Monday, May 30, 2011

PILIHAN dalam hidup. mane satu?

story-mory by mariatul yang kepoh dan bijak.


salam.. tajuk entry ok tak? ntah.. 
sebenarnye dalam hidup aku ni banyak sangat benda yang aku dapat.
dari pengalaman hidup aku,
banyak benda yang buruk2 jadi.
kadang2 aku rase menyesal pilih jalan yang tak betul dalam hidup aku bile aku diberi dua atau lebih pilihan.
terlalu banyak benda yang jadi,
aku diberi pilihan.


aku ni bukan pelajar bijak kat sekolah.
tapi aku tahu aku boleh buat yang bagus untuk diri dan parents aku. but aku tetap pilih yang aku nak biase2 jek belajar.


abes darjah 6, dengan result bangang2 pandai, 3A 2B,
aku tak dapat mane2 skolah asrama pon.
cume aku dapat tawaran sekolah sukan bandar penawar dalam bidang hoki sebab aku p pemilihan untuk kesekolah sukan.
yea, aku dapat anugerah penjaga gol terbaik sepanjang kejohanan tu.
tapi.
aku tak pergi. sebab bapak aku kate aku belajar ok,
suken tu kat mane2 boleh main. fine walaupon aku sedih sangat. sebab bapak aku tak tahu betapa passion nye aku dalam bidang tu.


dengan result PMR yang takdelah cemerlang tapi membanggakan diri dan parent aku, aku dapat tawaran Sekolah Teknik Johor Bahru yang mane sekolah teknik terbaik kat Malaysia ni. aku dah siap2 nak packing sebab aku nak sangat pergi. but. aku PILIH tak pergi saat2 akhir atas nasihat cikgu aku.. aku termakan kata2 cikgu sekolah aku. ok, aku memang mudah berubah hati!


tengah tahun, aku dapat tawaran Maktab Rendah Sains Mara atau dak2 sbp panggil MRSM Mersing. tapi aku PILIH tak pergi sebab aku tengok yuran tu tinggi sangat dan taknak bebankan parent aku. walaupon parent aku suruh pergi.bagi aku belajar kat mane2 pon same jek. yang bezakan kite CARA kite belajar. Tapi, ni antara PILIHAN aku yang aku menyesal sampai sekarang. sebab aku banyak main kat sekolah aku dulu.. 



SMK TAN SRI ABDUL KADIR, MERSING.

dengan result SPM yang bangang2 pandai jugak, aku tak dapat mane2 tawaran pon lepas tu. sedih sebab aku masih menyesal tak pergi MRSM tu dulu..walaupon aku kredit semua matapelajaran dan paling jahanam pon aku dapat 5, aku tak dapat mane2 melainkan tingkatan 6 aliran sains tulen. aku takde langsung PILIHAN
aku tekadkan hati, pergi jugak tingkatan 6 SMK SRI MERSING tu walau aku tahu risiko tinggi. dengan nak dok umah sewa, dengan orang kate sains tu susah, aku nak jugak.


Alhamdulillah, dengan doa yang tak putus dan restu mak bapak aku, akhirnye banyak peluang terbukak dalam hidup aku.
aku dapat tawaran politeknik port dickson (kejuruteraan awam), Matrikulasi (sains fizik), UITM jengka (kejuruteraan awam).
tapi aku PILIH Matrik N.9 atas nasihat cikgu2 sekolah tingkatan 6. dan sekarang aku kat UPM. 
yea, semua atas pilihan aku sendiri. terlalu banyak pilihan sampai jalan2 yang aku pilih ni buatkan aku kat sini.
susah sebenarnye.

MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN


BACELOR SAINS INSTRUMENTASI,UPM.


banyak benda hitam jadi dalam hidup aku sampai satu tahap aku persoalkan semula kenapa aku diuji macam ni. kadang2 aku tak diberi pilihan walaupon aku sangat memerlukan pilihan tu. tapi ade jugak aku diberikan terlalu banyak pilihan dalam hidup sampai aku tersalah pilih.


sekarang, aku sedar. banyak benda aku dapat sebenarnye. sampai orang lain cemburu dengan pengalaman hidup aku yang buat aku tough dengan semua benda. ade satu tahap hati aku jadi sangat keras walaupon benda tu mneyakitkan aku. ade satu tahap aku pekakkan telinge dengan kate2 orang. sebab aku dah dapat benda2 tu dulu.
aku membesar dengan benda yang orang tak pernah dapat dalam hidup. membesar dengan sindiran dan ejekan orang buat aku rase takde hallah benda2 kecikni.


dan sekarang aku PILIH untuk jadi perempuan yang keras diluar walaupon ade time aku berlembut..ade yang terima, ade yang tak. tapi tu PILIHAN aku.


tapi ade benda yang aku simpan. KELEMBUTAN aku masih ade. KECANTIKAN dan NAFSU untuk CANTIK tu ade, cume aku taknak all out. kenapa aku simpan? sebab hanya lelaki yang sah pade aku jek akan aku serahkan segala kelembutan dan kecantikan tu. kalau sekarang aku dah bersolek bagai, manje semua.. ape yang suami aku dapat nanti? nothing sebab aku dah bagi kat semua orang. mudahkan jawapan aku. tak terima, it's not my problem. suke hati aku. =)


p/s: sebab tu aku pilih kamu semua untuk hadir dalam hidup aku.:)



2 comments:

Azlan Hasan said...

jangan terlalu menyesal sgt dengan piihan sendiri..bak kata omputih "when u cry a river build a bridge and get over it"

Regards,
-Strider-

mariatul_m0hamadiah said...

@azlan

thanks azlan. cume kadang2 perasaan menyesal tu akan hadir jugak..