Saturday, July 30, 2011

ni terima kasih untuk awak. kot.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


terima kasih sebab bawak saye pergi tengok movie.
yes, dah hampir 3 bulan tak tengok.
selama ni saye cuti mesti kat rumah.
tak tahu nak buat ape, nak pergi mane.


terima kasih realisasikan impian saye nak 
melantak GCB kat McD tu.
tak kisah la McD mane pon, 
but the place you brought me, not bad.
i like it.
bukan senang nak cari kawan yang memahami saye,
ape perasaan saye yang tiap kali cuti kat rumah,
yang terperuk tak pergi mane2 tuh..
the most best reason that i love is,
awak tahu betapa tensionnya saye kat tempat kerja tu..


p/s: macey...:)









Friday, July 15, 2011

eksiden

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


salam.
gua baru berkire2 nak hupdate cerite tempat keje gua.
sekali gua eksiden la beb.
so,
gua rase nak hupdate pasal gua sendiri melanggar kereta.
gua ulang.
gua langgar kereta.
bukan kereta langgar gua.
hahahaha.
ganas habes lak gua kan..


harini kan gua off.
so gua berkire2 nak jalan2 cari baju selai dua.
selain daripada itu, *bahasa melayu gua memang hebat.
gua nak p hantar surat resign gua kat manager gua.
oleh kerana gua malas nak tulis, gua taip.
so, oleh yang demikian,*bahasa memalyu gua memang melampau kali ni.
gua pon p la cari cc. gua mane ade printer kan.


mase tu gua folo kereta ni, slow la kan, 
sebab masing2 nak cari parking.
okey, gua nampak dah die nak berhenti,
die bagi signal kanan.
so, gua pon kekiri sikit la kan sebab gua nak terus lagi.
tetiba mamat tu belok kiri secara mengejut!
gua ape lagi, langgar lah!
dengan gua, dengan motor kat bawah kete.
haramjadah betul!
gua tak bangun.
gua duduk jek situ.
lantaklah.
gua nak die tengok sendiri gua camane.
yang keluar mamat cine.
muke innocent,
lantaklah.
die angkat motor gua, gua terus jek tanye.
"eyh, u bagi signal kanan kenapa masuk kiri?"
gua punye lutut dah gigil2.
nak bangun pon gua tak bape nak mampu.
"sory2, u ok ke?"
"u nampak saye ok kan? so, takpelah. i nak u hati2 la. jangan buat ini macam, buat orang lain susah."
ceh, sempat gua ceramah sambil tengok2 motor gua.
kalau ade rosak siap lu mat!
alhamdulillah, semua ok.
"u punye kaki ok tak?"
sebab kaki gua kat bawah motor.
sebab gua rase tak bape sakit, gua kate jek ok.
die nak hulur, tapi tahlah.
gua malas nak layan. lagipon gua nak cepat!
"takpe2. i ok,"
gua nak menagis sebenarnye.
gua start motor dengan kaki gigil terus blah tingglkan mamat tu blur2.
dalam hati gua menyumpah2.
ramai orang tengok tapi takde sape tolong gua!
adohai malaysian~~




p/s: even gua belum ade lesen, motor tu la sumber gua guna ulang alik pergi keje! gua tahu undang2 dan care bawak yang betul. cume, gua silap sebab takde lesen. sekian. 
*bahasa gua arini agak bahaya untuk2 budak2 bawah umor bace. harap maklum.




Sunday, June 12, 2011

pengalaman bernilai bersama ABAH :)

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


rabu lepas was my first month we creating something,
it was awesome eventhough he's not here with me,
but he always wish me and make me happy.
so, sebagai celebrate (konon2),
makcik p makan ngan kawan2 keje.
ok, sebulan tak makan KFC,
rase cam jakun and tak tahu nak order ape. HUAHUAHUA.
even ade insiden yang tak best pagi tu yang menghancurkan hampir 50% mood makcik, but he cover that another 50% dengan buat mak cik ketawa. :)))


tapi, petang tu dapat kol dari akak,
abah kena tahan kat wad sebab komplikasi buah pinggang.
abah takleh nak makan minum dah 3 hari sebab asyik muntah.
so, kebetulan jumaat makcik off,
khamis tu lepas kerja makcik terus p hospital.
ingat nak jage dengan mak sekali,
tapi last2 decide mak balik and makcik jage abah.
alamak! camane nih.
jage abah sorang2.
dahlah kurang bercakap dengan abah. mesti bosan. huaaa~
lepas mak balik, makcik terkulat2 kat situ.
mesti bosan. tapi abag pandai buat anak die tak bosan.
borak2. baca paper sesama.
so, AT LEAST abah tahu nak ubah keadaan.
tidur jangan cakaplah,
sakit2 badan sebab tidur atas kusi.
tapi abah baik, kejutkan makcik sebab tukar tuala yang makcik jadikan bantal dengan bantal yang abah pakai. yea, abah ade dua bantal. thanks abah. :')
then, kul 3.30 pagi, abah kejut nak makan. so, makcik buatkan milo then bagi roti dan biskut.
actually, badan penat sebab balik keje terus bergegas nak jenguk abah plak.
macam nak merungut.
macam nak mengeluh.
tapi, makcik ingat kate2 mak.
mak kate, abah dah banyak berkorban untuk besarkan kami.
makcik sedih tengok abah sakit.
tiap kali nurse datang cek tekanan darah dan masukkan ubat kat tangan abah,
tekanan die tak stabil.
tenok abah kena cucuk, makcik rase sedih. huuuu~ :'(
kebetulan, pagi tu metro cakap pasal cabaran sebagai seorang ayah, pasal renungan hubungan dengan orang tua, buat makcik rase betapa bertuahnye makcik dibesarkan dengan tegas.
walau abah kurang tunjukkan kasih sayang,
tapi abah berjaya membesarkan kami tanpa seorang pon anak2 yang berani nak menjadi 'manusia tak serupa manusia'. pahamkan?


kul 4 lebih macam tu mak sampai bawak makanan. waaa.. lapar sebab tak perasan tak makan pape lagi sebab tak tahu nak watpe. makcik tak bape pandai jage orang sakit. huuu~
sebelum balik, makcik peluk cium abah.
makcik mintak maaf dan doakan abah cepat sembuh,
abah cume senyum.
sebak, kalau boleh nak jage lagi sebab abah belum boleh keluar.
tapi kan, sabtu makcik keje pagi, terpakse tukar jage abah dengan mak.


untuk abah,
semoga cepat sembuh.
semoga abah kuat dengan dugaan ni.
orang doakan yang terbaik untuk abah dan diberi kesejahteraan yang berpanjangan.
walaupon lambat lagi,
orang nak ucapkan selamat hari bapa.
terima kasih telah memberikan yang terbaik dalam hidup kami adik beradik.
insya-Allah, kami akan berikan yang terbaik jugak untu abah.
orang sayang abah..:')


p/s: :)



Monday, May 30, 2011

PILIHAN dalam hidup. mane satu?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


salam.. tajuk entry ok tak? ntah.. 
sebenarnye dalam hidup aku ni banyak sangat benda yang aku dapat.
dari pengalaman hidup aku,
banyak benda yang buruk2 jadi.
kadang2 aku rase menyesal pilih jalan yang tak betul dalam hidup aku bile aku diberi dua atau lebih pilihan.
terlalu banyak benda yang jadi,
aku diberi pilihan.


aku ni bukan pelajar bijak kat sekolah.
tapi aku tahu aku boleh buat yang bagus untuk diri dan parents aku. but aku tetap pilih yang aku nak biase2 jek belajar.


abes darjah 6, dengan result bangang2 pandai, 3A 2B,
aku tak dapat mane2 skolah asrama pon.
cume aku dapat tawaran sekolah sukan bandar penawar dalam bidang hoki sebab aku p pemilihan untuk kesekolah sukan.
yea, aku dapat anugerah penjaga gol terbaik sepanjang kejohanan tu.
tapi.
aku tak pergi. sebab bapak aku kate aku belajar ok,
suken tu kat mane2 boleh main. fine walaupon aku sedih sangat. sebab bapak aku tak tahu betapa passion nye aku dalam bidang tu.


dengan result PMR yang takdelah cemerlang tapi membanggakan diri dan parent aku, aku dapat tawaran Sekolah Teknik Johor Bahru yang mane sekolah teknik terbaik kat Malaysia ni. aku dah siap2 nak packing sebab aku nak sangat pergi. but. aku PILIH tak pergi saat2 akhir atas nasihat cikgu aku.. aku termakan kata2 cikgu sekolah aku. ok, aku memang mudah berubah hati!


tengah tahun, aku dapat tawaran Maktab Rendah Sains Mara atau dak2 sbp panggil MRSM Mersing. tapi aku PILIH tak pergi sebab aku tengok yuran tu tinggi sangat dan taknak bebankan parent aku. walaupon parent aku suruh pergi.bagi aku belajar kat mane2 pon same jek. yang bezakan kite CARA kite belajar. Tapi, ni antara PILIHAN aku yang aku menyesal sampai sekarang. sebab aku banyak main kat sekolah aku dulu.. 



SMK TAN SRI ABDUL KADIR, MERSING.

dengan result SPM yang bangang2 pandai jugak, aku tak dapat mane2 tawaran pon lepas tu. sedih sebab aku masih menyesal tak pergi MRSM tu dulu..walaupon aku kredit semua matapelajaran dan paling jahanam pon aku dapat 5, aku tak dapat mane2 melainkan tingkatan 6 aliran sains tulen. aku takde langsung PILIHAN
aku tekadkan hati, pergi jugak tingkatan 6 SMK SRI MERSING tu walau aku tahu risiko tinggi. dengan nak dok umah sewa, dengan orang kate sains tu susah, aku nak jugak.


Alhamdulillah, dengan doa yang tak putus dan restu mak bapak aku, akhirnye banyak peluang terbukak dalam hidup aku.
aku dapat tawaran politeknik port dickson (kejuruteraan awam), Matrikulasi (sains fizik), UITM jengka (kejuruteraan awam).
tapi aku PILIH Matrik N.9 atas nasihat cikgu2 sekolah tingkatan 6. dan sekarang aku kat UPM. 
yea, semua atas pilihan aku sendiri. terlalu banyak pilihan sampai jalan2 yang aku pilih ni buatkan aku kat sini.
susah sebenarnye.

MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN


BACELOR SAINS INSTRUMENTASI,UPM.


banyak benda hitam jadi dalam hidup aku sampai satu tahap aku persoalkan semula kenapa aku diuji macam ni. kadang2 aku tak diberi pilihan walaupon aku sangat memerlukan pilihan tu. tapi ade jugak aku diberikan terlalu banyak pilihan dalam hidup sampai aku tersalah pilih.


sekarang, aku sedar. banyak benda aku dapat sebenarnye. sampai orang lain cemburu dengan pengalaman hidup aku yang buat aku tough dengan semua benda. ade satu tahap hati aku jadi sangat keras walaupon benda tu mneyakitkan aku. ade satu tahap aku pekakkan telinge dengan kate2 orang. sebab aku dah dapat benda2 tu dulu.
aku membesar dengan benda yang orang tak pernah dapat dalam hidup. membesar dengan sindiran dan ejekan orang buat aku rase takde hallah benda2 kecikni.


dan sekarang aku PILIH untuk jadi perempuan yang keras diluar walaupon ade time aku berlembut..ade yang terima, ade yang tak. tapi tu PILIHAN aku.


tapi ade benda yang aku simpan. KELEMBUTAN aku masih ade. KECANTIKAN dan NAFSU untuk CANTIK tu ade, cume aku taknak all out. kenapa aku simpan? sebab hanya lelaki yang sah pade aku jek akan aku serahkan segala kelembutan dan kecantikan tu. kalau sekarang aku dah bersolek bagai, manje semua.. ape yang suami aku dapat nanti? nothing sebab aku dah bagi kat semua orang. mudahkan jawapan aku. tak terima, it's not my problem. suke hati aku. =)


p/s: sebab tu aku pilih kamu semua untuk hadir dalam hidup aku.:)



Thursday, May 19, 2011

i'll be missing you too.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


selamat pagi..:)
baru jek balik berjalan. berpeluh2. maklumlah.. senam pagi kat dalam alam maya ni memerlukan tenaga dijari dan tangan. hak3.
kenapa tajuk entry macam membalas entry jugak?
yup! memang nak membalas entry rumet tersayang.
sedih plak bace entry ni..:(
dulu rumet makcik Pia, Mashi ngan Hawa..
lepastu Hawa keluar p MMU. tinggallah bertiga meneruskan nasib.
lepas tu masuk Faley. die rumet haram. hahaha asal haram?
die memang stay bilik tu. tapi secara haram jek. ganti tempat Hawa.
okey, continue..rumet paling sayang sape? Masi la.. 


name penoh beliau Mashitah Zaaba. tapi makcik panggil kakak.
semua orang dalam bilik pon kiteorang ber'kakak-kamu-saya'.
seronok. takcaye, ce terai.
"kakak, esok kelas kamu kol bape?"
"kakak, saye nak pinjam merry-go-round kamu eh?"
haa..centulah dalam bilik makcik.


sebenarnye sem depan makcik tukar bilik.
dengan ema.
bukan taknak sebilik ngan masi, tapi sebab kawan2 kos semua dah tukar kat sane. lagipon third year nilah nak merasa environment baru. memang sedih jugak hari nak balik tuh, tapi nak wat cane..kadang2 terfikir gak, nanti sape nak buat benda2 macam ni..

  • nak lap muke makcik dengan tuala basah bile demam.
  • sape nak beli big apple tiap kali kuar p jenjalan.
  • sape nak kacau makcik time study.
  • sape nak melalak menyanyi sesame dengan makcik.
  • oh yea kakak, saye tak buang bebear tu. tapi saye tak tahu nak campak mane.kamu ameklah. hahaha dulu kamu nak sangat kan. saye dah tak eduli, kamu amek eh!
  • sape nak excited citer tiap kali balik dari jenjalan. tunjuk gambar semua. memang makcik salu kena tinggal ngan masi dan pai. tapi takpelah..okjek makcik kat bilik tuh..:P
  • tiap kali makcik subuh pon, makcik kejut Masi. nanti kamu bangun sendiri okey! suruh Pia plak yang ganti saye!
  • lepas ni takdelah orang asyik pinjam sling bag kamu, handbag kamu! hehe. kan makcik dah kate makcik suke sangat meminjam barang rumet~
banyak lagi sebenarnye kenangan makcik ngan Masi. tapi kalau nak taip, memang bengkak tangan ni ha..:P
so kepada kakak..
sorry sebab tinggalkan kamu. bukan bermakne saye akan lupekan kamu terus. L4 dengan P5 tu tak jauh mane pon. Sem depan saye bawak motor..insyaallah saye akan selalu ke bilik kite tu ha.. pastu kamu tu jangan tido balik kalau alarm kamu bunyi time subuh! terus bangun. jangan suke nak tido lambat2 kalau esok ade paper exam. nanti mengantok, tido macam tak hingat hape~~. haha..tabiat kamu! suke sangat main rambut time nak tido, tengah tido ngan lepas bangun tido. best eh kakak? :P pastu kamu kena la pinjam hanger pia kalau kumpul baju bebanyak. yea, saye memang banyakkkkk sangat hanger walaupon tak banyak baju cecantik macam kamu..heee~ thanks sebab selalu support saye dalam banyak benda. dengar saye cerita sampai teresak2 menangis. dengar suara 'merdu' saye tiap hari sampai kamu naik hapal ape lagu saye suke. terpakse membebebl kalau saye buat muke cute semua. heee~ sayang kamu!
memang kite takkan ade lagi time2 untuk semua ni. tapi kenangan tu sentiasa ade. :)


masi, makcik dan Pia

p/s:waaaaa~