Monday, December 17, 2012

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

kalau rindu ini memusnahkan, biar ku hapus.
kalau cinta ini memenatkan, biar ku buang.
sesenang mana pon ungkapan itu,
yang susahnye adalah saat melakukan. :)

i miss u with all my heart.
i love u with all the feelings i have.


Thursday, November 1, 2012

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

lame betul tak merepek kat sini. bukan taknak tapi kadang2 mase tak menentu daaaannn paling penting sekali malas. hahaha. so, just a little bit update :)

Monday, September 10, 2012

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

salam, lama betul tak update ape2 kat sini since kerja dan tak ade mase nak bercerita. yeah, there's o raya for me :(

Friday, June 22, 2012

tertekannya..

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

sedang tertekan study
Programming in Mathematics. :(

ter"moody" dalam fb.
kenapalah aku tak sekuat die!
Allah..

p/s:A takde dah~~


Thursday, June 21, 2012

BROGA memang terbaik!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

aku dah lame betul meroyan nak pergi sane.
alhamdulillah,
antara tempat2 yang aku wish nak pergi banyak jugak terlaksana sebelum aku tamatkan pengajian kat UPM yang berbaki lagi setahun. setelah berjalan meroyan kat kl ni, asyik2 mall, wayang, makan untuk release tension, kali ni tukar sikit cerita. broga mari maaa~
wa dr start tahu itu broga punye tempat, wa memang nak sangat tapi takde yang nak melayan. setelah aku meroyan, merengek serta memujuk2 mereka2 ni, alhamduliillah tercapai..

masuk jek 12 malam 20jun, aku n the gang terus keluar dr upm ni. nak overnite katenye. sebab nak study kat mcd. phhuuihh! haakkkk tuih! tak payah.. mcd tutup plak. terus makan. biase la.
perut dan kenyang, mata pon mule la berat.
3 pagi kiteorang dah kumpul2. adelah 9orang yang pergi. 3 pompuan dan 6 laki..
kul 430 pagi kiteorang dah panjat bukit broga ni. weeehhh.. first time pagi buta naik bukit.
nak tengok matahari terbit punye pasal!
syokkknye, takdelah penat sangat even semput2 jugak nak sampai atas tu. tapi excited punye pasal, aku dah gagah kan diri awal2. satu je niat aku pasang. aku nak cube semua yang budak2 lelaki ni cube..
5setengah, kiteorang dah sampai kat puncak kedua. lepak sampai subuh, solat semua, tunggu pukul 7 nak naik puncak ke 3. tapi mata berat, tido sat.. hahaha
bangun2 mamai, tengok orang panjat je. aku cakap ngantok. tapi aku takleh tengok. niat nak buat ape yang dak lelaki buat di teruskan! hasilnye.. tararaaaaa






















aku seketul je pompuan yang kat situ. yang lain dah tak naik dah.. ade kat belakang nun~~~~...
sempat la jugak aku berposing bagai kan.. nak tengok? nak tengok? alllaaa~ nak kan, tahu dah. nah amek!

































memang sakan la aku sorang2 kat sini..






































ni mase kat puncak ke dua..;)


















sila tampar mereka laju2 sebab tak kejut aku amek gambar mase ni. phhhuuihh!


















balik tu takdelah balik terus. nu haaaaa.. ke sungai gabai.
sumpah superb beb! first time aku sampai memang terbaik la..
bertapa bawah air part pang best!
ape dak laki buat semua aku buat, dorang panjat batu nak gelungsur ke bawah, aku pon nak buat jugak kan... akibatnyeeee~
tergelincir lalu bengkaklah akan tanganku ni haaa...
tapi sumpah puas. aku takpeduli janji aku dapat buat semua tu. sebab bile lagi nak datang sini kan..

balik? nahh kau, tak sedar diri semua!


p/s: macam dah abes paper kan? -.-" satu lagi kowwttt~!



