Thursday, February 6, 2014

cabaran bila nak berubah

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


tahun ni umur dah nak masuk 24 tahun. maka, sudah cukup dewasa aku rasa.
dewasa dalam segala hal yang kau hadapi.
dari masalah peribadi.
masalah pasangan.
masalah sara hidup kau yang asik tak cukup-cukup (atau kau tak reti jimat) .
semua.
yea, semua benda kau akan hadapi sendiri.
takkan kau nak merengek dengan mak abah yang kau ada masalah.
bagitahu mungkin.
sekurang-kurangnya mereka boleh beri nasihat atau cadangan
but at the end, kau akan face benda tu berseorangan.

dan pada masa inilah, bila ditimpa ujian atau musibah,
akan ingat Tuhan. manusia kan.
aku mengaku, aku bukan terlalu baik untuk berbicara tentang Tuhan.
tetapi sebenarnya, dalam tak sedar, aku sedang belajar mendekatkan diri padanya.
supaya aku mampu hidup susah dan senang asalkan ada Pencipta bersama.

tapi aku tewas bila ada ujian yang Tuhan cipta untuk aku, aku mengalah.
lately, aku kuat betul nak mengamuk atau memaki walau dalam hati.
its better than kau pergi hambur kat facebook yang bajet semua orang nak tahu pasal kehidupan kau.
facebook pulak jenis public. fuh fuh fuh

atleast, twitter.
blog macam aku buat ni.
selebihnya, terpulang masing2.
itu yang aku risaukan tentang diri aku.
aku nak jadi manusia yang lebih baik.
tapi sukar.
memang benar, yang baik itulah yang pahit.
yang perlu banyak pengorbanan.
yang mahal sebab syurga itu mahal.
kau kena kutip segala kebaikan yang diibaratkan emas,
supaya sampai dipintu impian, kau mampu masuk dengan izin penciptanya.

aku nak jadi baik.
aku nak jadi manis.
aku nak jadi mahal.
aku nak jadi kuat.
aku nak jadi tabah.


 

Tuesday, January 28, 2014

sambung belajar!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

me and my work.
kinda boring. tapi kau belum start master. ingat tu.


next week dah daftar sambung Master in Chemical Engineering.
lari sangat kan dari Bacelor Sains Kepujian-Major Sains Instrumentasi.
tapi sebenarnya takdelah lari jauh mana sangat. still in electical and electronic.
tajuk?

Development of Uninterruptible Power Supply Fuel Cell-based.


aku suka.
sukaaaaa sangat.
okbai


Tuesday, December 24, 2013

hidup sebagai manusia bersyukur

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Alhamdulillah, sejak kerja ni banyak benda aku belajar.
macam mana nak simpan duit
macam mana nak urus duit.
well said, aku memang dah start kumpul duit untuk impian yang satu itu
kahwin.
gila kau umur 23 takde rasa nak kawin.


kadang-kadang aku rasa apa yang aku milikki sekarang ni tak mencukupi.
padahal ramai orang nak gaji macam aku.
but serious talk,
makin tinggi gaji,
makin membuak nafsu.
padahal dulu masa belaja r RM 2000 cukup untuk 5-6 bulan.
so what's the different?

Alhamdulillah,
aku dah keluarkan satu buah hati baru.
warna putih.
tak sangka loan lepas.
aku takde perancangan pon, tapi sebab aku rasa tak sesuai naik motor dengan baju kurung,
mak aku suruh amek satu.
ceh bunyi mcm tak payah bayar kan?

hasil kerja, aku belum nak nikmati dengan vacation bagai.
cukuplah aku katakan, aku kurang minat bercuti kemana-mana.
belum masanya.
bukan taknak, tapi biarlah lepas-lepas ni.
benda tu bila-bila pon boleh pergi.



kadang-kadang jeles jugak dengan kawan-kawan aku.
tak kerja tapi melancong kemana-mana.
but who knows kan yang sebenarnya diorang kerja sambilan yang dapat bawak dorang berjalan?
so just bersyukur, my self!
kenapa perlu cemburu dengan rezeki orang lain. *muhasabah hati semula.
aku ada misi penting.
aku nak nikah dulu.
kemudian menabung untuk bawak mak buat haji atau umrah.
itu sahaja untuk mid-term.


short term? habeskan dulu master aku.
sambil kumpul duit kawen.
 itu paling short.
tarikh bila?
some date in 2015.
insyaAllah ;)


 

Monday, December 2, 2013

just another us.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



this is just another month for us.
thanks for be always beside me.
there's no words can describe how much i love u.
 .
.
.

to other half of me,
terima kasih sebab sentiasa memahami dan menerima diri ini.
awaklah tanah yang sudi menerima air seperti saya.
yang sedia menerima sy yang kadangkala mampu membawa arus yang deras dan kadangkala juga mampu menenangkan. (lebih banyak deras =P)
.
.
.
 thank you. thank you. thank you love.




Friday, November 29, 2013

B E R L A L U

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

dulu aku dibuang,
nun terdampar disudut hatimu
bahkan aku seakan merayu
untuk kekal berada didalamnya.
ditempat yang selamat untuk aku berlindung
tapi akhirnya
aku terlempar disini

puas sudah aku merawat kesakitan yang kau beri
parut kekecewaan masih utuh disini
masih teringat saat aku melakar impian
di awangan cinta kita
disaat aku berjanji untuk terus bersama
dan berpegang teguh pada tangkai hatimu,
kau campakkan aku.
ya, aku masih ingat akan hal yang itu.

dan akan sentiasa ingat.