Sunday, May 10, 2015

bersihkan blog

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

tetiba je post sebelum ni update gambar tanpa ayat kan?! haha
serius kot. lama aku tak update blog ni.
hampir terlupa aku ada blog.
in the mean time, my life changed almost 180degree.
jom aku senaraikan. kira merangkumi je lah sepanjang aku tak update blog ni. :P

  • I quit the master. Sedih but there is personal reasons. susah nak explain. only my partner knows what happened.
  • I quit and resigned as a Research Officer dekat Institute of Hydrogen Economy. Since aku pon kontrak dekat sana.Sedih tinggal kak Husna, Lyana dan Kak Sal.
Rindu gila dorang. Last lepak masa bagi kad kahwin :P

  • Aku kerja sebagai Project Engineer. Start bulan 10. Chaos life habes masa tu. Hidup ala-ala tak teratur. The truth is, I can't be an Engineer mcm my partner. hehe.
  • Dapat interview sebagai Penguasa Kastam. Gred W41 seminggu lepas kerja engineer. Interview yang sempoi sangat. I am happy sebab interviewer sangat best. lucky me.
  • Calon simpanan. Dah sedih sebab kena kerja lama la sebagai engineer. aaaahhh
  • 1 Januari 2015. Intake Penguasa Kastam Gred W41 Siri 1/2015. Lapor diri 26 Januari. Alhamdulillah. Dapat balik kerja tetap. Government. Syukur sangat.
Lapor diri dengan muka yang blergh. HAHA.
  • My brother dah nikah dan kahwin pada 14 Mac 2015. Sedih tak dapat attend wedding dia dekat Perak. Isteri dia Cantik! :)(tapi takde gambar wedding die pulak dalam laptop ni)
  • Tamat latihan sebagai Penguasa Kastam pada 17 Mac 2015. and i come back dimana 10 hari lagi nak kahwin! haha.
Abaikan muka over eksaited -_-

  • anddd kemucak dalam post kali ni adalah wedding sendiri on 28 Mac 2015! :P alhamdulillah, semua berjalan dengan sangat lancar. mungkin ada beberapa impian tak dapat. tapi syukur semua selesai. it was a sad moment bila semua sedekahkan alfatihah untuk arwah abah. :(




dah halal :)

p/s: Alhamdulillah. 1/8/2012-29/8/2014-28/3/2015-2/5/2015 :*

Friday, May 8, 2015

Alhamdulillah, dah halal :)

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Alhamdulillah!

FASA BARU! :)

Terima kasih sayang untuk semuanya!


Monday, April 21, 2014

student yang hilang arah.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Selamat Petang semua!

Lama gila tak masuk entry baru.
Tengok pon sebulan tak sekali, ada hati nak hupdate!
By the way, hidup aku sangat hectic lately.
Bila dah start belajar semula bulan 2 yang lepas (iols dapat baucar buku RM250 hokkay!) hidup aku sangat la terumbang ambing.
frankly speaking, aku tak tahu mana hala tuju research aku.
This year and next year, there are two International Conferences will be held in KL, yang diuruskan oleh opis aku. yang sebijik memang annually. yang ni okay lah lagi. tak banyak mana komitmen.
Cuma yang next year ni memang international habes. bapak banyak gila kerja.
Ajk yang hade ni je pon 6-10 orang lepastu organize semua dr segala bentu design website, brosur, hotel makan segala bagailah! mati mak naaakk ;(

and my research was goes....... i don't know.
aku tak boleh nak adapt dengan belajar ni.
assignments bapak banyak la berlambak! i hate this part.

but


the most things that make me strong are mom and late dad.

untuk mak,
insyaAllah, sebelum diri ini 'diserahkan' kepada yang lain, aku sentiasa akan cuba membahagiakan dia. sebutlah mahu apa. kemana. aku cuba turuti.

untuk arwah abah,
i always remember you. your reminders.

"korang belajar la tinggi-tinggi. abah takde peluang nak merasa belajar tinggi. sekolah pon tak habes. abah takde harta. abah takde duit nak beri. tapi selagi abah mampu hantar korang belajar, belajar la tinggi-tinggi."

you will never know until you be in my shoes.

susahnya hidup takde abah. maksud aku susahnya hidup ni bila kau takde salah sorg atau kedua-dua ibu bapa. aku tak tahu nak detail macam mana susahnya. tapi bila kau ada di situasi itu, kau akan tahu.

pasal hidup aku sekarang, insyaAllah will be next stage soon (macam la ada sape kesah kan)
doakan aku cepat2 naik ke level seterusnya!
ape die?
muahaha. ce teka. ce teka.

okla. malas nak mengarut. nsk siapkan 2 assignments dan hala tuju research aku ni
kbai ols :P


Thursday, February 6, 2014

cabaran bila nak berubah

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


tahun ni umur dah nak masuk 24 tahun. maka, sudah cukup dewasa aku rasa.
dewasa dalam segala hal yang kau hadapi.
dari masalah peribadi.
masalah pasangan.
masalah sara hidup kau yang asik tak cukup-cukup (atau kau tak reti jimat) .
semua.
yea, semua benda kau akan hadapi sendiri.
takkan kau nak merengek dengan mak abah yang kau ada masalah.
bagitahu mungkin.
sekurang-kurangnya mereka boleh beri nasihat atau cadangan
but at the end, kau akan face benda tu berseorangan.

dan pada masa inilah, bila ditimpa ujian atau musibah,
akan ingat Tuhan. manusia kan.
aku mengaku, aku bukan terlalu baik untuk berbicara tentang Tuhan.
tetapi sebenarnya, dalam tak sedar, aku sedang belajar mendekatkan diri padanya.
supaya aku mampu hidup susah dan senang asalkan ada Pencipta bersama.

tapi aku tewas bila ada ujian yang Tuhan cipta untuk aku, aku mengalah.
lately, aku kuat betul nak mengamuk atau memaki walau dalam hati.
its better than kau pergi hambur kat facebook yang bajet semua orang nak tahu pasal kehidupan kau.
facebook pulak jenis public. fuh fuh fuh

atleast, twitter.
blog macam aku buat ni.
selebihnya, terpulang masing2.
itu yang aku risaukan tentang diri aku.
aku nak jadi manusia yang lebih baik.
tapi sukar.
memang benar, yang baik itulah yang pahit.
yang perlu banyak pengorbanan.
yang mahal sebab syurga itu mahal.
kau kena kutip segala kebaikan yang diibaratkan emas,
supaya sampai dipintu impian, kau mampu masuk dengan izin penciptanya.

aku nak jadi baik.
aku nak jadi manis.
aku nak jadi mahal.
aku nak jadi kuat.
aku nak jadi tabah.


 

Tuesday, January 28, 2014

sambung belajar!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

me and my work.
kinda boring. tapi kau belum start master. ingat tu.


next week dah daftar sambung Master in Chemical Engineering.
lari sangat kan dari Bacelor Sains Kepujian-Major Sains Instrumentasi.
tapi sebenarnya takdelah lari jauh mana sangat. still in electical and electronic.
tajuk?

Development of Uninterruptible Power Supply Fuel Cell-based.


aku suka.
sukaaaaa sangat.
okbai