Tuesday, April 16, 2013

malaikat untukku

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

melihatkan abah terlantar di atas katil sejak 6 Mac yang lalu buat aku hilang hampir separuh hidup.
abah orang yang membesarkan aku kini tak mampu untuk bangun apetah lagi menguruskan dirinya sendiri.
mase tu aku balik apa yang aku mampu lakukan adalah menangis di depannya walau die tak dengar dan memberi sebarang respon. waktu tu tuhan je yang tahu. aku tak boleh nak sorok perasaan tu walau depan mak aku. banyak kata2 yang aku dapat
"kau kena kuat depan mak kau. jangan bagi nampak kau lemah supaya mak kau turut kuat"
macam mana aku nak kuat?
dia abahku
dia penjaga ku
dia membesarkan aku
dia malaikat untukku.

lepas aku balik UPM semula, takde apa yang aku mampu lakukan melainkan berdoa dan terus berdoa. setiap hari aku akan telefon mak untuk tanyekan keadaan abah. cuma kadang2 termiss sampai 2-3hari sebab kehabisan kredit. tapi doa aku tak pernah putus. aku selalu harapkan abah boleh bangun balik, berjalan dan sihat seperti dulu. ape lagi aku mampu?

terharu.
itu je yang mampu aku cakap bila ada kawan2 yang sanggup berkumpul, membacakan yasin untuk abah.
mana aku nak dapat kawan macam ni lagi kalau aku dah kerja esok2? inilah kawan dunia akhirat aku. aku takkan lupa. sampai mati. thanks untuk rumet dan mereka2 yang sudi memberikan doa untuk abah.
doa supaya abah sihat.sebab
dia malaikat untukku.

bila abah terlantar macam ni. banyak benda aku menyesal dalam hidup aku. banyak saat2 yang aku terlepas dan menyesal tak menikmatinye bersama dgn abah.
abah seorang yang tegas. tak banyak yang aku dapat kongsikan bersama dgn abah. dulu hampir 4 tahun abah sakit (kencing manis, darah tinggi, buah pinggang) sampai abah tak boleh tidor malam. masa tu lah yang aku sesalkan. sepatutnya aku bersabar dengan karenah dan kehendaknya. bukan jadi derhaka. :( kalau aku buat salah dgn abah, setiap kali nak balik UPM aku mesti cium dahinya untuk meminta maaf. sykur. aku masih mampu melakukannya walau kerap kali sebenarnya aku berselisih faham dengan abah. walaubagaimanapon,
dia malaikat untukku.

kini lebih sebulan abah terlantar. dialysis yang dilakukan keatas dirinya walau dalam keadaan tidak sedar terpaksa dihentikan. dr kata dialysis tu dah tak bagi kesan padan badan die. maksudnya walau di lakukan, keadaan nya akan tetap sama seperti itu..abah bukan tak sedar terus. matanya dah tak nampak. kalau aku panggil abah pon, die masih menjawab walau sekadar "ermmm". sedihkan. tapi nak buat mcm mana. mak kata, itu takdir keluarga aku. haritu aku balik. aku teman abah pergi dialysis untuk kali ke 2. kebetulan hanya aku yang ada. mak terlantar jugak. sebelah katil abah. mak demam sampai tekanan darahnya sangat rendah. mak tak kuat nak bangun. luluh hati aku bila aku terpaksa melihat kedua-duanya terlantar. kiri dan kanan. nurse panggil aku.

"adik tahukan keadaan abah adik. mak ada cakap apa2?"
"ada, mak kata abah dah kena bawak balik, dah tak boleh nak dialysis"
"adik beradik lain dah tahu?"
"dah, mak dah bagitahu awal2. mak kata taknak kami salahkan dia kalau apa2 jadi kat abah" 
"adik, kami terpaksa hentikan dialisis tu sebab kalau kita teruskan jugak, die takkan ade kesan apa2. jadi, adik fahamkan kalau kita hentikan dialysis tu apa akan jadi? kemungkinan keadaan dia akan makin teruk"
lemah lutut aku. aku faham. aku hanya senyum. ucapkan terima kasih pada nurse tu sebab bagitahu hal yang sebenar. aku duduk balik sebelah abah. aku tengok muka abah berkerut dan mengerang sewaktu jarum besar untuk dialysis tu dicucukkan ketangannya. Allahuakbar. luluh. menangis2 aku kat situ sebab mak takde. mungkin itu waktunya air mata aku perlu mengalir. aku tenung abah. yea, aku nak cari pahala sebanyak mungkin selagi ada waktunya. tak berhenti aku berdoa untuk abah waktu tu. minta dia sihat dan keajaiban akan terjadi.

esoknya keadaan mak makin teruk. mak muntah2. jadi aku terpaksa tolak mak menggunakan kerusi roda ke bahagian kecemasan supaya mak di periksa dgn lebih lanjut. arah mak diambil dan mak dinasihatkan supaya balik ke rumah berehat setelah sebulan di hospital. aku pon paksa mak balik. sebab aku nak die cepat2 sihat. aku risau kalau dua2 sakit. lepas bagitahu nurse wad yang mak kena balik,

"kalau makcik nak balik, dah boleh bawak balik pakcik sekali. harini die dah last dialysis. nnt saya urukan ambulan untuk hantar pakcik balik"
 Allah, aku simpan perasaan sedih tu dalam2. mak ada kat situ..kau pahamkan apa aku rasa? gembira, dan sedih. gembira sebab akhirnya maka abah boleh balik. sedih sebab abah perlu berjuang dgn hidupnya tanpa apa2 rawatan dirumah :( aku tak tahu apa yang aku patut rasa sampai akhirnya aku menangis sepanjang perjalan ke rumah dalam ambulan tu. nasib baik mak duduk depan. aku duduk belakang. jaga abah.

akhirnya malaikat ku berada di rumah. terlantar. walau aku sedih, aku tetap bersyukur. terima asih Ya Allah sebab bagi aku peluang berbakti kepada abah walau abah aku tengok semakin lemah. tak dah banyak berbunyi seperti dulu lagi. hanya tidur dan bergerk dgn sedikit. mungkin abah penat. abah nak berehat. aku tahan perasaan sedih walau akak aku dah melalak2 mase tu. bukan aku tak sedih. aku taknak mak nampak aku lemah. sebelum alik, akhirnya aku terpaksa gugurkan jugak air mata tu. sebab aku tak tahu aku sempat jumpa abah lagi atau tak. kalau bukan abah, mungkin aku yang akan pergi dulu. tapi aku dah janji dgn abah sebelum balik, aku dah bisik kat abah yang aku suruh abah tunggu aku balik. aku akan balik lagi! sepanjang perjalanan, aku teresak2 sampai hilang suara sebelah mok. aku lepaskan semua sampai aku rasa nak pengsan. :(

Allah, jika umur abahku masih panjang, smbuhkanlah penyakitnya. jika sampai disitu sahaja hidupnya aku mohon, berikanlah kekuatan kepadan aku dan keluargaku untuk meneruskan kehidupan.

tapi doaku untuk melihat abah sihat takkan penah terputus.

aku sayang abah

aku sayang malaikatku :'(


 
 
 

No comments: