Saturday, June 16, 2012

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.

kan? kasih sayang ibu dan ayah tu memang akan sampai bile2. merekalah segalanye2. merekalah selamanya. harapan aku, aku tak menjadi anak yang lupe tanggungjawab aku kepada mereka. janji aku, aku nak cube bahagiakan mereka seadanya.

harini antara hari bahagia aku kat upm ni.
mane taknye, mak kesayangan aku dah kirimkan aku makanan yang luar jangkaan.
sebenarnye benda ni bersebab.

selasa.
"dah makan?"
"dah, mak. makan megi. sedap!"
"knp makan megi je?"
"ade exam petang ni. takut makan nasi mengatuk pulak."
"yelah tuu.. ntah ade duit ke tidak.."
"adelah mak, kalau takde, kan orang dah bagitahu mak, mintak sedekah je..hehe"
"hehe.. ade ke orang bagi?"
"mestilah ade..buat la muka kesian siket..hik3..."
"boleh dapat 3 ringgit?"
"hahaha.. mesti boleh punye..muke orang kan cam kesian2.."
"ah yelah kau. takpelah, nanti jumaat mak kirim ayam masak merah yang kau nak makan tu.."
"tak susahkan mak ke? takpelah.. lain kali je. raye ade!"
"ala,.. kalau tak halangan, mak buat la..."

jumaat.
*bippp
"lauk dah siap.. tinggal nak tumis untuk nasi. kari tengah menggelegak.."
"mak masak ape??"
"mak buat nasi minyak..kari deging tetel, letak lobak."
"laaa.. susah2 je mak ni.. terima kasih.."
"tak susahla.. kari nak letak terung tak?"
"kalau tak susahkan mak, letak.. tapi takyah la.. "
"takde susahnye, petik je kat belakang tu ha.."
"ikut mak ea.. tu pon dah bersyukur sangat..."

burp! alhamdulillah.. kenyang! sedapnye nasi minyak makkk!
*send mesej.
"mak, terima kasih, kawan2 puji sedap!"
"ramai ke makan?"
"ade la 5,6 orang.."
"eh cukup ke?"
"cukup, bercatu...hehe.. terima kasih mak.."
"same2..."

itulah mak aku. yea, mak aku yang aku ade satu je kat dunia ni. yang sanggup buat ape je untuk anak die. sebab die tahu, anak die pernah merungut tak boleh makan same2 dengan die kat upm. die nak terbaik. :')
menyesal pernah merungut dulu. menyesal2! banyak benda menyesal! dulu mak mintak tolong ape2, berat je hati. penah jugak menolak bile mak mintak tolong depan2. tapi mak.....

antara tolakan aku...

"cuti lame ke? nak keje?"
"bulan 7-awal 9..haah, nak keje, dah tepon bos dahhh"
"2 bulan je la kan? tak payah keje boleh? duduk rumah.puasa same2.."
"nanti orang fikir...sebab next sem nak pakai duit. nak pergi jalan2 dengan kawan2,
 nak cari duit raye sekali.."
"nanti mak dapat duit, mak bagilah duit untuk beli barang raye.."
"orang taknak susahkan mak.."
"susahkan ape pulak? lagipon nanti 3 minggu nak kena jage anak sedara tu. orang yang jage balik indon."
"yeke? nanti orang tengok camane.."

bukan susah. mak suruh duduk rumah, tak keje, siap nak bagi duit. tapi aku? :(
bukan taknak, tapi aku malu menyusahkan mak abah. nak ape2 kena mintak duit mereka. malu2!
aku nak keje. kena keje jugak. harap2 aku takkan menyusahkan mereka, kecilkan hati mereka, dan....
banyak sebenarnye yang aku fikir. :(
harap2 Tuhan bagi petunjuk yang terbaik.
mak, abah, terima kasih. sangat2!! sebab...
ah, telalu banyak jasa yang aku nak sebut satu2 kat sini..:)
Tuhan, jagakan mereka untuk aku.

p/s: merekalah segalanya...





2 comments:

Nurmaisarah Azmi said...

nak menangis saya baca..

mariatul_m0hamadiah said...

hehe.. jangan menangis..:)