Thursday, May 25, 2017

Selamat Berpuasa Semua!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Hai!

Pagi tadi on the way pergi kerja aku ada dengan Sinar.fm
Sepahtu Sinar ada soalan pasal ape moment bulan puasa yang tak boleh dilupakan.
Actually, puasa aku dah tak sama macam dulu.
Selain dah bergelar seorang mama dan isteri, aku rindu suasana bersahur dan berbuka bersama-sama dengan keluarga dan adik beradik especially masa arwah abah ada.

Dulu arwah abah meniaga, sebelum pergi ambik barang meniaga dekat kota tinggi awal pagi dalam puku 4 pagi mcm tu, dia kejut kiteorang sahur. mmg awal dulu kalau bersahur. 3.30 pagi. gigih sangat. selagi tak bangun abah akan kejut sambil membebel. Abah tu kalau kejut selepas dia sahur sebab dia taknak kejut awal sangat dlm pukul 3. Lepas sahur abah akan solat isyak sebab tidur awal setiap hari sebelum ke Kota Tinggi.

Paling best bila berbuka. Setiap kali berbuka puasa hari pertama, menu wajib ada ialah kue teow goreng kerang. Gigih sangat aku dengan akak aku kopek kerang lepas direbus. Telan air liur je tengok. HAHA. Kalau tak puasa selalunya, 1k kerang adalah 20 biji masuk perut. Mak aku selalu bising. hihi.

Sekarang semua suasana tu berbeza. cukup berbeza.
Kalau dulu aku dikejut,
Sekarang aku yang kejutkan orang.
Kalau dulu tinggal makan masa berbuka dan bersahur,
Sekarang 100% aku yang buat sendiri untuk keluarga.
Kalau dulu bersalam dengan mak abah
Sekarang bersalam dengan mak dan suami. hehe
Kalau dulu Abah ada,
Sekarang dah 4 tahun abah tinggalkan aku

Aku rindu abah sebenarnya. Aku teramat rindu.
Alfatihah abah.
9/11/1951 sehingga 23/4/2013

Selamat berpuasa semua.

No comments: