Thursday, June 1, 2017

Keberkatan Berkerja

Masuk minggu ni dah dua bulan Dzul sakit.
Sakit yang buat dia tak boleh berjalan secara normal.
Actually dia dah pernah slip disc sebelum ni cuma kalini betul2 affected cara berjalan dan rutin harian dia.
Mula-mula dia buat rawatan tabib cina. Pakai siku dan tekan-tekan sikit. Ok sikit la but still tak kuat. Jalan pon masih pakai tongkat.

Dua minggu lepas tu dia try pergi kerja sebab dia rasa dah kuat. But end up lunch hour dia balik dan collapse mcm mula-mula kena dulu. Aku bebel jugak sebab bukan tak halang dia kerja tapi dia insist jugak. Membebel jugak lah mulut aku ni. Haha

Then bila dah teruk semula, dia minta admit dekat Hospital Colombia Asia untuk buat rawatan MRI dan juga phisio. Masa ni lah tahu yang bukan satu tapi tiga disc dia slipped. Tapi bila dah start buat phisio barulah dia ok sikit. Cuma masih bertongkat. 

So lepas 5minggu dia mc dan cuti hospital, dia cuba kerja. Mmg aku membebel sebab takut jadi balik. Dia kerja dan tanya bos dan Hr company untuk kerja dari rumah. Syukur diluluskan. Dan bos dia ada jugak lah cadangkan untuk dia buat rawatan chrio apa tah. Haha aku lupa. Dekat Johor ni satu je. Rawatan tu dr UK. Omaigod mahal gila kot. Sekali rawatan RM 120 dan tak boleh claim company okkay! Tapi takpelah. Allah tengah duga sakit dan duit bukan masalah besar nak dibanding dengan kesihatan. Syukur rawatan ni memang bagi kesan dalam masa yg singkat. Dua kali buat dia dah tak bertongkat. Kena rajin letak ais dan bersenam. 😁

Aku teruskan rutin aku macam biasa walau agak penat nak uruskan semua sorang2. Dan Dzul kerja dari rumah. mcm biasa. 9pagi-7 petang dia duduk depan laptop. CUma 1-2 rehat baring senam-senam then mandi baru kerja semula. Kat sini aku memang nak puji dia lah. Aku try jugak ajak pergi mmana kan. dah dia ada kat rumah. Ajak pergi kedai ke apa tapi tak ditolak mentah-mentah. Abang kerja ni. Haha. Syukur, suami aku ni memang jenis bab nafkah dia jaga betul-betul. Tapi yang kelakarnya pukul 8.50pagi dia dok salam-salam aku mcm selalu. Nak kerja katanya. Balik pon sama. Tengahari yang tak tahan dia boleh kol aku tanya, Sayang masak apa tu? Padahal aku ada depan mata dia pung pang masak dan layan Adam. hihi. Nak lempang suami je rasa. Hahaha.

Semoga Dzul cepat baik. Aku nak dia sihat dan layan Adam amcam dulu je. Kesian Adam. Dulu memula Dzul lalu dia dok mintak ak dukung tapi Dzul tak boleh angkat. Sekarang dengan Dzul dia buat bodoh je. Dengan aku je dia angkat tangan. hehe.

No comments: