Wednesday, January 5, 2011

cerita kau, yahoo dan google

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


yahoo-dah tak guna langsung
google-dulu, kini dan selamanya.




kau dah lame kenal google. bagi kau google sentiasa bersama susah senang kau. kau sayang google. kau kongsi semua dengan google. bagi kau, google la segalanya saat kat perlukan.


satu hari, kau kenal dengan yahoo. yahoo plak dah lame suke kat google. lame die suke google. yahoo pernah usha google. google tak layan. yahoo sangat sedih. tapi yahoo pelik, kenapa yahoo senang nak lupakan google? sebab yahoo perasan yang yahoo hanya sayangkan google sebagai adik. yahoo kenal google same macam mane yahoo kenal kau. tapi kelaka, lepas tu, yahoo suke giler kat kau. yahoo tahu, kau ade sifat kepimpinan yang mampu buat yahoo kembali hebat seperti google. tak sangka, kau pun suka kat yahoo. kat pun cube buat yahoo jadi milik kau.


"yahoo, sudikan kau jadi kekasih aku?"
"sebelum tu, aku nak kau tahu yang kau bukan pilihan kedua", kata yahoo.
(kau tahu yang yahoo pernah sayang google)
"yea, tapi sudikah yahoo jadi kekasih aku?"
"sudi, sebab aku suke kau".


maka, kau dan yahoo pon bahagia. menjalani semua ni dengan senyuman. kau dan yahoo berjanji untuk merahsiakan hubungan ni. satu hari, kau bagitahu yahoo sesuatu.


"yahoo, selama ni aku kongsi semua pasal kite dengan google..."
"sampai hati kau, kau kate nak rahsia..."


yahoo merajuk sebab kau dah melanggar janji.
yahoo pon tanye kepada google, apekah yang kau bagitahu pada google? google pulak, pandai mebelit kate2.


"macam mane ni yahoo, macam mane kau dan die boleh macam ni"
(ayat ni buat yahoo cerita semua yang berlaku)


akhirnya google kate,
"yahoo, sebenarnya aku tak tahu ape.."
"sampai hati kau tipu aku google.."


yahoo pon forward semua mesej yang kau puji sangat yang google tu baik. bagi yahoo, yahoo nak google tahu yang kau sangat puji google. tapi google sebenarnye penipu.


setelah hubungan kau dan yahoo ok dan semakin mesra, google datang cerita yang yahoo bagitahu hubungan kau dan yahoo. kau marahkan yahoo sebab tak amanah dan jujur dalam hubungan. kau maki yahoo dengan penuh kebencian. kau marah yahoo sebab kau malu dengan google. kau maki hamun yahoo sampai kau rase tak boleh bernafas dan sakit kau datang lagi.


yahoo sedih, die nak sangat ade disisi kau untuk bantu kau, sepertimana yahoo janji dulu.
tapi kau nak yahoo lupakan kau. yahoo menunaikan impian kau.


harini ni, kau mintak maaf pada yahoo sebab kau rase tak tenang bila yahoo tak maafkan kau.
tapi yahoo takkan maafkan kau lagi. sebab yahoo sakit hati dengan kau dan google. yahoo tak puas hati setelah di maki, maaf diminta, oh, senangnya kau nak mintak maaf pada yahoo.


harini jugak, kau tanya pada semua orang


"yahoo! google! dua2 ade fungsi...yang mana harus aku pilih..dua2 aku sayang."


pada yang tak mengerti, mereka akan menjawab chrome, mozilla dan sebagainya. tapi bagi yahoo, die tahu ape yang tersirat. kerana die yahoo. dah tak berguna lagi kerana semua orang akan pilih google kerana kepintaran google.


pada kau, yahoo takkan maafkan kau dan google. sampai yahoo boleh jelaskan pada kau ape yang berlaku...


p/s: jangan kutip yahoo yang kau dah buang. sebab google akan buat ape yang die dah buat pada kau, macam mana die buat yahoo.



padan muka aku!!~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


hehe.. giler kejam memadankan muke sendiri. sebelum tuh, aku nak cerita pasal aku agak excited kekelas sem ni. sebab awal sem lagi kowt. kelas lambat tapi pagi2 dah bangun. terbawak2 dari rumah agaknya. kat rumah 8.30 pagi dah bangun nak kemas rumah. pukul 9.00 bangun dah rase macam berdosa besar sebab mak aku yang kemas rumah. kesian weh.. aku kalau boleh selagi aku ade kat rumah, mak aku tak payah kemas rumah. just masak jek.*it's not mean yang aku tak pandai masak. sebab abah memang kurang makan kalau anak2 masak. dah selesa dengan masakan mak kot.


jadi, harini aku niat nak bangun lambat. malam tadi lepak2 kat kafe hampir 12.00malam gak dengan fadzil a.k.a abah (die panggil aku adek), kayrole, mang, fifi dan jugak mirul. banyak benda borak kan... so, dorang tanye aku kelas kul bape? semangat jek jawab 9!


pagi tadi ema mesej aku,


"lepas kimia gap 2 jam, balik bilik ke?"


"akunye next kelas kul 4 kot.."


"tak amek kuantum?"


"lorh, memang tak amek pon.."


"oh, ok2"


tak reply. ema mesej lagi. haish. kacau la.. aku nak tido lagi. baru 7.35


"dah siap?"


"bukan9?"


"kul 8 la kakak!" (penggunaan kakak disini bukan bererti aku tua ok)


dem! salah tengok jadual ke. terus kol member. hahaha.. padan muka. semangat jawab 9. adoih la hai.....


nasib baik lec kimia aku dah agitahu yang die akan start pukul 8suku. dan terima students samapi pukul 8.30 pagi jek. sooo  aku terus mandi. agak berlenggang jugak sampai member sorang lagi mesej2 aku.hahaha kesian kau D...


ni yang silap. nak tahu ape silap? nahhh....


kalau 1 takpe weh... 3 kelas aku silap. nasib baik la aku alert nak tengok semula jadual online tu. hahaha

p/s: kredit to ema. mariatul, padan muke kau.




Tuesday, January 4, 2011

adohai bahasa sms~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.




bahasa melayu sekarang makin advance!
aku yang pure melayu ni dah makin tak paham dengan bahasa melayu yang di 'sms'kan. hahaha.. adohai...


siang tadi ade la aku mesej ngan dak di. die aku baru kenal mase kem haritu.
ade keje sikit yang perlu aku dan die selesaikan sesama


korang, ape sx tu?
sebab die mesej aku cam ni,
"atul, nak pergi sx tak? dah nak gerak ni"


apekebenda lak benda ni. 


SEX?
haish, takkan die nak pergi sex?


x selalu merujuk kepada "TAK"
so, aku konklusikan STAK.
apekajadah plak stak ni...


pikirrr......




pikirrr.......





pikirrr......




pikirrr......

lame pikir baru perasan,.... lorhhhhh
rope-ropennye..........



















SEKALI??




p/s: alahai bahasa ibunda ku..~







tak sempat halang.. dah berlaku~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


harini kelas pukul 10pagi. sebelum tu bangun awal la kan.. terus on laptop.
sebab malam tadi tidur dalam keadaan sedih..jadi tidur tak nyenyak. banyak kali terjage. actually dah 2 malam. ade benda nak diselesaikan sebab dah janji dengan 2 kawan untuk cerita pasal diri aku. *bunyi cam pelik. tapi tulah. aku baru ade kekuatan tentang ape nak cerita. seorang lelaki, seorang pompuan. yang pompuan is my bestfren. yang lelaki plak kawan a.k.a teman tapi mesra. wahahaha~ ade banyak benda nak cerita. terutama pada yang lelaki. aku nak cerita semua benda yang terjadi sepanjang cuti aritu. taknak ade salah paham, benci-membenci dan jugak kawan makan kawan.


tapi malam tadi yang lelaki takde. so, aku decide maybe next time la. dalam pukul 10 camtu, i got a text mesej told that "mulai malam ni, lupekan aku." tersentap.terkedu. aku tahu, benda yang aku nak elak, dah tibe. penat berperang dalam mesej, aku terpakse ambil keputusan. baik, aku lupekan kau. yea, kawan lelaki tu nak aku lupekan die, semua kenangan dengan die, dan tentang diri die. tepat 10.30 malam, aku delete all his messages, pictures, number and all his memory with me. aku tunaikan. pedih.terima kasih pada orang ketiga yang buat cerita dan musnahkan persahabatan yang aku sayang. yea, die pilih kawan tapi die lupe, aku pon kawan die. die lebih percaya pada kawan die berbanding aku. rase diri ni macam a bitch!.


kepada kawan perempuan aku, dengan air mate aku mesej yang aku telah dimaki tanpa mampu memberi penjelasan unuk membela diri. mulai malam tadi, aku dah buang 2 orang kawan dari lists phone aku. DAN, aku takkan maafkan mereka. memang kejam. tapi tak kejamke die adili aku tanpa penjelasan aku.  sempat aku mesej kepada perosak hubungan aku.
"kau memang kawan terbaik. terima kasih." 
die tak balas, sebab die tahu die salah. 
lelaki pertama yang aku benci dan meluat dalam hidup aku.


jadi, harini, aku nekad kalau boleh aku taknak bertembung, taknak berjumpe or tengok muke orang2 yang buat aku sedih 1 malam. sebelum pergi kelas, sempat aku komen dengan kawan pompuan tuh, aku taknak jumpe jahanam2 tu.


tapi jalan tuhan tu memang indah. lepas aku berasak2 kekelas dan selamat didalam perut bas, sempat terpandang lelaki yang memutuskan persahabatan dengan aku. dalam hati tuhan yang tahu betapa aku rindukan wajah tuh. tapi cepat2 aku insafi diri. alhamdulillah, aku pandang sekali, dan aku takkan tengok lagi. 


lepas kelas, aku gerak nak beli barang dan print paperwork. sempat aku bertembung dengan perosak hubungan tu. sekali terpandang, die tak tengok aku lagi. aku tahu, kau rase bersalah. tapi aku rase tak perlu rase lagi, sebab, ikhlas dalam hati aku,
AKU TAKKAN MAAFKAN KAU.




p/s: aku cukup benci pada orang yang taknak dengar penjelasan orang lain. sakitnye seperti difitnah.



Monday, January 3, 2011

semua dah berubahla!~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


dah lame tak jumpe cikgu.. lame sangat. aku kenal cikgu ni mase aku darjah 3 (1999) dan sekarang aku dah 20(2010)---> mase aku jumpe die semula. tu pon die yang add aku kat fb


name cikgu ni aku tak perlu bagitahula kot. mase tu die praktikal kat sekolah aku. Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 5,Mersing.
 yela.. cikgu ni hensem tau.. hahaha. 
*ceh ko mariatul. darjah 3 dah gatal2 tengok orang ensem.
ala, masetu darjah 3 kot. nak tahu ape.
beselah.. namepon praktikal, sekejap jek. 
mase tu mintak la biodata, no fon giler bagai. 
hahaha~ lawak kalau nak kenang2...


masetu plak...
cikgu ni berkenan dengan akak aku yang mase tu baru form 4 kalau tak silap. 
hahaha.. cikgu tu pon gatal what. aku yang tak mintak no fon pon, die tinggalkan sekali.
mase pas pisah tu, selalula kontek.. tapi jap jek.. tak lame lepas tu senyap jek...


sekarang dah lebih 10 tahun aku tak kontek, tetibe semua berubah..
-komen fb tak berjawab.
-dia dah kawin
-anak dah 2 pon
-chat pon sepatah tanye, sepatah jawab


cikgu, saye ni anak murid cikgu. tak kisahla cikgu praktikal ke, hape ke..
tolongla.. saye just taknak kite ni kenal gitu, putus gitu jek.
hati manusia susah nak duga. dulu kate takkan lupakan kami.
tapi sekarang nak jauh dari kami.




p/s: doakan  kesejahteraan cikgu2 yang pernah mengajar aku~