Monday, September 10, 2012

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

salam, lama betul tak update ape2 kat sini since kerja dan tak ade mase nak bercerita. yeah, there's o raya for me :(

Friday, June 22, 2012

tertekannya..

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

sedang tertekan study
Programming in Mathematics. :(

ter"moody" dalam fb.
kenapalah aku tak sekuat die!
Allah..

p/s:A takde dah~~


Thursday, June 21, 2012

BROGA memang terbaik!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

aku dah lame betul meroyan nak pergi sane.
alhamdulillah,
antara tempat2 yang aku wish nak pergi banyak jugak terlaksana sebelum aku tamatkan pengajian kat UPM yang berbaki lagi setahun. setelah berjalan meroyan kat kl ni, asyik2 mall, wayang, makan untuk release tension, kali ni tukar sikit cerita. broga mari maaa~
wa dr start tahu itu broga punye tempat, wa memang nak sangat tapi takde yang nak melayan. setelah aku meroyan, merengek serta memujuk2 mereka2 ni, alhamduliillah tercapai..

masuk jek 12 malam 20jun, aku n the gang terus keluar dr upm ni. nak overnite katenye. sebab nak study kat mcd. phhuuihh! haakkkk tuih! tak payah.. mcd tutup plak. terus makan. biase la.
perut dan kenyang, mata pon mule la berat.
3 pagi kiteorang dah kumpul2. adelah 9orang yang pergi. 3 pompuan dan 6 laki..
kul 430 pagi kiteorang dah panjat bukit broga ni. weeehhh.. first time pagi buta naik bukit.
nak tengok matahari terbit punye pasal!
syokkknye, takdelah penat sangat even semput2 jugak nak sampai atas tu. tapi excited punye pasal, aku dah gagah kan diri awal2. satu je niat aku pasang. aku nak cube semua yang budak2 lelaki ni cube..
5setengah, kiteorang dah sampai kat puncak kedua. lepak sampai subuh, solat semua, tunggu pukul 7 nak naik puncak ke 3. tapi mata berat, tido sat.. hahaha
bangun2 mamai, tengok orang panjat je. aku cakap ngantok. tapi aku takleh tengok. niat nak buat ape yang dak lelaki buat di teruskan! hasilnye.. tararaaaaa






















aku seketul je pompuan yang kat situ. yang lain dah tak naik dah.. ade kat belakang nun~~~~...
sempat la jugak aku berposing bagai kan.. nak tengok? nak tengok? alllaaa~ nak kan, tahu dah. nah amek!

































memang sakan la aku sorang2 kat sini..






































ni mase kat puncak ke dua..;)


















sila tampar mereka laju2 sebab tak kejut aku amek gambar mase ni. phhhuuihh!


















balik tu takdelah balik terus. nu haaaaa.. ke sungai gabai.
sumpah superb beb! first time aku sampai memang terbaik la..
bertapa bawah air part pang best!
ape dak laki buat semua aku buat, dorang panjat batu nak gelungsur ke bawah, aku pon nak buat jugak kan... akibatnyeeee~
tergelincir lalu bengkaklah akan tanganku ni haaa...
tapi sumpah puas. aku takpeduli janji aku dapat buat semua tu. sebab bile lagi nak datang sini kan..

balik? nahh kau, tak sedar diri semua!


p/s: macam dah abes paper kan? -.-" satu lagi kowwttt~!



Monday, June 18, 2012

Sayakah Follower Bertuah itu?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

muahaha.. lame rase tak join mende2 gini.
thanks pada si baik yang tag aku.. Farhana.. :)
so sweet of you dear. thanks for tagging me.
die cakap suh tengok la kat link ni ha.. nama die Brooch Wholesaler.
alahai, nama ala2 brooh pon aku tak bajet benda menarik. paling2 brooch je. haha.
siyesly aku tak suke mende2 yang gitu semenornye.
memula macam tak minat. name pon ala2 brooch kan..
TETAPI. korang tahu ape yang aku nampak?
cunnn beb beg tu! sumpah! nah tengok ni tak caye...












aku tak tipu. 3 dalam satu punye beg!
kalau lah menang, sujud syukur beb! sobs :')
tapi kalau memang la kan admin, jangan bagi wane pink eh!
alergik sikit. hik3..:)
sayakah bakal yang bertuah? :)
so, kite tengok kot2 kawan2 kite yang aku tag ni nak melayang aku ke takk :D

kawan baru!
nama die wawa.. :)
kawan lama!
ika si kecil molek..
lagi sorang miera. 5tahun tak jumpe..:)
so done!

p/s: prong preng prong preng..! *jampi. hahaha



Saturday, June 16, 2012

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

kan? kasih sayang ibu dan ayah tu memang akan sampai bile2. merekalah segalanye2. merekalah selamanya. harapan aku, aku tak menjadi anak yang lupe tanggungjawab aku kepada mereka. janji aku, aku nak cube bahagiakan mereka seadanya.

harini antara hari bahagia aku kat upm ni.
mane taknye, mak kesayangan aku dah kirimkan aku makanan yang luar jangkaan.
sebenarnye benda ni bersebab.

selasa.
"dah makan?"
"dah, mak. makan megi. sedap!"
"knp makan megi je?"
"ade exam petang ni. takut makan nasi mengatuk pulak."
"yelah tuu.. ntah ade duit ke tidak.."
"adelah mak, kalau takde, kan orang dah bagitahu mak, mintak sedekah je..hehe"
"hehe.. ade ke orang bagi?"
"mestilah ade..buat la muka kesian siket..hik3..."
"boleh dapat 3 ringgit?"
"hahaha.. mesti boleh punye..muke orang kan cam kesian2.."
"ah yelah kau. takpelah, nanti jumaat mak kirim ayam masak merah yang kau nak makan tu.."
"tak susahkan mak ke? takpelah.. lain kali je. raye ade!"
"ala,.. kalau tak halangan, mak buat la..."

jumaat.
*bippp
"lauk dah siap.. tinggal nak tumis untuk nasi. kari tengah menggelegak.."
"mak masak ape??"
"mak buat nasi minyak..kari deging tetel, letak lobak."
"laaa.. susah2 je mak ni.. terima kasih.."
"tak susahla.. kari nak letak terung tak?"
"kalau tak susahkan mak, letak.. tapi takyah la.. "
"takde susahnye, petik je kat belakang tu ha.."
"ikut mak ea.. tu pon dah bersyukur sangat..."

burp! alhamdulillah.. kenyang! sedapnye nasi minyak makkk!
*send mesej.
"mak, terima kasih, kawan2 puji sedap!"
"ramai ke makan?"
"ade la 5,6 orang.."
"eh cukup ke?"
"cukup, bercatu...hehe.. terima kasih mak.."
"same2..."

itulah mak aku. yea, mak aku yang aku ade satu je kat dunia ni. yang sanggup buat ape je untuk anak die. sebab die tahu, anak die pernah merungut tak boleh makan same2 dengan die kat upm. die nak terbaik. :')
menyesal pernah merungut dulu. menyesal2! banyak benda menyesal! dulu mak mintak tolong ape2, berat je hati. penah jugak menolak bile mak mintak tolong depan2. tapi mak.....

antara tolakan aku...

"cuti lame ke? nak keje?"
"bulan 7-awal 9..haah, nak keje, dah tepon bos dahhh"
"2 bulan je la kan? tak payah keje boleh? duduk rumah.puasa same2.."
"nanti orang fikir...sebab next sem nak pakai duit. nak pergi jalan2 dengan kawan2,
 nak cari duit raye sekali.."
"nanti mak dapat duit, mak bagilah duit untuk beli barang raye.."
"orang taknak susahkan mak.."
"susahkan ape pulak? lagipon nanti 3 minggu nak kena jage anak sedara tu. orang yang jage balik indon."
"yeke? nanti orang tengok camane.."

bukan susah. mak suruh duduk rumah, tak keje, siap nak bagi duit. tapi aku? :(
bukan taknak, tapi aku malu menyusahkan mak abah. nak ape2 kena mintak duit mereka. malu2!
aku nak keje. kena keje jugak. harap2 aku takkan menyusahkan mereka, kecilkan hati mereka, dan....
banyak sebenarnye yang aku fikir. :(
harap2 Tuhan bagi petunjuk yang terbaik.
mak, abah, terima kasih. sangat2!! sebab...
ah, telalu banyak jasa yang aku nak sebut satu2 kat sini..:)
Tuhan, jagakan mereka untuk aku.

p/s: merekalah segalanya...