Tuesday, May 23, 2017

17 Oktober 2016

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Hai Adam dan papa! hehe
kalini post nak kenang balik masa nak bersalinkan Adam dulu.
Saje mama letak kat sini. Mana tahu one day Adam or papa nak baca kan. hehe

Actually aku dah start cuti masa 1 Oktober lagi sebab majlis sambut menantu atok dan nanie
masatu pangah dan mangah baru kawen. Masatu aku dah berehat-rehat sebab aku dah tak larat nak kerja. ambil cuti awal dua minggu
Tahulah kerja syif macam mana kan.
Gagah sungguh semua dok cakap janganlah Adam keluar masa tu jugak.
Mahu kecoh nanti dengan aku nak bersalin, dengan orang nak bersanding.
ahahaha tak dapat nak bayangkan.

Setel part tu, semua orang nak teka bilaaaa aku nak bersalin. Then fil aku cakap nak sambut birthday nanie pulak. 14/10/2016 tapi atok iaitu bapak mertua aku dah cakap nak belanja mil makan kat hotel. siap cakap, "Mar jangan bersalin dulu, tunggu lepas ayah belanja makan". hahaha so aku pon gosok lah perut. baby jangan keluar lagi tau. bagi mama makan sedap-sedap dulu. tapi masa makan hotel tu dah 15/10/2016.

Lepas makan-makan kat hotel tu seronok la kan. makan dah sedap. Masa tu makan lunch. Balik rumah lebih kurang pukul 2,30 petang. Peurt dah kenyang, hati dah senang, dalam kereta pon dah cakap, OK baby, now you can out and deliver with happy. kahkah. Sebelum tu craving nak makan pisang goreng cheese yang dekat The KUah Cheese kat BBU tu. memang beronok-ronok lah semua dah lepas hajat. So sambung balik. Lepas solat zohor tu aku memang standby nak landing. mengantuk sangat dah mata ni. Cun nak baring je aku rasa mcm ada benda berkeletuk dlm perut.

"Eh, Apa pulak ni?"

Rileks lagi sbb tak rasa apa-apa. Dzul datang nak baring sebelah. Jadi aku kena berganjak sikit ketepi. Masa nilah aku rasa ada cecair keluar kat bawah tu. Eh apa pulak basah ni. Bergegas pergi bilik air. Rupanya dah turun tanda. yang kelakarnya, aku kelam kabut sorang2 dalam toilet tu. hmmm rileks. rileks. siap panggil Dzul,

"Abang, cuba tengok ni. Darahkan? *sambil hulur kat Dzul panty aku.
"Haah. Eh sayang nak bersalin dah ke? JOm pergi hospital."

Ceh Dzul lagi kelam kabut dari aku. HEHE. aku cakap aku taknak pergi lagi,. sbab takde rasa sakit lagi. tapi Dzul insist jugak. Dia cakap bahaya. Ni anak pertama kita tak tahu nak handle macam mana. So ikutkan jugak lah. Dzul cakap kat fil & mil aku, yang aku dah nak bersalin. Masani aku rileks siap mandi semua. Aku ketawa sebab betul2 apa ank nak semua dah dapat, masa nilah baby nak keluar. ahahaha. So aku siap2, salam mak ayah aku mintak maaf semua.

3.30 dah kat hospital. Still taknak turun kereta lagi sebab tak rasa sakit.
Siap makan roti jagung dan nescafe dalam tin tu dulu.

Daftar masuk dan nurse cek. Bukaan baru 3cm puan. Masuk wad dululah. Anak pertama biasa satu jam satu 1cm. 4cm kita boleh tolak masuk LR kata nurse. So aku rileks2 dulu. sakit takde. cuma dah start rasa contraction. Nurse bagitahu kalau sakit dah kerap bagitahu dia. aku fikir mcm mana nak tahu kerap ke tak eh. Oh,download jelah contraction tracker. Malam tu aku tidur tak nyenyak. punyalah gementar. Dah rasa sakit tapi masih mild. Mak aku kat kampung takyah cakaplah. kejap2 call. dia mintak maaf sebab takde kat sini (Kulai) nak teman. Meleleh air mata aku masatu. Yelah, ko antara hidup dan mati je kan.

16/10/2017 tu masih takde perubahan. Nurse seluk pun masuk 3cm lagi. Aku dah gelisah. semua orang pon dah start tanya dah ke belum. haha geram betul aku. Dia ingat bersalin cmm kentut ke. hahaha. Mak ayah mertua aku jangan ckp la. Nak pergi kerja singgah, tengah rehat singgah (maklumlah hospital belakang sekolah), balik kerja singgah hantar makanan. I love you mak ayah! memang terbaik. hehe

Petang tu FIL datang, tanya keadaan. Belum lagi yah. Baby tak nak keluar lagi.Ayah tanya

"Mar ada botol dengan air masak?"

