Monday, April 29, 2013

perginya Malaikatku.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

menggunakan sisa-sisa kekutan yang ada untuk menaip entry ni

5 MAY 2013
mak kata arini abah ceria sangat. tak macam orang sakit. abah makan banyak harini. abah makan nasi lemak, abah borak2 dgn seronok. mak senang hati sangat2 harini. mak dapat main dgn cucu. lame mak tak main dgn cucu2 dia dgn seronok. mak harap abah betul2 sihat. dalam perjalanan pergi dialisis pon, pakcik yang  hantar abah pon pelik. arini abah tak mintak roti canai dgn teh tarik mcm selalu bila pergi dialisis.. alhamdulillah, kata mak.

magrib tu bila balik dari dialissi, mak kata abah senyap jek. bila mak tengok rupanya abah dah terkena strok. mata abah terbukak luas, lepas tu mak kata mcm kejang2. habis semua jiran mak panggil mintak tolong. ambulan pon mak telepon untuk bawak abah pergi hospital.arini abah kena in charge dekat Hospital Mersing.masa aku nak balik, mak kata jangan bimbang, mak ada. nanti2 boleh balik..

aku ambik kesempatan jugak balik. jumpa mak abah. pertama kali melihat abah terlantar begitu, aku memang sayu. sedih. semua perasaan yang aku tak dapat gambarkan dgn kata2 ada dalam diri aku masa tu. cerita tu aku dah pos sebelum ni kalau korang dah bace., korang boleh baca kat SINI.

23 MAY 2013
pada umur 23 tahun, aku kehilangan ayah. harini genap 6 hari abah pergi mengadap yang Maha Esa. sungguh aku belum dapat terima ketiadaan abah di dunia ini. masih berputar segala kenangan manis dgn abah. segalanya seolah2 hilang separuh nyawa aku bila mendengar berita itu. ingat lagi masa tu aku baru lepas bagi salam yang terkahir untuk solat zuhur. telefon berbunyi, nama "Ratu Hatiku" yang aku set untuk mak tertera.
sukanyaaa.. mak telepon. tapi kenapa suara jiran? dah mula tak sedap hati. bila jiran bagitahu perkara sebenar, aku menangis sepuas hati. bukan mudah aku terima walau aku tahu keadaan abah sebelum aku balik. dia takkan hidup lama since dialisis dia di hentikan. tapi berita tu buat aku rase terpukul. lemah longlai aku rasa. tak mampu nak bangun. tak kuat. akak pon telepon suruh balik dgn dia. tapi aku nak bangun pon tak mampu :(

Mak kata, mak tak tahu bila abah 'pergi'.. sebab waktu  tu mak tidur. yang ada kat rumah hanya mak dan abah. adik2 sekolah. aku boleh bayangkan keadaan mak. bila orang yang 33tahun hidup bersama, tak pernah berpisah walau satu malam, pergi meninggalkan dia tanpa apa2 ucapan dan kata2 yang terakhir. allahukabar. aku belum kuat bila membayangkan itu semua. masih belum percaya aku kehilangan abah dalam usia 23tahun. aku belum puas bermanja dan bergelar anak kepadanya. :( belum puas aku berjasa dgn abah. belum puas berbakti dgn abah. aku yang jarang ada di sisi abah pon terasa, apatah lagi emak yang siang malamnya hanya untuk abah.

kesedihan betambah-tambah bila aku, akak aku, adik aku yang dalam perjalan dr KL ke johor, tak sempat menatap wajah abah untuk kali terakhirnya. sebab abah di kebumikan petang tu juga sebelum magrib.

bersemadilah jasad abah tanpa aku lihat, aku kucup dan aku peluk untuk kali terakhirnya. tapi aku tak pernah salahkan takdir. aku yakin abah bahagia dan gembira berada disana. akak kata muka abah tenang sangat2. kerja2 pengurusan jenazah juga mudah sebab semua berlaku dgn sekejap.. Alhamdulillah, semoga urusan akhirat abah juga akan mudah. aku janji, aku takkan lupa untuk menitipkan doa dalam setiap hari-hariku. aku mahu doa dr anak yang solehah untuknya takkan putus sampai kiamat. kerana dialah malaikat aku yang berkorban banyak untukku.

kepada semua sahabat dunia akhiratku yang aku sayang, terima kasih atas tahlil yang kalian lakukan. terima kasih untuk kata-kata semangat kepada aku. aku belum kuat untuk saat ini. jika aku menangis, biarkan lah. aku sedang mengumpul kekuatan. aku sedang menghadam realiti yang aku sudah bergelar anak yatim. aku masih perlukan 'masa-masa' itu. tak mungkin kenangan tu akan terhapus. tak mungkin aku lupa wajah malaikat aku yang membesarkan aku. dengan segala usahanya yang kuat dan gigih, dibesarkannya aku dengan rezeki yang halal. aku akan rindukannya sampai bila-bila.



p/s:mak pernah kata yang beberapa minggu sebelum tu, abah kata dia nampak arwah nenek tengok dia. abah kata arwah nenek rindukan dia. mungkin itulah petandanya. wallahualam. Alfatihah untukmu ayahandaku.


No comments: