Monday, September 5, 2011

bila rakyat malaysia prihatin SANGAT~

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


bukan nak cakap pasal misi bantuan kemanusiaan yang menyebabkan kehilangan nyawa.
bukan nak kate pasal malaysia terlalu pemurah sampai hantar semua bantuan sedangkan ade nasib rakyat yang tak terbela tu.
cume ni keprihatinan rakyat malaysia atas jalan raye.
prihatin SANGAT sampai buat orang lain terlibat same.


ni kisah manusia yang jadi mangse atas kesalahan orang lain.
rakyat malaysia termasuk aku mungkin,
suke sangat tengok eksiden eh?
kadang2 tu siap ade eksiden lain sekali sebab semate2 main brek2 tengok orang eksiden kat lane sebelah.
contoh paling dekat dengan aku, semalam.
teksi yang aku naik tu eksiden sondol kereta depan sebab 
keta yang KAT DEPAN-DEPAN SANE tu main brek2 sebab nak tengok kete yang lane sebelah kanan nun eksiden masuk dalam parit.
aku yang dari nak cepat nak kejar sembahyang asar pon tersangkut2 kat situ.
tak pasal2 pakcik teksi tu melayang ratus-ratus kat situ sebab taknak panjang2kan citer.
lagipon memang dah tertakluk,
apepon salah kenderaan tu,
yang menyondol akan salah!
tak  kisah la tak sengaje ke,
jalan licin dan brek tak makan ke.
yang aku kesal dengan sikap pompuan yang tak menyabar tu.
tengah pakcik tu nak keluarkan duit, 
laju jek tangan die nak ambek semua duit pakcik tu kat situ.
WTF! 


hello girl,
awak tu pompuan. jangan la nampak sangat tamak dan tak bertimbang rase tu.
kamonla. behave sikit kat atas jalan raye.
biar ade sikap bertimbang rase.
bukan pakcik tu taknak bayar pon awak, die dah nak keluar duit.
sabar lah. yang awak buat nampak macam dah kemaruk sangat nak duit sebab dah berjoli sakan mase raye tu kenapa?
buat saye nak kate F! kat awak~


untuk semua rakyat melaysia yang bergelar pemandu kereta.
tak kisah la yang halal (berlesen) or yang haram.
sile berhati ketika melihat eksiden walau dimane pon anda nak melihatnya. yela, memang bukan selalu tengok, tapi beragaklah.
pastu yang nak claim2 tu, sabar2 lah. jangan nak nampak sangat mate duitan :)
papepon guys,
just be careful on road.
just like when u put
"baby on board",
semua orang akan hormat keta tu sebab dorang akan pikir,
"oh, ade baby so kena hati2."
so anggaplah semua keta ade baby on board
kalau semua tu boleh buat korang berhati2.
tu pon KALAU lah~


p/s: just the way u are~





Saturday, August 27, 2011

kad raye tu mampu buat kau bahagia.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


kad raya.
kalau sebut kad raye ni ramai la kate konon2 dah tak zaman.
dah takde makne.
paling haram bile kate kad raye tu care kuno.


padahal dulu2.
kad raye lah paling meriah.
kalau dapat kad raye sampai puluh2.
sekarang nak dapat satu pon payah.
tu pon kalau kau bagi pastu pujuk2 die suruh balas.
TU PUN kalau die nak.


ceh, diam tak diam bertahun2 aku tak rase pengalaman mengepos kad raye.
tahun ni aku ambek kesempatan anat kad2 raya kat 3orang my BFF sampai mampos aku. 
HAHA.
memula siap mintak alamat bagai.
siap ade minah ni.. 
Gadis gigi besi giler teuja nak mati.
siap kate 
"eh, masih ade eh orang nak pos kad raye?"
eleh, bila kad raye tu sampai kau punye mesej
gile happy kan.
acecece...minah realiti dan fantasi ni plak,
siap mintak duit raye sekali kalau nak pos.
bhahaha.. ingat kau kecik lagi? dah boleh benor nak kawin dengan kekasih hati kau tu tau.
biar jek die yang bagi kat kau duit tu.
aku yang ade seru ni just nak bagi kad raye SAHAJA.




then, aku ambek kesempatan pos kad raye kat 
bestfren sampai mati kat US nun.
jauh beribu batu.
macam tak caye aku boleh nak ngepos sampai ke sana.
btw, it takes about one week jek nak sampai.
yang gadis gigi besi tu just 2 hari sebab dalam johor jugak.
yang realiti dan fantasi tu 3 hari sebab beliau duduk kat selangor.


biar lah nak kate macam kolot ke hape..
but ape yang aku mampu kate,
kad raye yang harga tak sampai RM3 pastu dengan setem 60sen tu dah mampu nak bahagiakan orang yang kau sayang.


anyway,
i just wanna say yang aku dapat dua kad raye. 
semua tu dari orang yang aku sayang.
first is from SYAFIQ, adek angkat aku yang setahun dah aku tak jumpe even die ade kat johor praktikal sekarang.
siyes happy giler siap bersetem bagai kan.
but FIQ, akak mintak maaf tak sempat nak balas kad raye fiq.
honestly akak dah pos kad raye tu barulah kad raye fiq sampai..


second is from someone yang dah ambek tempat dalam hati aku.
just a little bit info.
yang ni bukan main pos2. memang direct terus. tapi yang special beliau meninggalkan kad tu dalam bakul motor aku. balik keje tu baru aku perasan. dah la mase tu rase nak menangis sebab penat yang teramat,
terus tersenyum dengan "kejutan" tu,.
btw, thanks sebab selalu tahu nak buat saye happy.
that's so simple..
CUME kan awak, kalau lah saye tak sempat nak ambek kad raye tu tapi ade orang lain yang ambek, merana lah awak. saye gelakkan jek puas2.
yang ni pon aku balas sebab by hand. 
akde nak suprise2 macam die buat kat aku.HAHA
dengan muke tak malu,
"nah awak, amek kad raye nih. malas dah nak suprise2."
tapi aku pulak yang dapat suprise semula.
dapat coklat almond VOCHELLE.
yang besar punye.
ok, he likes to make me terkejut2 sampai rase boleh sakit jantung.
enaf. kang muntah pulak kau dan kau. HAHA
like i care la kan der.


so, sejujurnye kad raye tu mampu buat kau semua bahagia.
jangan nak berlagak la nak kate hape.
aku yakin korang boleh melompat2 macam beruk-kena-belacan
sebab nye dah tak ramai spesies yang nak mengimarahkan kiriman kad raye
macam yang dilakukan oleh2 golongan seperti aku. :)


p/s: nak kad raye? alahai, lambat dah. maap.



Friday, August 26, 2011

go anywhere but u never get even best than malaysia.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


salam,
lama betul tak update blog. seriously nak sangat2 update blog.
but i have no time at all.
mase yang ade hanyalah digunekan pade mata cantek aku nih..:P


pejam celik kita dah tinggal kurang seminggu jek nak raya.
aku pon kadang2 rase macam tak caye nak tinggalkan bulan pose tahun ni.
keje jek sampai xsedar yang kite semua nak raye.
yang aku sedar, akak2 aku dan mak aku dah ade beberapa pasang baju kurung tapi aku hanya
SEPASANG.
yes, aku rase cukupla kot.
sebab tahun ni pon aku cume pakai baju kurung 2 kali jek.
so, banyak2 buat apekan.


berbalik pada topik,
macam mane kite semua tahu, tahun ni kite raya dalam merdeka.
eh, merdeka dalam raya.
whatever la..
yang penting, ape yang aku perasan sekarang,
banyak yang lagi excited nak sambut raye then merdeka.
dan benda nilah yang aku nak citer.


MUKADIMAH:
aku keje kadang2 jadi cashier.
aku tahu macam mane nak bagi orang diskaun or tak.
cukup.


so one day,
ade sorang customer ni datang.
first aku tengok aku tahu dah die cina. dah memang rupe cina kan.
mase tu die beli banyak giler buku resepi.
mase die nak bayar tu aku tanye la die,
"member card, miss?"
"ouh, kena ade ke? actually i rarely back to Malaysia. once a year i come back here, but if i'm lucky lah. why not u give me ur staff discount? staff sure have big discount right?"


bhahaha.. die bantai nak guna diskaun aku pulak.
tapi sebagai CASHIER yang BAIK dan DISUKAI RAMAI,
aku bagi jugaklah 15% diskaun buku2 tu.
bukan sikit die beli.
ratus2 jugak. so aku tak rase membazir bagi kat die.
"thanks miss, u give me discount even i do not know who u're. u're really nice.."


wah, die puji2 pulak kat aku.
just senyum2 jeklah.. but one statement that she told me is.
"IF U GO ANYWHERE, U NEVER GET EVEN BEST THAN MALAYSIA"
woaahh.... bangga  mase tuh.
she ask me,
"do u want dolar Singapore?"
"cannot lah miss"
"why?"
"u said that Malaysia is best right? so, i don't think that dolar Singapore is better than Ringgit Malaysia."
"wah, i like ur answer lah miss!"






haha.. mase tu just nak korang tahu jeklah.
betapa bangga siot aku menjawab.
even aku bukanlah warganegara yang bagi banyak jasa kat negara..
*err... ade bagi ke?
tapi aku dah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang cashier yang berwawasan serta cemerlang dalam dua kerja. cashier dan jugak warganegara yang baik bagi Malaysia..:P


p/s: yes, home sweet home :)





Sunday, August 14, 2011

sebagai bahasa ketiga budak nih!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



kau nampak tak muke mintak penampor sebab comel?
ni la anak buah aku yang kedua.
budak ni kan, aku tak tahulah nak kate hape.
umur baru dua tahun. tapi die punye hyper, aku tak tahu lah...
nakalnye mintak ampunnnn~
mahu tak nye,
kadang2 aku tak paham ape benda yang die nak disebabkan masalah bahasa anak kecil 
yang aku tak tahu  kat mane die berguru..
antara bahasa yang aku kaji kat budak ni adelah.

tatak - kakak
nanan - jangan
pi - tepi

ok, aku tak kisah kalau benda ni. tapi ade satu perkataan yang aku tak tahu die rembat kat mane.

enting - dukung
ayan - sembahyang.

mase first2 aku dengor, ape benda alah lah enting ni sambil tangan die hulur2 kat aku.
punyelah aku ingat nak kencing, siap kate
"adek nak kencing, kencing jela.. kan pakai pampers"
bhahaha.. tak tahu plak aku die nak dukung.
datang2 kakak aku kate, enting tu dukung.
permasalahan yang berlaku adelah kakak aku pon tak tahu mane budak ni rembat perkataan ni kan.

tolong la adek, makcik mu ini terlalu ingin tahu dimanakah kau dapat perkataan ni.
dulu akak die yang umor 7 tahun ni pulak, dukung tu die cakap CIKUNG.
aku rase anak2 buah aku ade masalah besar dalam mengenal apekah itu dukung.
so sebagai penyelesaian, aku rase aku yang kena
belajar bahasa budak ni sebagai bahasa ke4 selepas belajar bahasa tamil semester 2 dahulu.

p/s: abehla...-.-"

Saturday, August 13, 2011

"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


thanks to ZARA sebab tag aku join benda nih. actually, kalau sape2 yang kenal aku, aku memang jarang join benda2 ni. since aku kerja dan suke sangat dengan benda alah yang bernama duit ni, mata aku terus berpinau bila tengok hadiah yang FAIRUS IBRAHIM dan CIKGU FIQRIE ni offre. bhahaha.. takpe2. ade rezeki adelah. sebab aku kalau join GA memang TAK PERNAH dapat. what? tak paham lagi? ok, aku memang tak pernah menang join mane2 GA. so, aku putus harapan dan kalau nak join2 benda ni. tapi takpelah. sekadar mencuba nasib. mane tahu rezeki bulan pose nih sekelepuk RM20 tu kat aku kan...:)
ni adelah GA duit raye.. moh tengok banner..:)



alololo comelnye banner die. sumpah berkobar2 aku nak join sebab nak duit ghaye! *bak kate lisa surihani.
ampun kak lisa.. ampun!

BUT guys, mesti ade syarat2nyer!
moh kite lihat benda apelah yang si FAi dengan cikgu tu bagi kan....

1. Copy banner di atas dan pastekan dalam entry yang bertajuk 
"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim" 

2. Follow blog Fairus Ibrahim dan blog Cikgu Fiqrie, sebab dia sponsor duit raya.

3. Tag 3 kawan korang.

4. Link kan banner tu ke entry GA Fairus Ibrahim. 

5. Postkan link di ruangan comment. 

pastu ern, yang aku sebok2 kate hadih tu plak, korang boleh tengok kat sini!

1. Kad raya big size + 3D kartun + bunyi2 & Duit raya RM20 

2. Kad raya kecik sikit dari size yg no.1 & duit raya RM15 

3. Kad raya size sederhana & duit raya RM10 

4. 3 orang pemenang saguhati akan menerima kad raya & duit raya RM5 

since semua syarat aku kena ikut, yang tinggal hanyelah! tag..
kat sini aku nak tag kawan sejati aku..


kawan blogger baru aku..


ngan kawan sekerepek a.k.a merepek...



p/s: nak duit rayer...:) eh, tarikh tutup 21 ogos!