Friday, June 15, 2012

mak abah, setahun je lagi!

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.



"Mak, nanti mak hantar orang pergi UPM kan?"
"taklah.. abahkan sakit ni..abg je hantar nanti."

balik cuti...

"mak, bile mak nak jejak UPM? jeles tengok kawan2 orang mak ayah datang makan2.."
"kan jauh.. takpelah, mak datang mase kau konvo je.."

sobs:(
"sebak betul. tension betul aku. bukan kejap belaja kat sane. 4 tahun kot. mase akak dulu boleh pulak pergi sampai ke negeri sembilan sane.. blablabla.." aku merungut.

yea. tu la aku. merungut bile mak abah aku tak datang. cemburu tengok kawan2 aku balik sini setiap naik sem baru dengan keluarga yang hantar. paling sebak mase mula2 daftar dulu. parent orang lain siapteman anak2 dorang dafta. ikut je mane anak pergi.
aku?
terkontang kanting cari arah mane nak pergi. tanye sane, tanye sini, abg aku mane nak tolong, sebok dengan tunang die. dengan mase tu ade test H1N1 la, ape la,. risau, ribut! lepas tu masuk bilik, abg ngan tunang die yang tolong. aku ingat lagi abg, tunang dengan adek gemok aku macam orang giler hantar barang ke aras 4 sebab barang yang aku bawak sumpah banyak giler kot!! macam nak lari rumah. padan muke dorang. muahaha. lepas tu rumet aku keluar makan dengan family die. sobs. aku tunggu makanan untuk minggu orientasi tu jela. pastu ingat lagi, kalau rumet aku tak balik, mak ayah die la yang datang. kalau mak ayah die tak datang, die lah yang balik. main rotate gitu je. aku cemburu. jeles. dengki!

tapi tu dulu. 3 tahun lepas.
sekarang aku ade baki lagi setahun nak abeskan belajar. aku nak bawak balik degree untuk mak abah aku. kalau ade rezeki, aku nak sambung lagi master. aku nak sambung2 sampai aku dapat merase study kat luar negara. kalau tak aku yang study, aku nak teman suami aku la yang study jauh2.. :P
dan mak, setahun lagi! bertahan! :)
setiap hari doa aku tetap same. same macam 3 tahun dulu. tetap same..:)

p/s:imissyousomuchmak!