Sunday, March 25, 2012

aku,tandas dan bahasa indonesia celop!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


aku duduk sini.
yea, ade dekat sini.
tempat aku duduk sini ade toilet.
erm, bilik air ade 5, toilet ade 5 jugak.
semua sekali boleh jadi 10.
sinki pon ade 5.
oh yea, kepala paip aku lupe plak ade berapa. dalam 18 kot..
banyak kan.


tapi semua ade masalah.
kadang2 bilik air ade tersumbat2.
ala takpelah, ok lagi. sebab memang kadang2 tempat aku tinggal ni tak lari dr masalah tu.
toilet ok2 je even kadang2 ade jugak mane punye makhluk salah parking.
lepas tu bukan nak bersih2.
ops, sorrylah kalau jijik bace..cume eeerr realiti.
kadi,
jangan main skipping sambil membuang kalau taknak salah parking. buat orang lain geli nak gune kat situla. tak pasal2 akak cleanar kena setelkan..takpelah. nanti akak cleaner takde keje plak. diekan dibayar gaji,


masalah paling besar? tentulah sinki..;)
kat tempat aku tinggal ni, memang ramai rajin memasak.
memang ramai pandai masak.
mesti sedap kan. sebab tu mereka memasak lagi..;)
uiihhh bangga nooo...
tapi aku tak tahu mane silap mereka semasa dilahirkan.
belajar pandai2 sampai sini, tapi tak reti bezakan tong sampah dengan sinki. ops!
kat situlah buang sisa makanan, kat situlah buang segala benda.
tersumbat? masalah biase.
klau 5 sinki, 4 confirm takleh nak gune sebab tersumbat.
dalam tu ade seafood, sup sayur segala bagai.
yela, semua orang tahu die masak lauk tu. memang terbaik.
tapi aku ni nak basuh mangkuk dan tangan serta muka pon tak lalu nak guna.
satu sinki tu pon sebab berhati perut nak reserve untuk orang2 macam aku.
nak gsok gigi pon loya tau!


bukan xde yang sound, 
yang tampal warning berlambak2 tau.
biasalah. golongan bijak pandai memang tak reti nak bace benda2 remeh macam ni.
banyak gile manusia yang tampal.
dari tak tercabut, sampailah masih gagah tertampal kat situ.
takde kesan.
jadi aku rase macam nak tolong golongan yang tampal notis ni untuk kakak cleaner.
untuk mereka buat ape?
golongan cerdik pandai takde mase la!
bizi!


ni sopan lagi la..;)




BUAT KAKAK CLEANER,
MAAFKANLAH PERBUATAN ADEK AKAK YANG SEKSA AKAK SAMPAI MACAM NI. MEREKA GOLONGAN YANG TIADA MASE NAK MEMBERSIHKAN APE YANG DORANG BUAT NI. EH, DORANG MANE PAHAM. DORANG INDON KAN...MEH AKU TERAI.


KAK, MAAPIN MEREKA YA. MEREKA NGGAK NGERTI GIMANA CARA MAU BERSIHIN TOILET INI. MEREKA NGGAK PUNYA MASA MAU PIKIRIN HAL2 KECIL SEPERTI INI. JADI KAKAK TOLONG DONG BERSIHIN. LAGIAN, NGAPAIN LAGI KAKAK DIBAYAR GAJI KALO BUKAN SEBAB MAU NOLONG MEREKA. MEREKA LUPA MEREKA BAKAL JADI ISTERI ORANG YANG BAKAL PUNYA DAPUR SENDIRI. YA, KAKAK USAH RISAU DONG WALO KAKAK NGGAK PUNYA PELAJARAN TINGGI. KERNA PALING2 MEREKA YANG PUNYA PELAJARAN TINGGI AMAT2 PErLUKAN KAKAK YANG NGGAK PUNYA REJEKI MAU BELAJAR TINGGI SEPERTI MEREKA SUPAYA NOLONGIN MEREKA. HARAP BERSABAR DONG KAK!


FUH.. tergeliat lidah aku. terai2 kan..;)
ok ke kalau tampal cenggitu. aku rase dorang boleh paham kot.. kan bahase indon even celop! hahaha..
AKU KESIAN kat akak2 tu je. nak2 hari isnin. oh yea, korang jgn dera akak2 tu macam budak tempat aku tinggal ni ok? ;)
dah2. aku nak p belajar tinggi tapi ade attitude nak jage kebersihan. :P
bye!


p/s: golongan rendah ni lebih mampu nak berfikiran lagi tinggi dari kami. :')









Monday, February 20, 2012

impian aku seorang wanita. #eh?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


lame aku tak membebel kat blog. lame benor sampai kadang2 aku terfikir semula, aku ade blog eh? muahaha. sampai ade yang request aku bile nak update blog. terima kasih yang berkenaan sebab selalu mengingatkan aku yang aku ni ade blog. lalala~
tetiba aku rase nak cakap pasal aku yang sekarang dan akan datang. bukan ape, aku rase macam nak jalani kehidupan macam ni. ni impian jekla. aku tak kisah kalau tak terjadi pon sebab aku masih bersyukur menjadi diri sendiri.


impian jangka pendek
aku nak happy2 enjoy hidup sebagai student. takde sedih2 apetah lagi nak berduka sepanjang journey ni. aku nak grad dengan pointer bagus. yela, nak dapat anugerah bagai tu memang taklah kan.. at least i have my own goal. taknak la macam nak mati ambik subjek banyak2 satu sem lepas tu hancus..lambat grad pon takpe janji ade pointer dan keje bagus. tapi kalau boleh, aku nak ikut period belajar yang sepatutnye la. taknak extend2.. 


impian jangka sederhana
well, percaya tak impian aku yang ni adelah kahwin? serius aku memang jenis manusia yang tak sabar nak kawen. kalau yang kenal aku dari matrik, memang akan selalu dengar aku cerita pasal kawen. kawen, kawen, kawen.. kan...insya-Allah, aku nak kawen lepas abes belajar ni. aku nak nikah dulu, bercinta dengan suami sampai puas dan bersedia nak ade anak, baru aku fikir tentang anak. kan best kalau dah kawen, takde anak, jalan2 sane sini sweet2. takde sape nak kesah dah.. manje2 puas2 baru manje dengan anak2 pulak. ok, tu impian aku. nak sweet2 lepas kahwin. nak ade satu kehidupan yang sangat baik. kerja yang bagus, keluarga yang bahagia..;) can u help me to realize it?


impian jangka panjang
ade satu bisnes sendiri. satu benda yang aku boleh wariskan untuk anak2 aku. aku pernah terfikir nak bukak pusat tusyen yang siap ade servis hantar dan ambek student. impian la kan..:P
dan yang paling aku nak dalam impian ni, aku menikmati usia emas aku dengan seorang suami yang aku cinta. kalau boleh nak kembali kepada muda. sweet2, nak manje2 yang takkan pernah berdoa. aku tak lupe untuk doa supaya hati die takkan berubah dan dah tentu care layanan die pon takkan berubah.. doakan boleh? :)


p/s: yea, aku memang suke sweet2.



Sunday, January 15, 2012

if i could.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


if i have and i could.
if i have a car, i'll going back to see u. every week.
coz i never let my dear miss me damn much like that.
yes, i feel it. 
it's hurt sayang :')
and only i feel and know it.
if i have and could.


p/s: moody for this.



Monday, January 9, 2012

maafkan saya..;(

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.




iloveusomuch
maafkan saye.
yea, kebelakangan ni saye sibuk sangat2. kadang2 bile saye rindu, saye tak sempat nak layan langsung perasaan tu. walaupon saye ade mase sebelum tido, but saye tak buat. cume kadang2 je. maafkan saye.
iloveusomuch
maafkan saye.
kebelakangan ni saye moody jek dengan awak. bukan saye sengaje. tapi kadang2 keadaan meminta. saye memerlukan mase untuk semua final saya.maafkan saye.
iloveusomuch
maafkan saye.
saye tahu awak memerlukan saye tapi saye tak dapat ade bersame untuk membantu mengurangkan tension awak. yang saye pentingkan adelah diri saye. saye tak fikir langsung yang awak pon same tension sebab study benda2 core. maafkan saye. ;(
iloveusomuch
maafkan saye.
takde niat saye nak buat benda ni. insyaallah, saye yakin semua ni akan kembali normal sayang. i really love you. dan terima kasih sebab selalu berusaha nak memahami saye walapon sye kadang2 malas nak paham awak. ;( take care of your self and i'm pretty sure, everything gonna be ok and both of us used to it dear.



p/s: i miss u ;(






Saturday, December 31, 2011

2011-2012.that's only a number.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


hari terakhir di 2011.
tahun yang sangat complicated dalam hidup aku.
simple pade certain part.
complicated pade part yan orang tak nampak.
terima kasih Tuhan atas pengajaran yang berikan kepada aku.
masih ade pengajaran yang aku perlu kutip dalam perjalanan hidup aku.aku bersyukur di ajar kekuatan hati dan kekuatan jiwa. meskipun masih banyak yang perlu aku belajar. mengenai azam, biarlah. sebab tahun 2011 ni aku memang takde azam yang spesifik.. untuk 2012, aku masih berharap yang same.
malu kalau tak dapat azam yang aku hebah2kan tu. biar simpan dalam hati. cume berharap menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian yang Dia kurniakan.


mengenai yang simple tu. aku bersyukur. hidup aku masih sederhana walaupon ade benda yang aku takretinakbersyukur. masih bersyukur sebab ade benda nak belajar kat sini. nak transform diri jadi lebih baik. ya, walaupon belum sepenuhnye. but ade something yang aku berubah. okla kan, dr takde.


mengenai hati, aku masih bersyukur. masih ramai yang memerlukan aku. terlalu kaya dengan kasih sayang yang didermakan oleh orang2 disekeliling aku. mak dan abah. adik beradik. yang tersayang. kawan2. rumet. kosmet*certain ;p. labmate.soulmate(?). terima kasih untuk kasih sayang yang sangat2 bernilai dalam diri aku. bersyukur dikurniakan kalian dalam hidup ni. maafkan untuk segalanye2. dari apa2 segi pon. pade seseorang. maafkan aku. terlalu besar dugaan ini. cubalah kuatkan hati. ya, yakin pada jalan yang tertulis untuk kite. jalan Allah itu indah. memang sangat2 indah. cume peritnye dirasakan bile kite tak bersyukur. dan ya Tuhan ku, aku bersyukur untuk pengajaran ini. terlalu bernilai. sebab complicated ni la buat aku sangat2 menghargai orang lain. walaupon sedikit terlambat. masih ade. sebab lumrah hidup.
"manusia memang selalu terlambat menghargai."


mengenai tahun baru, selamat datang.
selamat mengurangkan tahun aku countdown aku nak kawen. yea. insaf sekali lagi. kematian semakin hampir. Tuhan, matikan aku dalam keadaan islam dan iman.*amin.


ouh, tahun baru ni belum ade azam. tak terfikir. cume harap yang baik2 saje. mane ade yang nak tak baik kan? harap semakin bersabar. kurangkan benda2 yang menyakitkan hati orang lain. mungkin maaf boleh dihulur dulu.  
MAAFKAN SALAH SAYA YANG BAKAL MENDATANG. adeke? ;)


Tuhan, jangan jadikan aku seorang manusia yang tamak. jadikan aku bersyukur dengan kasih sayang yang sedia ada. jika ada yang sakit hati dan terluka pada aku, maaf. Tuhan, berikan jalan yang terbaik untuk aku dan mereka yang aku maat2 sayang.. jangan la Kau berikan duka kepada mereka diatas kesalahan aku. tak sanggup melukakan hati mereka hatta sedikit goresan luka sekali pon..tunjukkan kami jalan yang terbaik..jika apa yang aku lalui ini sementara, akhirilah semua ini. agar tiada lagi yang terluka diatas "kesilapan" (mungkin) yang sedag aku lakukan. 


ps/: tears fall for hoping something better.