Monday, June 18, 2012

Sayakah Follower Bertuah itu?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

muahaha.. lame rase tak join mende2 gini.
thanks pada si baik yang tag aku.. Farhana.. :)
so sweet of you dear. thanks for tagging me.
die cakap suh tengok la kat link ni ha.. nama die Brooch Wholesaler.
alahai, nama ala2 brooh pon aku tak bajet benda menarik. paling2 brooch je. haha.
siyesly aku tak suke mende2 yang gitu semenornye.
memula macam tak minat. name pon ala2 brooch kan..
TETAPI. korang tahu ape yang aku nampak?
cunnn beb beg tu! sumpah! nah tengok ni tak caye...












aku tak tipu. 3 dalam satu punye beg!
kalau lah menang, sujud syukur beb! sobs :')
tapi kalau memang la kan admin, jangan bagi wane pink eh!
alergik sikit. hik3..:)
sayakah bakal yang bertuah? :)
so, kite tengok kot2 kawan2 kite yang aku tag ni nak melayang aku ke takk :D

kawan baru!
nama die wawa.. :)
kawan lama!
ika si kecil molek..
lagi sorang miera. 5tahun tak jumpe..:)
so done!

p/s: prong preng prong preng..! *jampi. hahaha



Saturday, June 16, 2012

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

kan? kasih sayang ibu dan ayah tu memang akan sampai bile2. merekalah segalanye2. merekalah selamanya. harapan aku, aku tak menjadi anak yang lupe tanggungjawab aku kepada mereka. janji aku, aku nak cube bahagiakan mereka seadanya.

harini antara hari bahagia aku kat upm ni.
mane taknye, mak kesayangan aku dah kirimkan aku makanan yang luar jangkaan.
sebenarnye benda ni bersebab.

selasa.
"dah makan?"
"dah, mak. makan megi. sedap!"
"knp makan megi je?"
"ade exam petang ni. takut makan nasi mengatuk pulak."
"yelah tuu.. ntah ade duit ke tidak.."
"adelah mak, kalau takde, kan orang dah bagitahu mak, mintak sedekah je..hehe"
"hehe.. ade ke orang bagi?"
"mestilah ade..buat la muka kesian siket..hik3..."
"boleh dapat 3 ringgit?"
"hahaha.. mesti boleh punye..muke orang kan cam kesian2.."
"ah yelah kau. takpelah, nanti jumaat mak kirim ayam masak merah yang kau nak makan tu.."
"tak susahkan mak ke? takpelah.. lain kali je. raye ade!"
"ala,.. kalau tak halangan, mak buat la..."

jumaat.
*bippp
"lauk dah siap.. tinggal nak tumis untuk nasi. kari tengah menggelegak.."
"mak masak ape??"
"mak buat nasi minyak..kari deging tetel, letak lobak."
"laaa.. susah2 je mak ni.. terima kasih.."
"tak susahla.. kari nak letak terung tak?"
"kalau tak susahkan mak, letak.. tapi takyah la.. "
"takde susahnye, petik je kat belakang tu ha.."
"ikut mak ea.. tu pon dah bersyukur sangat..."

burp! alhamdulillah.. kenyang! sedapnye nasi minyak makkk!
*send mesej.
"mak, terima kasih, kawan2 puji sedap!"
"ramai ke makan?"
"ade la 5,6 orang.."
"eh cukup ke?"
"cukup, bercatu...hehe.. terima kasih mak.."
"same2..."

itulah mak aku. yea, mak aku yang aku ade satu je kat dunia ni. yang sanggup buat ape je untuk anak die. sebab die tahu, anak die pernah merungut tak boleh makan same2 dengan die kat upm. die nak terbaik. :')
menyesal pernah merungut dulu. menyesal2! banyak benda menyesal! dulu mak mintak tolong ape2, berat je hati. penah jugak menolak bile mak mintak tolong depan2. tapi mak.....

antara tolakan aku...

"cuti lame ke? nak keje?"
"bulan 7-awal 9..haah, nak keje, dah tepon bos dahhh"
"2 bulan je la kan? tak payah keje boleh? duduk rumah.puasa same2.."
"nanti orang fikir...sebab next sem nak pakai duit. nak pergi jalan2 dengan kawan2,
 nak cari duit raye sekali.."
"nanti mak dapat duit, mak bagilah duit untuk beli barang raye.."
"orang taknak susahkan mak.."
"susahkan ape pulak? lagipon nanti 3 minggu nak kena jage anak sedara tu. orang yang jage balik indon."
"yeke? nanti orang tengok camane.."

bukan susah. mak suruh duduk rumah, tak keje, siap nak bagi duit. tapi aku? :(
bukan taknak, tapi aku malu menyusahkan mak abah. nak ape2 kena mintak duit mereka. malu2!
aku nak keje. kena keje jugak. harap2 aku takkan menyusahkan mereka, kecilkan hati mereka, dan....
banyak sebenarnye yang aku fikir. :(
harap2 Tuhan bagi petunjuk yang terbaik.
mak, abah, terima kasih. sangat2!! sebab...
ah, telalu banyak jasa yang aku nak sebut satu2 kat sini..:)
Tuhan, jagakan mereka untuk aku.

p/s: merekalah segalanya...





Friday, June 15, 2012

mak abah, setahun je lagi!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



"Mak, nanti mak hantar orang pergi UPM kan?"
"taklah.. abahkan sakit ni..abg je hantar nanti."

balik cuti...

"mak, bile mak nak jejak UPM? jeles tengok kawan2 orang mak ayah datang makan2.."
"kan jauh.. takpelah, mak datang mase kau konvo je.."

sobs:(
"sebak betul. tension betul aku. bukan kejap belaja kat sane. 4 tahun kot. mase akak dulu boleh pulak pergi sampai ke negeri sembilan sane.. blablabla.." aku merungut.

yea. tu la aku. merungut bile mak abah aku tak datang. cemburu tengok kawan2 aku balik sini setiap naik sem baru dengan keluarga yang hantar. paling sebak mase mula2 daftar dulu. parent orang lain siapteman anak2 dorang dafta. ikut je mane anak pergi.
aku?
terkontang kanting cari arah mane nak pergi. tanye sane, tanye sini, abg aku mane nak tolong, sebok dengan tunang die. dengan mase tu ade test H1N1 la, ape la,. risau, ribut! lepas tu masuk bilik, abg ngan tunang die yang tolong. aku ingat lagi abg, tunang dengan adek gemok aku macam orang giler hantar barang ke aras 4 sebab barang yang aku bawak sumpah banyak giler kot!! macam nak lari rumah. padan muke dorang. muahaha. lepas tu rumet aku keluar makan dengan family die. sobs. aku tunggu makanan untuk minggu orientasi tu jela. pastu ingat lagi, kalau rumet aku tak balik, mak ayah die la yang datang. kalau mak ayah die tak datang, die lah yang balik. main rotate gitu je. aku cemburu. jeles. dengki!

tapi tu dulu. 3 tahun lepas.
sekarang aku ade baki lagi setahun nak abeskan belajar. aku nak bawak balik degree untuk mak abah aku. kalau ade rezeki, aku nak sambung lagi master. aku nak sambung2 sampai aku dapat merase study kat luar negara. kalau tak aku yang study, aku nak teman suami aku la yang study jauh2.. :P
dan mak, setahun lagi! bertahan! :)
setiap hari doa aku tetap same. same macam 3 tahun dulu. tetap same..:)

p/s:imissyousomuchmak!


Thursday, June 14, 2012

Mungkin kah ke??

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

well, setahun dah rasenye tak aktif kat blog macam dulu.
dulu pantang ade mase lapang, blog jadi tempat meluah perasaan.
nak marah ke, menangis ke, kat sini la.
 rasenye stop berblog dengan aktif since cuti sem tahun lepas la.
keje 3 bulan kat kedai buku tu.
lepas tu naik sem terus bz dengan persatuan dan sukan.
tu je la kot sebabnye aku berenti jap.
terus diable komen sebab post aku ngarut2. haha tapi lantakkan jela..
setahun. banyak sangat benda berlaku. dah nak jumpe cuti sem panjang lagi.
dah nak keje semula dah pon.
harap2 lepas ni ade mase lagi nak mengarut2 kat sini.
btw, for those just come here, please leave me ur link ok.
i need u.
yes, need u sooo much.
insyaallah, aku datang balik la kat sane..:)

p/s: banyak menda nak citer..:D


Monday, June 11, 2012

exam mood..:D

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

salam. fuh, sumpah ya ampun, lama bangat gue nggak update blog nih? busy bangat deh. pokoknye gue lagi fokus mau final exam.
ok stop, aku masih melayu bhai! maaf la, sekarang ni, aku dah kurang skek layan blog. sumpah wey, rindu nak blogwalking, blogcrawling,blongjogging, bla bla bla blog tu semua. aku merasekan bahawasanya aku kekurangan ide untuk dicarutkan kat atas helai page ni. bile idea mencurah, sumpah, malasnye.....!

sekarang tengah busy final. tadi siang dah satu paper.

13 satu paper..prinsip ukur, 
14 semiconductor 
17 microprocessor and microcomputer and last paaapperrr 
22 programming mathematics.

 oleh yang demikian, tamat lah sudah sem 6 dengan gemilang jalang nye. hahaha. ayat bajet jahat habes. daaannn~ bermulala next sem dengan haru birunye..:( sobs, dah nak start buat thesis dah.
final year project gua yang dah comfirm sekarang ni adelah,
Carbon Nano Structure-electroplating bla bla bla....
aku dah nampak idea. tapiii. asal tajuk tu macam haram benor seramnya? -.-"
yeah, aku student electronic beb. thesis buat tajuk sains bahan. ok, tipu. ade 3 kat situ.

sains bahan-nak cari characteristics carbon based on sample.
sains instrumentasi-nak kontrol 10v dalam mase 20jam experiment.
kimia- yeah, solution untuk electroplating tu buat sendiri yea.
sekian. buat sendiri! mane aku tahu semua tu.

as conclusionnye, aku kena study jugak cuti ni..:( sobs. memang cruel. tapi aku suke gak la tajuk ni..:D

dah la, banyak bercakap, sesat jalan *okay, kejadah la kan..:D
so follower, maaf la..:( kite jahatkan tak update. sobs. perasan ade follower tersendiri. phuiih!
sebagai pengubat rindu kalian, terimalah wajah  terbaru aku. hak3.


 buruk ke? ala.. paling2 kau ade muke buruk cam haku? nope. hahaha.

p/s: huduh plak ase rope nih.


Wednesday, April 4, 2012

terus berharap.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

mencari kepastian untuk terus berharap.
walaupon nampak samar dihujung pencarian ni.
bagai akan hilang segala yang dikecapi sekarang.
mungkin silap sendiri, mungkin silap perlu dicari.
dan diperbaiki.

jika hari ini,
dia masih tertawa untuk aku,
mungkin esok, aku akan menangis untuk dia.
lumrah hidup.
pasti rela disakiti insan yang disayangi.
biarlah luka mana hati,
biarlah pedih mana disiram apapun,
jiwa ini masih teguh dan kental.
masih mahu menyayangi.

bukan tak bererti,
tapi masih menanti.
walau sudah pasti ada yang menanti diri ini,
hati ini enggan.
takut terluka lagi.

haram jadah ape aku merepek ni dowh. dem it. giler rase diri berbunge jiwang! phuih! blah la ko.. kelaka plak aku bace balik. takpelah, at least puas kat sini.


Monday, April 2, 2012

monday blues.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

yey! hari isnin.
tapi saye amat2 menunggu hari jumaat.
dear friday,
come to mama my baby!
muahaha..;)
and days,
please be fast..:)

p/s: jom bace sini! besday kite :)


Sunday, April 1, 2012

mai BIG 22 day. hadiah part1.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


29 MAC 2012.

i'm 22 years. or for today, 22years 2 days. ;)
tahun ni bagi banyak makne. banyak sangat2. umur dah 22.. dah boleh sangat nak jadi isteri orang. tapi kena abeskan belajar dulu. for those wished me, thanks a lot..


i never imagine that i will have this polka dot purse sebab aku dah lame usha benda ni kat Tropicana Life. siyes aku suke sangat2 sampai rumet aku geli tengok aku senyum2 pegang purse ditambah2 purse aku yang berusia dua tahun setengah tu nampak pada zahirnye mulia tetapi batinnye merana. muahaha, aku suke sangat and for the person who give me this present, i love u. thanks. ;)


and for surely i never ever imagine untuk dapat benda semahal ni dalam hidup aku dan sebagai hadiah besday aku. lame betul takde perfume. seriyes. aku ulang seriyes. tak tahu kenapa. meybe sebab aku rase tak pakai takpe kot. bau badan aku takde masalah kan. but aku suke giler benda alah ni! sumpah aku terharu sebab mak nyah yang keje kedai tu lupe nak cabut harge. so, thanks also to this person. i also love u. ;)


this sling bag. weehh kakak masi, kamu betul2 tahu taste saye sebab sy suke sangat pinjam beg kamu yang hitam tu dulu. malu plak sy sebab dapat awal giler hadiah ni. ade sekali sy dah pakai sebelum besday sebab napsu membara tengok beg ni. hahaha. aku suke giler sebab die tak gurlish! nice and siyesly simple. the only one beg yang aku bawak kulu kilir lepas ni..;) maceh. to this person. i love u square..;)


this. 3 red roses. eventhough i never like the flowers, but i still know the meaning. betulkan aku kalau aku salah tafsir yang 3 kuntum bunge ros merah bermaksud "iloveu". :) terima kasih sebab bagi bunge ni. aku sangat2 hargai. maybe aku akan kenang seumur hidup aku. sebab aku tak pernah mimpi nak dapat bunge dalam hidup aku. that's enough to make me melt..:P


 ni bukan hadiah. ni muke bahagia sebab dapat hadiah bunge..;)

p/s: i'm so suprised by the birthday pasty :') thanks dear.

Sunday, March 25, 2012

aku,tandas dan bahasa indonesia celop!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


aku duduk sini.
yea, ade dekat sini.
tempat aku duduk sini ade toilet.
erm, bilik air ade 5, toilet ade 5 jugak.
semua sekali boleh jadi 10.
sinki pon ade 5.
oh yea, kepala paip aku lupe plak ade berapa. dalam 18 kot..
banyak kan.


tapi semua ade masalah.
kadang2 bilik air ade tersumbat2.
ala takpelah, ok lagi. sebab memang kadang2 tempat aku tinggal ni tak lari dr masalah tu.
toilet ok2 je even kadang2 ade jugak mane punye makhluk salah parking.
lepas tu bukan nak bersih2.
ops, sorrylah kalau jijik bace..cume eeerr realiti.
kadi,
jangan main skipping sambil membuang kalau taknak salah parking. buat orang lain geli nak gune kat situla. tak pasal2 akak cleanar kena setelkan..takpelah. nanti akak cleaner takde keje plak. diekan dibayar gaji,


masalah paling besar? tentulah sinki..;)
kat tempat aku tinggal ni, memang ramai rajin memasak.
memang ramai pandai masak.
mesti sedap kan. sebab tu mereka memasak lagi..;)
uiihhh bangga nooo...
tapi aku tak tahu mane silap mereka semasa dilahirkan.
belajar pandai2 sampai sini, tapi tak reti bezakan tong sampah dengan sinki. ops!
kat situlah buang sisa makanan, kat situlah buang segala benda.
tersumbat? masalah biase.
klau 5 sinki, 4 confirm takleh nak gune sebab tersumbat.
dalam tu ade seafood, sup sayur segala bagai.
yela, semua orang tahu die masak lauk tu. memang terbaik.
tapi aku ni nak basuh mangkuk dan tangan serta muka pon tak lalu nak guna.
satu sinki tu pon sebab berhati perut nak reserve untuk orang2 macam aku.
nak gsok gigi pon loya tau!


bukan xde yang sound, 
yang tampal warning berlambak2 tau.
biasalah. golongan bijak pandai memang tak reti nak bace benda2 remeh macam ni.
banyak gile manusia yang tampal.
dari tak tercabut, sampailah masih gagah tertampal kat situ.
takde kesan.
jadi aku rase macam nak tolong golongan yang tampal notis ni untuk kakak cleaner.
untuk mereka buat ape?
golongan cerdik pandai takde mase la!
bizi!


ni sopan lagi la..;)




BUAT KAKAK CLEANER,
MAAFKANLAH PERBUATAN ADEK AKAK YANG SEKSA AKAK SAMPAI MACAM NI. MEREKA GOLONGAN YANG TIADA MASE NAK MEMBERSIHKAN APE YANG DORANG BUAT NI. EH, DORANG MANE PAHAM. DORANG INDON KAN...MEH AKU TERAI.


KAK, MAAPIN MEREKA YA. MEREKA NGGAK NGERTI GIMANA CARA MAU BERSIHIN TOILET INI. MEREKA NGGAK PUNYA MASA MAU PIKIRIN HAL2 KECIL SEPERTI INI. JADI KAKAK TOLONG DONG BERSIHIN. LAGIAN, NGAPAIN LAGI KAKAK DIBAYAR GAJI KALO BUKAN SEBAB MAU NOLONG MEREKA. MEREKA LUPA MEREKA BAKAL JADI ISTERI ORANG YANG BAKAL PUNYA DAPUR SENDIRI. YA, KAKAK USAH RISAU DONG WALO KAKAK NGGAK PUNYA PELAJARAN TINGGI. KERNA PALING2 MEREKA YANG PUNYA PELAJARAN TINGGI AMAT2 PErLUKAN KAKAK YANG NGGAK PUNYA REJEKI MAU BELAJAR TINGGI SEPERTI MEREKA SUPAYA NOLONGIN MEREKA. HARAP BERSABAR DONG KAK!


FUH.. tergeliat lidah aku. terai2 kan..;)
ok ke kalau tampal cenggitu. aku rase dorang boleh paham kot.. kan bahase indon even celop! hahaha..
AKU KESIAN kat akak2 tu je. nak2 hari isnin. oh yea, korang jgn dera akak2 tu macam budak tempat aku tinggal ni ok? ;)
dah2. aku nak p belajar tinggi tapi ade attitude nak jage kebersihan. :P
bye!


p/s: golongan rendah ni lebih mampu nak berfikiran lagi tinggi dari kami. :')









Monday, February 20, 2012

impian aku seorang wanita. #eh?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


lame aku tak membebel kat blog. lame benor sampai kadang2 aku terfikir semula, aku ade blog eh? muahaha. sampai ade yang request aku bile nak update blog. terima kasih yang berkenaan sebab selalu mengingatkan aku yang aku ni ade blog. lalala~
tetiba aku rase nak cakap pasal aku yang sekarang dan akan datang. bukan ape, aku rase macam nak jalani kehidupan macam ni. ni impian jekla. aku tak kisah kalau tak terjadi pon sebab aku masih bersyukur menjadi diri sendiri.


impian jangka pendek
aku nak happy2 enjoy hidup sebagai student. takde sedih2 apetah lagi nak berduka sepanjang journey ni. aku nak grad dengan pointer bagus. yela, nak dapat anugerah bagai tu memang taklah kan.. at least i have my own goal. taknak la macam nak mati ambik subjek banyak2 satu sem lepas tu hancus..lambat grad pon takpe janji ade pointer dan keje bagus. tapi kalau boleh, aku nak ikut period belajar yang sepatutnye la. taknak extend2.. 


impian jangka sederhana
well, percaya tak impian aku yang ni adelah kahwin? serius aku memang jenis manusia yang tak sabar nak kawen. kalau yang kenal aku dari matrik, memang akan selalu dengar aku cerita pasal kawen. kawen, kawen, kawen.. kan...insya-Allah, aku nak kawen lepas abes belajar ni. aku nak nikah dulu, bercinta dengan suami sampai puas dan bersedia nak ade anak, baru aku fikir tentang anak. kan best kalau dah kawen, takde anak, jalan2 sane sini sweet2. takde sape nak kesah dah.. manje2 puas2 baru manje dengan anak2 pulak. ok, tu impian aku. nak sweet2 lepas kahwin. nak ade satu kehidupan yang sangat baik. kerja yang bagus, keluarga yang bahagia..;) can u help me to realize it?


impian jangka panjang
ade satu bisnes sendiri. satu benda yang aku boleh wariskan untuk anak2 aku. aku pernah terfikir nak bukak pusat tusyen yang siap ade servis hantar dan ambek student. impian la kan..:P
dan yang paling aku nak dalam impian ni, aku menikmati usia emas aku dengan seorang suami yang aku cinta. kalau boleh nak kembali kepada muda. sweet2, nak manje2 yang takkan pernah berdoa. aku tak lupe untuk doa supaya hati die takkan berubah dan dah tentu care layanan die pon takkan berubah.. doakan boleh? :)


p/s: yea, aku memang suke sweet2.



Sunday, January 15, 2012

if i could.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


if i have and i could.
if i have a car, i'll going back to see u. every week.
coz i never let my dear miss me damn much like that.
yes, i feel it. 
it's hurt sayang :')
and only i feel and know it.
if i have and could.


p/s: moody for this.



Monday, January 9, 2012

maafkan saya..;(

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.




iloveusomuch
maafkan saye.
yea, kebelakangan ni saye sibuk sangat2. kadang2 bile saye rindu, saye tak sempat nak layan langsung perasaan tu. walaupon saye ade mase sebelum tido, but saye tak buat. cume kadang2 je. maafkan saye.
iloveusomuch
maafkan saye.
kebelakangan ni saye moody jek dengan awak. bukan saye sengaje. tapi kadang2 keadaan meminta. saye memerlukan mase untuk semua final saya.maafkan saye.
iloveusomuch
maafkan saye.
saye tahu awak memerlukan saye tapi saye tak dapat ade bersame untuk membantu mengurangkan tension awak. yang saye pentingkan adelah diri saye. saye tak fikir langsung yang awak pon same tension sebab study benda2 core. maafkan saye. ;(
iloveusomuch
maafkan saye.
takde niat saye nak buat benda ni. insyaallah, saye yakin semua ni akan kembali normal sayang. i really love you. dan terima kasih sebab selalu berusaha nak memahami saye walapon sye kadang2 malas nak paham awak. ;( take care of your self and i'm pretty sure, everything gonna be ok and both of us used to it dear.



p/s: i miss u ;(