Aku hulurkan.,Ayah ada baca ayat alquran pada air tu. Ayah cakap insyaAllah malam ni bersalin lah.hehe Aku terharu sangat. Tiba-tiba aku rindu arwah ayah aku. FIL balik, datang pulak akak aku si gila tu. haha riuh sekejap kakna datang. itulah teman aku nak bergalak. Dia duk sibuk cakap, kejap lagi ko gelak-gelak mesti pecah air ketuban ko, anak ko nak jumpa maklng dia yang cantik ni. *mata keatas. Akak aku tu bab perasan memang takleh lawan. haha. 6.30 petang akak aku keluar je sekali lagi aku rasa meletup. masa tu aku baring. Rasa tak selesa rupanya air ketuban pecah, Tapi memang lah air ketuban ni ko tak boleh tahan-tahan. laju je basah habis katil dan cadar.

Kebetulan sangat Dzul ada lagi. Dia panggil nurse dan aku kena tolak masuk bilik untuk cek sekali lagi. 4cm. Nurse mintak masuk labour room. Aku punya berdebar masyaAllah nak pecah jantung. Saat-saat antara hidup dan mati dah makin dekat. Tapi sempat aku mintak kebenaran nurse untuk mandi dulu. aku cakap aku nak segar-segar dulu. cun 7malam aku masuk LR. masa ni Dzul ada teman sekali. Siap cerita-cerita nanti anak kita mcm ni mcm tu. sebab aku takut. hehe.

Pukul 10malam nurse datang cek, aku dah sakit 5min sekali. baru 6cm. Lamanya. aku doa cepat-cepatlah selesai semua. Baby, mama tak sabar nak jumpa awak!! Pukul 11 nurse datang sekali lagi cek. Masa ni contraction dah 3minit sekali. aku cakap nurse aku sakit. Masih lagi 6cm. Lepas pukul 11 tulah aku rasa contraction yang hebat. sakitnya Allahuakbar, tak tertahan-tahan! Dzul still suap kurma dan bagi minum air. Aku cuba tahan dengan baca doa nabi Nuh tu. Tapi memang betul2 sakit. Aku teringat yang nurse dan mak cakap aku kembar darah dan kembar darah memang sakit sangat-sangat. Lupa nak cakap lepas keluar tanda tu memang darah tak berhenti keluar. Makin lama aku makin tak tahan. Dah rasa nak meneran sesangat tapi nurse ckp belum lagi. aku paksa dia cek tapi dia kata tadikan baru cek. baru 6cm. Lambat lagi. Pukul 12 aku cakap aku tak tahan sangat ni. Tapi nurse tu mcm malas nak layan. Tapi aku paksa jugak,. Aku yang nak bersalin kot!

Nurse pon standby nak cek aku. sebab aku paksa. Baru dia suruh aku angkat kaki, dia cakap "Patut lah, kepala baby dah nampak.!" See, takkan aku nak menipu. aku yang rasa kot. aku ingat lagi aku sempat kerling jam. 12.15malam. dah masuk 17/10/2016. Nurse prepare peelatan semua. Doktor pon dah ada. Start 12.20 Dr suruh aku teran. Macam mana nak teran pon aku tak tahu sebab tak sempat pergi kelas prenatal tu. haha! Aku teran bila sakit sebab itu yang aku ingat. Teran masa sakit. Dengar jugak nurse kata nak gunting tapi seriously, sakit yang hebat tu lagi power. setakat gunting aku tak rasa. haha! 4-6kali teran meluncur laju baby aku keluar. jam 12.31pagi. Keluarlah insan yang aku tunggu.

Adam Dzarif bin Mohamad Dzulfadzli.

Nama Dzarif tu aku yang pilih dengan Dzul. Saje tambah D sebab nak samakan dengan Dzul. hehe
Adam pulak, masa dapat tahu aku mengandung baby lelaki, MIL alu dah start panggil Adam, Adam. So kami decide panggil Adam jugaklah. sedap jugak nama tu. hehe.

Siap jahit semua pukul 3.30 pagi. memang lama gila aku kena jahit. Menagis-nangis sebab bius dah habis. Nurse cakap luka aku teruk jugak. TETAPI, aku bersyukur sangat semua selamat, berpantang pon taklah susah sangat nak jaga luka. Adam pon bukan jenis melalak cuma dia suka berjaga malam je. haha.

So, setakat ni je;ah mama tulis kat sini. Kalau Adam or papa nak tanya mama, roger eh. hahaha. Love you both!

No comments: