler teuja nak mati.
siap kate 
"eh, masih ade eh orang nak pos kad raye?"
eleh, bila kad raye tu sampai kau punye mesej
gile happy kan.
acecece...minah realiti dan fantasi ni plak,
siap mintak duit raye sekali kalau nak pos.
bhahaha.. ingat kau kecik lagi? dah boleh benor nak kawin dengan kekasih hati kau tu tau.
biar jek die yang bagi kat kau duit tu.
aku yang ade seru ni just nak bagi kad raye SAHAJA.




then, aku ambek kesempatan pos kad raye kat 
bestfren sampai mati kat US nun.
jauh beribu batu.
macam tak caye aku boleh nak ngepos sampai ke sana.
btw, it takes about one week jek nak sampai.
yang gadis gigi besi tu just 2 hari sebab dalam johor jugak.
yang realiti dan fantasi tu 3 hari sebab beliau duduk kat selangor.


biar lah nak kate macam kolot ke hape..
but ape yang aku mampu kate,
kad raye yang harga tak sampai RM3 pastu dengan setem 60sen tu dah mampu nak bahagiakan orang yang kau sayang.


anyway,
i just wanna say yang aku dapat dua kad raye. 
semua tu dari orang yang aku sayang.
first is from SYAFIQ, adek angkat aku yang setahun dah aku tak jumpe even die ade kat johor praktikal sekarang.
siyes happy giler siap bersetem bagai kan.
but FIQ, akak mintak maaf tak sempat nak balas kad raye fiq.
honestly akak dah pos kad raye tu barulah kad raye fiq sampai..


second is from someone yang dah ambek tempat dalam hati aku.
just a little bit info.
yang ni bukan main pos2. memang direct terus. tapi yang special beliau meninggalkan kad tu dalam bakul motor aku. balik keje tu baru aku perasan. dah la mase tu rase nak menangis sebab penat yang teramat,
terus tersenyum dengan "kejutan" tu,.
btw, thanks sebab selalu tahu nak buat saye happy.
that's so simple..
CUME kan awak, kalau lah saye tak sempat nak ambek kad raye tu tapi ade orang lain yang ambek, merana lah awak. saye gelakkan jek puas2.
yang ni pon aku balas sebab by hand. 
akde nak suprise2 macam die buat kat aku.HAHA
dengan muke tak malu,
"nah awak, amek kad raye nih. malas dah nak suprise2."
tapi aku pulak yang dapat suprise semula.
dapat coklat almond VOCHELLE.
yang besar punye.
ok, he likes to make me terkejut2 sampai rase boleh sakit jantung.
enaf. kang muntah pulak kau dan kau. HAHA
like i care la kan der.


so, sejujurnye kad raye tu mampu buat kau semua bahagia.
jangan nak berlagak la nak kate hape.
aku yakin korang boleh melompat2 macam beruk-kena-belacan
sebab nye dah tak ramai spesies yang nak mengimarahkan kiriman kad raye
macam yang dilakukan oleh2 golongan seperti aku. :)


p/s: nak kad raye? alahai, lambat dah. maap.



Friday, August 26, 2011

go anywhere but u never get even best than malaysia.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


salam,
lama betul tak update blog. seriously nak sangat2 update blog.
but i have no time at all.
mase yang ade hanyalah digunekan pade mata cantek aku nih..:P


pejam celik kita dah tinggal kurang seminggu jek nak raya.
aku pon kadang2 rase macam tak caye nak tinggalkan bulan pose tahun ni.
keje jek sampai xsedar yang kite semua nak raye.
yang aku sedar, akak2 aku dan mak aku dah ade beberapa pasang baju kurung tapi aku hanya
SEPASANG.
yes, aku rase cukupla kot.
sebab tahun ni pon aku cume pakai baju kurung 2 kali jek.
so, banyak2 buat apekan.


berbalik pada topik,
macam mane kite semua tahu, tahun ni kite raya dalam merdeka.
eh, merdeka dalam raya.
whatever la..
yang penting, ape yang aku perasan sekarang,
banyak yang lagi excited nak sambut raye then merdeka.
dan benda nilah yang aku nak citer.


MUKADIMAH:
aku keje kadang2 jadi cashier.
aku tahu macam mane nak bagi orang diskaun or tak.
cukup.


so one day,
ade sorang customer ni datang.
first aku tengok aku tahu dah die cina. dah memang rupe cina kan.
mase tu die beli banyak giler buku resepi.
mase die nak bayar tu aku tanye la die,
"member card, miss?"
"ouh, kena ade ke? actually i rarely back to Malaysia. once a year i come back here, but if i'm lucky lah. why not u give me ur staff discount? staff sure have big discount right?"


bhahaha.. die bantai nak guna diskaun aku pulak.
tapi sebagai CASHIER yang BAIK dan DISUKAI RAMAI,
aku bagi jugaklah 15% diskaun buku2 tu.
bukan sikit die beli.
ratus2 jugak. so aku tak rase membazir bagi kat die.
"thanks miss, u give me discount even i do not know who u're. u're really nice.."


wah, die puji2 pulak kat aku.
just senyum2 jeklah.. but one statement that she told me is.
"IF U GO ANYWHERE, U NEVER GET EVEN BEST THAN MALAYSIA"
woaahh.... bangga  mase tuh.
she ask me,
"do u want dolar Singapore?"
"cannot lah miss"
"why?"
"u said that Malaysia is best right? so, i don't think that dolar Singapore is better than Ringgit Malaysia."
"wah, i like ur answer lah miss!"






haha.. mase tu just nak korang tahu jeklah.
betapa bangga siot aku menjawab.
even aku bukanlah warganegara yang bagi banyak jasa kat negara..
*err... ade bagi ke?
tapi aku dah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang cashier yang berwawasan serta cemerlang dalam dua kerja. cashier dan jugak warganegara yang baik bagi Malaysia..:P


p/s: yes, home sweet home :)





Sunday, August 14, 2011

sebagai bahasa ketiga budak nih!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



kau nampak tak muke mintak penampor sebab comel?
ni la anak buah aku yang kedua.
budak ni kan, aku tak tahulah nak kate hape.
umur baru dua tahun. tapi die punye hyper, aku tak tahu lah...
nakalnye mintak ampunnnn~
mahu tak nye,
kadang2 aku tak paham ape benda yang die nak disebabkan masalah bahasa anak kecil 
yang aku tak tahu  kat mane die berguru..
antara bahasa yang aku kaji kat budak ni adelah.

tatak - kakak
nanan - jangan
pi - tepi

ok, aku tak kisah kalau benda ni. tapi ade satu perkataan yang aku tak tahu die rembat kat mane.

enting - dukung
ayan - sembahyang.

mase first2 aku dengor, ape benda alah lah enting ni sambil tangan die hulur2 kat aku.
punyelah aku ingat nak kencing, siap kate
"adek nak kencing, kencing jela.. kan pakai pampers"
bhahaha.. tak tahu plak aku die nak dukung.
datang2 kakak aku kate, enting tu dukung.
permasalahan yang berlaku adelah kakak aku pon tak tahu mane budak ni rembat perkataan ni kan.

tolong la adek, makcik mu ini terlalu ingin tahu dimanakah kau dapat perkataan ni.
dulu akak die yang umor 7 tahun ni pulak, dukung tu die cakap CIKUNG.
aku rase anak2 buah aku ade masalah besar dalam mengenal apekah itu dukung.
so sebagai penyelesaian, aku rase aku yang kena
belajar bahasa budak ni sebagai bahasa ke4 selepas belajar bahasa tamil semester 2 dahulu.

p/s: abehla...-.-"

Saturday, August 13, 2011

"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


thanks to ZARA sebab tag aku join benda nih. actually, kalau sape2 yang kenal aku, aku memang jarang join benda2 ni. since aku kerja dan suke sangat dengan benda alah yang bernama duit ni, mata aku terus berpinau bila tengok hadiah yang FAIRUS IBRAHIM dan CIKGU FIQRIE ni offre. bhahaha.. takpe2. ade rezeki adelah. sebab aku kalau join GA memang TAK PERNAH dapat. what? tak paham lagi? ok, aku memang tak pernah menang join mane2 GA. so, aku putus harapan dan kalau nak join2 benda ni. tapi takpelah. sekadar mencuba nasib. mane tahu rezeki bulan pose nih sekelepuk RM20 tu kat aku kan...:)
ni adelah GA duit raye.. moh tengok banner..:)



alololo comelnye banner die. sumpah berkobar2 aku nak join sebab nak duit ghaye! *bak kate lisa surihani.
ampun kak lisa.. ampun!

BUT guys, mesti ade syarat2nyer!
moh kite lihat benda apelah yang si FAi dengan cikgu tu bagi kan....

1. Copy banner di atas dan pastekan dalam entry yang bertajuk 
"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim" 

2. Follow blog Fairus Ibrahim dan blog Cikgu Fiqrie, sebab dia sponsor duit raya.

3. Tag 3 kawan korang.

4. Link kan banner tu ke entry GA Fairus Ibrahim. 

5. Postkan link di ruangan comment. 

pastu ern, yang aku sebok2 kate hadih tu plak, korang boleh tengok kat sini!

1. Kad raya big size + 3D kartun + bunyi2 & Duit raya RM20 

2. Kad raya kecik sikit dari size yg no.1 & duit raya RM15 

3. Kad raya size sederhana & duit raya RM10 

4. 3 orang pemenang saguhati akan menerima kad raya & duit raya RM5 

since semua syarat aku kena ikut, yang tinggal hanyelah! tag..
kat sini aku nak tag kawan sejati aku..


kawan blogger baru aku..


ngan kawan sekerepek a.k.a merepek...



p/s: nak duit rayer...:) eh, tarikh tutup 21 ogos!




Friday, August 12, 2011

#persoalan 1: salah ke rapat dengan lelaki?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


kalau rapat dengan mamat ni
"ish, die ni bukan dah ade pakwe ke? asal tergedik2 keluar berdua dengan lelaki lain?"
so, jauhkan jarak walaupon keluar sebagai member.


kalau rapat dengan mamat tu
"ala, die rapat2 tu sebab mamat tu ade kete, 
senang la die nak kuar pasni"
so, jauhkan jarak lagi sekali walaupon memang ikhlas nak kawan dengan mamat tu.


kalau rapat lagi dengan mane2 lelaki
"baru jek aku tengok pompuan ni keluar dengan lelaki lain, dah ade lelaki lain ke? playgirl betul!"
so, aku pon buat2 pekak sebab aku memang berkawan.






macam ni lah kalau aku terlalu ikut kate2 manusia.
aku mengaku memang aku cepat sangat rapat bergaul dengan lelaki.
lantaklah mamat tu hensem tak tak. 
janji ikhlas berkawan.
yea, memang cepat rapat dengan lelaki dari pompuan.
sebab lelaki kalau bergurau, start kat situ, abes kat situ.
kalau pompuan, tak puas hati tergurau lelebih, citer belakang2.
sebab lelaki cool, taklah cepat melenting kalau ade benda tak puas hati
kalau pompuan, start la cari pengaruh sane sini sebab nak suh orang benci2.


ala, memang la sekarang bersepah pompuan tengah kutuk aku.
"die ni pompuan ke? asal kate gini"
kan? mesti ade yang kate gitu...
the answer is like i care~
dulu boleh la aku nak melenting2 sebab benda2 gini.
sekarang sorry eh,
lantak kau lah nak kate aku hape.
i'm happy to be myself.
takdelah nak hipokrit sangat kan...
bile depan lelaki kate lain,
depan pompuan kate lain..


secara konklusinye,
rapat atau dalam bahasa lain adelah close,
is something yang sangat common.
but beware,


LELAKI DAN PEREMPUAN TAK BOLEH 
BERKAWAN BAIK,
SEBAB AKAN ADE CINTA SEBAGAI PENGHALANG.

enough nak serlahkan segala makna tersirat.
yea..memang betul. akan ade perasaan tu even sikit pon.
jangan nak menipu la.
drama pon banyak tunjuk gitu.
memula kawan2. lepas tu suke2. pastu sinta2.
aiceh, macam la aku bukan kaki drama melayu kan.
semua citer awal2 tengok dah tahu ending~ haha.
pandai2 la jage hubungan sebagai kawan.
suke tak salah, tapi yang jadi salah adelah bile dah clash nanti.
sakit wooo~
ade ke korang nak baik2 dengan ex korang as a FRIEND?
ade? 
xde? tula jawapan nye..
kalau ade pon saje nak jage hati tuh..
ataupon nak tunjuk yang kau boleh baik2 dengan ex kau kan..:)
haha..mane2lah.
as long as happy, takpe. kalau aku susah sikit lah.
kalau boleh ok pon nanti banyak cover jek..:)


kesimpulan sekali lagi,
tak salah sebenarnye nak rapat dengan lelaki.
selagi pandai jage batas pergaulan,
it's gonna be ok.
jangan lah nak keji sangat pompuan yang cepat rapat dengan lelaki ni sebab die tahu nak jage relation..:)


p/s: man+woman---> perfect!



Thursday, August 11, 2011

come on sayang!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


this post is for those who just broke up in their relation.


pergh, aku ke yang buat entry neh?
yea memang aku sebab aku rase kesian dengan sesetengah pihak yang mengadu sedih sebab baru clash dengan buah hati tersayang. by the way sayang, this is not the end of your life. ade hikmah semua ni berlaku.
memang sakit bile kite terpkase berpisah walaupon masih sayang.
tapi kau kena fikir semua ni ade kebaikan.
aku takdelah nak kate aku hebat dan 
kental sangat menghadapi perpisahan.
at leats i've an experince dan syukur mase tuh aku xde lah down.
sebabnye aku rase bukan xde manusia yang nak kat aku~ HAHA
bak kate satu lagu ni. meh kite tengok lagu ni lagu ape.







Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku
Masih banyak teman-teman ku di sini
Menemani ku

Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku
Wajah ku juga nggak jelek-jelek amat
Ada yang mau


Ku fikir-fikir
Ku fikir-fikir
Lebih baik aku menyingkir
Ku fikir-fikir
Ku fikir-fikir lelah
Oh oh...


Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku
Paling-paling juga kalau
Kamu mintak balik pada ku


Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku
Masih banyak teman-teman ku di sini
Menemani ku
Andai kau tahu... apa yang ku rasakan
Andai kau mau... mengerti oh oh


Paling-paling juga kalau
Kamu mintak balik pada ku
Dunia belum berakhir





kan? lagu ni jek dah kate dah...
everythings gonna be owrite.
jangan la rase sedih sangat2.
memang la memula kita payah nak adapt. sebab ela.. selama ni korang dengan die jek. ape2 pon dengan die. nak mengadu time sedih la, hape la.. tapi tetibe jek korang kena hadapi sorang2. just cool my dear. kawan2 kan ade!
mase nilah korang nak tahu mane satu  member yang boleh korang harapkan waktu sedih macam tu.




banyak benda sebenarnye korang boleh buat waktu korang single ni. 
sebagai contoh,
sebelum ni korang susah nak lepak same2 dengan 
mmber tahap gaban.
kalau korang lepak same2 pon, mesti korang macam ade msesj2.
ade yang tanye balik kul bape lah.
takpun korang rase saje nak jugak mesej boyfie korang tuh.
tapi mase dah single, tinggallah hp tu.
kosong korang pergi, kosong jugaklah korang balik nanti.
means xde orang kontek ko pon selain boyfie ko dulu.
see? mase ni lah nak enjoy puas2..:)
dan aku dah melalui semua ni..


for those yang betul2 baru break.
be strong.
jangan layan sangat perasaan sedih tu.
banyakkan berdoa so that korang kuat.
lagipon korang bukan tak laku kan?
so, enjoy la,. mase ni la nak cari peminat ramai2..
bile dah ade ramai, just pilih jek yang mane satu!
macam aku. HAHAHA -.-" *perasan sungguh.


p/s: when u lost someone in your life, that's mean God has prepared someone better for you. or He only wanna to test you :)





Wednesday, August 10, 2011

maaf, aku tambah satu..:)

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

biaselah..bangun pagi benda wajib buat mesti tengok hp.
walau pon cume satu mesej cukup jek nak buat manusia yang ade hati macam aku ni tersenyum.
tetiba teringat lagu Fynn Jamal yang tajuk 150juta kali.
arini aku rase nak tambah satu lagi.
sebab ramai sangat yang 150juta jek kan..
so, Fynn Jamal sila izinkan saye tambah satu supaya lain dari orang lain walaupon liriknye same..
lagu ni so meaning pade aku.

151 juta kali 

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
   Rahsia kita berdua.. 

sebab aku suke lagu ni adelah kerana wanita yang digambarkan hampir same dengan aku.
kebahagiaan tu kite jek yang rase.
maybe aku nampak macam keras jek kat luar kan.. but dalam hanya certain orang jek yang boleh rase. 
so aku tak kisah jadi perempuan macam ni..:) 

pakcik google punye ehsan.

p/s: no need to show all the 'things' that you have. save certain of them to someone who you thinks special to you.:)



Tuesday, August 9, 2011

take it or leave it!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Tak semua yang kita nak, akan menjadi milik kita
Tuhan takkan beri apa yang kita mahu, tapi Dia berikan apa yang kite perlu.  

aku rase semua orang pon penah dengar kate2 ni.
sampai boleh aku cakap korang dah naik jemu nak dengor or bace.
tapi berapa ramai sebenarnye yang boleh terima kate2 ni?
jangan nak menipulah cakap yang korang boleh 
nak terima semua benda ni.
mesti akan ada satu tahap sebenarnye yang korang rase kate2 ni semua tak boleh pakai.
sebab ape?
mase ni nafsu korang meronta2 nak sangat dekat ape 
yang korang impikan.
padahal sepatutnye kite just folo the flow kan...

just an example la kan.
Johan baru kenal Mira. Tapi baru pertama kali Johan nampak Mira, die dah start jatuh hati kat Mira. Tak tahulah, maybe cinta pandang pertama kan. Mira pulak dah ade buah hati, Zizan.
masalanye disini, Mira bukan saje setakat berbuah hatikan Zizan, malah dah pon mengikat tali pertunangan selama satehun dan hanya menunggu lagi 2 bulan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. kesilapan yang terbesar dalam kisah ni, Mira jatuh hati jugak dengan Johan walaupon dah berjuta2 kate2 janji untuk setia dengan Zizan dah pon dilafazkan. Johan bukan tak tahu MIra dan ade Zizan. tapi Johan nak jugak. die sanggup memotong line Zizan. Mira pulak sangat2 lah buntu sampai tak tahu nak buat ape. ade jugak die terfikir untuk kahwin dengan dua2 sekali. tapi masalah mungkin timbul apabila mengisi borang untuk menikah nanti. takkanlah JOHAN+ ZIZAN=JOZAN? ah, buntu betul die.so, disini Mira terpakse mengambil keputusan untuk memilih Johan. yang pasti Zizan takkan memaafkan Mira dan Johan.

okey, if benda ni jadi, korang rase sape yang salah?
bagi aku. sebagai manusia yang ade hati, 
aku takkan salahkan sesiapa.
betul tak cakap aku kalau aku kate soal hati, kita tak boleh nak menipu. lagipon tindakan Mira tu betul sebab die takkan pilih ape yang die rase tak mampu nak pertahankan. 
kawan aku sendiri penah kata

if there's a second love in your life, than choose it because if you said u really love the first one, then why the second love can exist.

lebih kurang la kan. 
tapi jangan salah tafsir pulak rase sayang tu.
mungkin sayang sebagai sahabat?
mungkin sayang sabagai teman tapi mesra?
yang mungkin kite tak kisah pon kalau die takde nanti.
dan akan wujudlah manusia yang mempertikaikan 
kate2 kat atas tadi.
benda ni semua bukan senang nak elak kalau dah jadi dalam hidup.
ape yang pasti, kalau korang ade masalah macam ni ape yang aku boleh nasihatkan, ikut kate hati sendiri.
tentang perkiraan manusia lain, abaikan.
yang merasakan masalah tu adelah kau.
yang dalam kebuntuan tu adelah kau. orang lain tak tahu ape yang kau rase kan.

sebab tu aku buat tajuk entry ni take it or leave it,
kalau korang dah decide lepak lah.
jangan takut tersalah dengan keputusan yang kau dah buat.
lagi pon kalau silap, anggaplah semua tu sebagai pengajaran nanti..
kawan aku sendiri kate, 
pedulikan semua orang tu. 
sebab nanti nak or taknak die kena terima 
walaupon benda tu menyakitkan.
biar sakit sekarang kan dari nanti LEBIH SAKIT.

masalah.
sape yang  takde. 
orang gile pon ade masalah tau!
so let it be like you want.
pedulikan kate2 orang.
memang mula2 korang akan rase sakit.
AT LEAST! kau akan rase lega.
lame2 bile orang dah tak tahu nak kate ape, dieorang akan diam. 
jangan lupe berdoa.
sebab doa tu antara kau dan tuhan yang takde sape pon tahu.
ape yang kau mintak adelah atas sebab ape yang kau rase. percayelah..:)

p/s: big problem is started from a small problem. so u only need a small hole of solution to getting out from a big problem..:)



Saturday, August 6, 2011

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


















di detik ini,
dan mungkin di sudut ini,
aku terdampar menanggung seribu sesalan,
mengucapkan sejuta kata maaf di suatu tempat
didalam hati yang sangat riuh dengan  kesunyian.
di sebalik kekesalan yang terbina kukuh,
tuhan unjurkan aku satu jalan yang sunyi dengan kebahagiaan.


di sudut yang lain,
tuhan buka pintu hati seorang insan bernama lelaki,
disaat aku tidak membutuhkan aura rasa kasih sayang.
biar yang tercipta, atau yang pernah dan telah tercipta
itu hanyut dalam satu rasa yang aku tak pasti.
yang ingin sekali aku lontarkan jauh perasaan yang sarat dengan 
aura kasih sayang dan segunung kebahagiaan.
mungkin kasih yang tercipta dan berakar dalam hidupmu itu,
tercipta untuk dahan seorang wanita yang lain...


dan kini aku disudut lain.
yang memandang dua sudut sebentar tadi dalam kelam.
dalam kekusutan.
mungkin disudut yang ini,
aku akan disiram dengan jutaan kasih dan sayang serta kesetiaan.
disinari kebahagiaan yang aku dambakan.


kepada kekasih hati,
wujudkanlah impianku yang kau tahu
jauhkanlah derita yang pernah singgah ke tempat yang
hilang di saujana pandanganku.
terima kasih kerana menerima segala kekurangan ini
yang mungkin kau lengkapi dengan kelebihan yang 
tuhan anugerakan kepadamu.


p/s: just for my mind. my OWN mind. :)