Thursday, November 28, 2013

RUMAH ATAS TANAH

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

Harini dia sangat gembira. sangat berseri-seri mukanya.
semalam Cikgu Rosdi awal-awal lagi telah memberitahu di dalam kelasnya.
"esok cikgu nak buat pertandingan mewarna. tolong bawa segala peralatan yang diperlukan untuk mewarna nanti"
satu kelas riuh dek pengunguman itu.
sudah lama dia mahu masuk pertandingan mewarna. kerana sangat minat dengan warna-warna yang ceria. minat mewarnakan apa sahaja yang dirasakan kekurangan keceriaan.
awal-awal lagi juga dia sudah mengasah pensel warna "LUNA" yang disediakan emaknya.
nekadnya cuma satu.
mahu memenangi pertandingan esok.
pernah dia bercita-cita memasuki pertandingan mewarna bagi mewakili sekolahnya.
tetapi hajatnya tidak penah kesampaian.
seringkali dia gagal.
comot, katanya emaknya.
sekejap warnanya kekanan, sekejap warnanya ke kiri.
comot sangat.
esok die nekad mahu mewarnakan lukisan iyu dengan satu arah sahaja.
kiri sahaja pon elok, fikirnya.


Cikgu Rosdi masuk ke kelas sambil membawa kertas yang telah tercetak lukisan yang bakal diwarnakan oleh murid-muridnya nanti.
senyuman diukir melihat semua anak muridnya ceria.
dia kenal sungguh dengan anak-anak muridnya
pantang ada sahaja pertandingan mewarna, pasti kehadiran kelasnya penuh.
pasti.
"baik semua boleh keluarkan alatan mewarna masing-masing" umum Cikgu Rosdi.
dia mengeluarkan pensel warna yang telas siap diasah.
fikirnya nanti tidak perlu membuang masa mengasah.
jadi esok boleh la dia mewarna tanpa masalah.
ya, itu fikirnya.

 lukisan diedarkan.
wah, gambar rumah papan. sebuah tanpa apa2
 masa tu umur 8 tahun. apalah sangat yang dapat ditambah.
hanya seorang wanita yang berdiri disebelah rumah tersebut
fokus sekali mukanya mewarnakan gambar itu.
hijau gelap dan muda menjadi pilihan.


berpuas hati dengan lukisan itu, dia menghantar semula kepada Cikgu Rosdi.
"masa hampir tamat" kata cikgu Rosdi.
ya, masa Pendidikan Seni sudah mahu tamat.
setelah berpuas hati, dia menghantar.
Cikgu Rosdi kata, beliau akan terus mengumumankan pemenang yang akan mendapat sekotak coklat dari Cikgu Rosdi.
dia berharap dia akan menang
Cikgu Rosdi akan mengumumkan nama mengikut turutan dari yang paling tidak menarik ke paling menarik.
maka nama sesiapa yang disebut tidak akan memenangi pertandingan itu.
satu persatu nama disebut.
semakin berdebar rasa hatinya. tetapi lega namanya masih belum dipanggil.
mungkin ada kebarangkalian untuk menang. mungkin, desis hatinya.

tinggal 2 nama lagi yang belum disebut.
akhirnya,
MARIATUL, sila ambil kertas lukisan awak.

 melepas lagi dia harini.
mungkin tiada rezeki.
namanya disebut ketika hanya tinggal 2 nama lagi.
kecewa.
FUAD, awak menang.
dia melihat ke lukisan Fuad.
dibandingkan apa yang kurang dan apa yang lebihnya lukisan Fuad.
hodoh.
comot.
tapi kenapa cikgu pilih dia?!
jerit Mariatul dalam hati.

"saya tahu, lukisan Fuan jauh lebih comot dari awak semua, tetapi ada sesuatu yang Fuad ada, awak semua tak buat"
"apa dia cikgu?" tanya seorang murid lain.

"saya bagi awak gambar lukisan hanya sebuah rumah. tetapi hanya rumah Fuad yang berada diatas tanah. dia mewarnakan bawah rumah itu dengan warna coklat. yang lain tiada warna. lakuisan Fuan jauh realistik dari lukisan awak semua"

mereka terdiam.
ya, Fuad menang.

p/s: aku memang tak suka Fuad. kaler lukisan dia buruk :p




No comments: